Monday, December 10, 2012

Tips Pemakanan Bagi Mama Yang Hamil (,")

Pemakanan yg sihat ketika anda sedang hamil tersangatlah PENTING ya..kerana apa yg anda makan akan mempengaruhi pertumbuhan dan perkembangan si manja di dalam kandungan anda. Amalan gizi yg tidak sihat akan menimbulkan pelbagai masalah kesihatan bukan sahaja kepada si manja anda tetapi juga kepada anda. Anda mungkin boleh menderita anemia, darah tinggi, diabetes dan kurang zat makanan. Manakala si
 manja anda mungkin akan lahir dgn berat badan yg rendah ataupun lahir pra-matang atau mungkin lebih buruk lagi boleh menyebabkan keguguran.

Jagalah pemakanan anda dan ambillah nutrisi penting ya..


Tips Pemakanan Sewaktu Hamil


Antara nutrisi penting yg perlu anda ambil ialah:

♥ Karbohidrat -- roti, mi, pasta, kekacang etc

♥ Buah-Buahan dan sayuran -- tapi elakkan buah dan sayuran yg sejuk dan tajam

♥ Air

♥ Zat Besi -- sayuran hijau, ikan salmon, daging etc

♥ Kalsium -- SANGAT PENTIING ; susu, sayuran hijau, kekacang etc

♥ Asid Folik -- sayuran berwarna hijau gelap spt brokoli dan bayam

♥ Vitamin B-complex -- Kekacang, bijian, telur dan etc

♥ Vitamin D -- kuning telur dan produk tenusu

Nota: Wanita hamil perlu makan lebih dari biasa tapi perlu lebihkan KUALITI makanan yg diambil ya bukan KUANTITI semata-mata.

Sangat digalakkan untuk mengambil suplemen tambahan bagi menokok tambah kekurangan zat makanan yg diambil setiap hari. Walaubagaimanapun, perlu dipastikan jenis suplemen yg diambil selamat semasa hamil...boleh dapatkan konsultasi daripada gynae anda...

**Untuk perbincangan mengenai betul atau tidak pengambilan suplemen boleh menyebabkan baby di dalam kandungan menjadi besar hingga mungkin boleh menyukarkan proses bersalin, anda bolehlah klik di sini.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...