Thursday, December 13, 2012

Pengalaman Hamil Anak Kedua Berbeza dari Yang Pertama Setelah Mengamalkan Set Kehamilan Suplemen Shaklee

Salam dear sahabat semua...

Sebelum ini saya ada post entri berkenaan pengambilan suplemen semasa hamil dan entri pada hari ini berkait rapat dengan entri tersebut. Boleh klik di sini untuk ke entri tersebut yg membincangkan sama ada mengamalkan suplemen semasa hamil boleh menyebabkan baby di dalam kandungan besar dan dapatkan juga pandangan dari Pakar Sakit Puan Terkenal Dr Hamid Arshad mengenai perkara tersebut.

Hari ini saya nak kongsi kegembiraan seorang mama hamil yg baru sahaja mengamalkan Set Kehamilan yg terdiri dari kombinasi suplemen terbaik Shaklee. Jom kita ikuti pengalaman beliau hamil anak pertama (tidak mengamalkan set kehamilan) dan hamil anak kedua (mengamalkan set kehamilan).

Testimonial Set Kehamilan

Alhamdulillah dengan Set Kehamilan ini berat beliau tidak naik mendadak seperti kehamilan yg lepas. "Simpul Mengkarung" yang menyakitkan juga tidak lagi menganggunya seperti kehamilan yang lepas. Apa sebenarnya yg dimaksudkan dengan "Simpul Mengkarung"? Boleh klik di sini untuk huraian lanjut ya.

Dan yang paling menggembirakannya beliau kelihatan berseri-seri bagaikan tidak hamil. Beliau bertenaga sehinggakan ramai yg menegur:) 

Saya pasti ramai mama-mama hamil di luar sana yg juga mengalami pengalaman yg sama seperti kehamilan pertama Puan Noor Syaheedah ini....Macam-macam pengalaman, ada yg mengalami alahan teruk, kekejangan, sembelit dan macam2 lagi ketidakselesaan sepanjang 9 bulan kehamilan. Mama semua bersabar ya...dan cubalah berikhtiar untuk mengatasi setiap ketidakselesaan itu. Pengalaman hamil adalah pengalaman terindah buat semua mama. Walaupun pelbagai dugaan dan cabaran yg datang, tetapi jauh di sudut hati, kita dapat merasakan suatu perasaan yg takkan dapat diungkapkan oleh kata-kata. Saya sendiri merindui saat-saat itu walaupun ketika hamil macam2 yg dirasai....alahan mmg x perlu ceritalah...5 bulan tak boleh nk makan....kena drip, tak boleh nk masak, terbaring lesu sahaja...Apa pun semua yg terjadi pasti ada hikmahnya...Laluilah 9 bulan anda dengan penuh rasa syukur dan gembira...Sebaik sahaja mendakap baby anda, semua keresahan yg melanda pasti akan lenyap begitu sahaja.

Sebagai salah satu ikhtiar untuk mengatasi ketidakselesaan sepanjang kehamilan, mama semua bolehlah mencuba Set Kehamilan kombinasi suplemen terbaik Shaklee ini. Boleh klik di sini untuk info lanjut mengenai suplemen yg terkandung di dalam Set Kehamilan ini.

Sekiranya berminat atau mama semua mempunyai pertanyaan lanjut, bolehlah hubungi saya melalui:


DISCLAIMER / PENAFIAN:

Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
Testimonial di atas juga adalah  kenyataan secara peribadi dan tidak pernah dinilai oleh pihak Food and Drugs Administration (FDA). Kesan yg dirasai adalah berbeza bagi setiap individu.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...