Sunday, December 9, 2012

Apa itu "Power Pumping" dan bagaimanakah kaedahnya?

Wah ada mama semua yang masih berjaga...oh bangun menyusukan baby ya...alhamdulillah...saya sangat kagum dengan semangat ibu-ibu semua...walaubagaimanapun tidak semua ibu yg senasib dengan anda...ada di antara ibu-ibu yg tersangat ingin menyusukan baby mereka dengan sepenuhnya namun mungkin terhenti atau mungkin ada juga yg mempunyai masalah tertentu dalam penyusuan....sudi-sudikanlah untuk membaca sedikit perkongsian saya di pagi hari ini ya....


Baru-baru ini saya ada terima pertanyaan dari seorang sahabat yang ingin relaktasi (ingin sambung semula penyusuan yg sudah terhenti) dan juga seorang lagi sahabat yg bertekad ingin menyusukan anak angkat beliau...beliau telah pun suntik hormon dan ambil beberapa suplemen lain yg berkaitan namun masih juga tidak berhasil...Saya amat kagum dgn niat dan semangat kedua ibu ini dan saya berharap Allah 
akan permudahkan segala niat mereka..insyaALLAH..


Apa yg ingin saya kongsikan pada pagi ini ialah salah satu usaha yg boleh dilakukan oleh ibu-ibu dengan niat yg sama sebagai ikhtir mencapai apa yg dihajati selain dari pengamalan suplemen dan kaedah lain.


Power Pumping

Salah satu ikhtiar yg boleh dilakukan ialah "Power Pumping". Apa sebenarnya yg dimaksudkan dengan "Power Pumping"? Saya pasti ramai ibu-ibu yg biasa mendengar mengenainya kan...Ok jom kita sharing sama-sama ya...

Siapakah yg perlu melakukan "Power Pumping"?

1. Ibu yang berniat dan bertekad untuk menyusukan anak angkat
- Teknik "Power Pumping" ini akan membantu untuk merangsang penghasilan susu jika dilakukan secara konsisten dan bersungguh.

2. Ibu yg ingin relaktasi (menyambung semula penyusuan baby yg telah berhenti menyusukan).

3. Ibu yg mengalami masalah kekurangan supply susu yg mungkin berpunca dari masalah hormon, period, tertinggal rutin memerah dan lain-lain.

Bagaimana pula kaedah untuk menjayakan "Power Pumping"?

Power Pumping
Contoh pam yg boleh digunakan untuk kaedah "Power Pumping"

Untuk single pump atau melalui teknik marmet:
-- Pam/Perah dari sebelah kanan dahulu dalam 10 minit kemudian Pam/Perah sebelah kiri pula untuk 10 minit juga. Kemudian tukar semula ke sebelah kanan untuk 10 minit lagi dan diteruskan dengan sebelah kiri lagi 10 minit. Lakukan ia berulang-ulang hinggalah satu jam.

♥  Untuk double pump
-- Pam selama 10 minit...Kemudian rehat dalam 10 minit dan sambung pam 10 minit lagi dan ulang langkah tersebut hinggalah satu jam.

Disarankan untuk ibu-ibu semua lakukan "power pumping" ini sekali sehari dan waktu yg sangat dicadangkan ialah pada:

Waktu malam ke subuh
 kerana pengeluaran hormon lebih tinggi pada tinggi waktu ini

Bagi ibu-ibu yg bekerjaya, boleh juga untuk fokus mengepam pada hujung minggu dengan melakukan power pumping pada setiap sesi mengepam. Buat selama 2 hari sepanjang weekend, dan kembali ke rutin biasa sekembalinya bekerja iaitu pada hari biasa.

Sumber : KIM ; ctliyana86.blogspot.com


Diharap sedikit sebanyak info yg dikongsikan ini dapat membantu ibu-ibu semua dan semoga niat ibu-ibu semua untuk terus menyusukan baby secara eksklusif akan dipermudahkan dan diizinkan oleh Allah. Yang penting haruslah ada semangat, rajin berusaha dan dekatkanlah diri pada Pencipta...bagi yg beragama Islam banyakkan zikir dan dekatkan diri pada Allah...

Anda boleh klik di sini untuk doa dan zikir yang boleh diamalkan secara harian dalam bagi membantu penyusuan.

♥♥ Pengambilan air secukupnya (3L setiap hari), Pemakanan Seimbang, Rehat yg cukup, Tidak stress, dan Pengambilan Suplemen sedikit sebanyak akan membantu dan mempengaruhi penghasilan susu♥♥

♥♥ Set Suplemen Shaklee yg dicadangkan untuk ibu-ibu semua ialah Set Lengkap Penyusuan 3M....Anda boleh klik di sini untuk info lanjut mengenai set ini. ♥♥

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...