Thursday, December 13, 2012

"Simpul Mengkarung" yang Menyakitkan Sewaktu Hamil

Baru-baru ini, saya terbaca satu testimonial seorang mama yg sgt hepi setelah mengamalkan Set Kehamilan Shaklee. Katanya pengalaman hamil anak kedua ini setelah mengamalkan Set Kehamilan Shaklee amat berbeza dengan kehamilannya yg terdahulu. Anda boleh klik di sini untuk membaca testimonial beliau.

Di dalam testimonial beliau, ada beliau sebut tentang sakit "Simpul Mengkarung" ketika hamil anak pertama dahulu tiada semasa kehamilan kedua kerana beliau telah mengamalkan suplemen Shaklee ini. Mula-mula terkejut juga saya baca..."Simpul Mengkarung"??? Pelik jugalah sebab tak pernah dengar pula sebelum ini. Jadi saya pun mintalah bantuan "Pakcik Google" kita ni....heee sekarang mudah...semua info di hujung jari je...cuma sama ada kita mahu atau tidak je...

Jadi saya terbacalah satu artikel yg menerangkan maksud sebenar "Simpul Mengkarung" ni...Rupanya kekejangan otot disebabkan "urat tersimpul" atau dalam Bahasa Inggerisnya Vericous Veins...aduhai...Jadi di sini saya ringkaskan sedikit apa yg dimaksudkan dengan kekejangan otot, bagaimana ia terjadi dan cara untuk mengatasinya...terutama bagi mama-mama yg hamil. (Saya juga selalu kena masa preggy anak sulung saya...memang sangat menyakitkan huhuhu).

Simpul Mengkarung - Kekejangan Otot
Contoh urat tersimpul (simpul mengkarung)



"Simpul Mengkarung" ini boleh terjadi dengan tiba-tiba sahaja dan pada bila-bila masa. Ada juga yg terjadi ketika tidur (seperti yg saya selalu kena). Buat beberapa saat, otot betis bagai ditarik dengan tegang sehingga menimbulkan kesakitan yang amat sangat. Tetapi ia semakin reda apabila bahagian tersebut diurut seketika. 


Kekejangan berlaku disebabkan pengecutan otot secara tidak terkawal yang dikenali sebagai noctunal leg cramps yang menyebabkan kesukaran untuk bergerak dan berasa sakit.Kekejangan ini selalunya disebabkan keletihan otot yang digunakan dalam pergerakan yang berterusan dan menyebabkan pengumpulan asid laktik dalam otot berkenaan.Biasanya ia akan pulih dengan berehat yang akan memulihkan pengaliran darah ke otot berkenaan.

Keadaan itu sebenarnya berpunca daripada dehidrasi, kekurangan garam mineral, seperti magnesium, potasium, sodium dan karbohidrat.

Selain itu keadaan otot yang terlalu tegang serta kekurangan pengaliran darah di bahagian kaki akibat posisi yang tidak betul juga mencetuskan kekejangan.

Kekejangan turut berlaku kepada wanita-wanita yang hamil apabila otot mengeras disertai rasa sakit pada bahagian yang diserang. Kebiasaannya ia akan berlaku pada trimester kedua iaitu tiga bulan ke atas. Keadaan ini berpunca apabila rahim semakin membesar. Dalam keadaan itu, kaki yang penat membawa beban akan mudah menjadi lenguh dan menyebabkan kekejangan. Tekanan rahim yang membesar pada saluran darah juga turut mengganggu perjalanan darah ke bahagian kaki.

Bagaimanakah Cara Untuk Mengatasi dan Melegakan Kekejangan ini??
  • Bagi wanita yang hamil dinasihatkan tidak berdiri atau menyilang kaki dalam tempoh yang lama.
  • Sebaliknya, cuba renggangkan otot kaki pada siang hari dan sebelum tidur.
  • Wanita hamil juga dinasihat menggerakkan sendi-sendi pergelangan kaki dan jari supaya darah boleh mengalir dengan mudah.
  • Pastikan meminum air dengan kuantiti yang secukupnya.
  • Tuaman menggunakan ais juga boleh melegakan kekejangan dan merenggangkan semula otot.
  • Imbangan pemakanan dengan pengambilan makanan berkarbohidrat, air dan garam mineral yang secukup juga adalah penting dalam pencegahan kekejangan otot.
  • Urutlah betis perlahan-lahan menggunakan tapak tangan dengan minyak panas dan cuba berjalan dengan memijak pada hujung tapak kaki.
  • Sekiranya sakit berlarutan dan bahagian betis menjadi bengkak segeralah bertemu doktor kerana keadaan ini mungkin bukan kekejangan yang biasa tetapi terdapat darah beku dalam otot menyebabkan ia berlarutan.
(Sumber Rujukan : Utusan Online)

Semasa hamil anak sulung dahulu saya ada bertanya gynae saya kenapa selalu kejang dan bagaimana utk mengatasinya...katanya saya kekurangan kalsium disebabkan baby dah mula "tarik" kalsium dari mamanya...dan beliau sarankan utk saya ambil dosage kalsium yg lebih tinggi. Jadi untuk mama semua, sebagai ikhtiar bolehlah mengambil OsteMatrix ya. InsyaALLAH mungkin boleh membantu untuk melegakan kerana OsteMatrix ialah Kalsium yg lengkap dgn Magnesium , Vitamin D dan lain-lain mineral yg membantu utk mengoptimakan lagi penyerapan Kalsium. 

Untuk info lanjut mengenai OsteMatrix boleh klik di sini

Untuk info mengenai Set Kehamilan boleh klik di sini.

Bagi sebarang pertanyaan atau info lanjut boleh hubungi saya melalui:



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...