Saturday, December 8, 2012

Khasiat dan Petua Madu yg Boleh Diamalkan

Salam dear sahabat semua...sihat ke anda hari ini? Alahai sakit tekak ke? Jangan risau, mungkin anda boleh cuba petua seperti di bawah ini ya...

Seperti yg kita semua tahu, MADU merupakan antara 8 makanan sunnah yang baik untuk kesihatan kita selain dari Kismis, Kurma Madu, Kurma Ajwa (Kurma Nabi), Buah Tiin, Za'faran dan Habbatus'sauda.

Hari ini saya ingin bercerita sedikit mengenai madu...InsyaALLAH jika ada kesempatan di lain masa, saya akan bercerita mengenai makanan sunnah yg lain pula.

Sebelum saya bercerita dengan panjang lebar lagi ingin saya sertakan Firman Allah dan Hadis mengenai madu untuk panduan semua....


Dalam surah an-Nahlu ayat 69 Allah SWT telah berfirman yang bermaksud;
“Kemudian makanlah daripada segala jenis bungaan dan buahan (yang engkau sukai), serta turutilah jalan-jalan peraturan Tuhan mu yang diilhamkan dan dimudahkanNya kepada mu. Dengan itu keluarlah daripada badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya yang mengandungi penawar bagi manusia (daripada berbagai-bagai penyakit). Sesungguhnya, pada yang demikian itu ada tanda (membuktikan kemurahan Allah SWT ) bagi orang-orang yang mahu berfikir.
(Surah an-Nahlu: 69)

Hadis Nabi tentang Madu;

Nabi juga pernah bersabda mengenai madu yang bermaksud;
“Atas kamu dua penawar, iatu madu dan al-Quran.” (Ibnu Majah dan Hakim)

Daripada Abu Hurairah, kata beliau Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud;

“Barangsiapa yang menjilat madu sebanyak tiga kali pagi pada setiap bulan maka dia tidak akan terkena cubaan yang besar.”


Bagaimana pula cara Rasullullah S.A.W mengamalkan madu semasa hayat baginda? 

Ketika bangun tidur, Rasulullah selalu mengambil madu. "Cara  Rasulullah  minum madu mungkin berbeza dengan kita, kebanyakan kita mungkin minum madu yang sudah dicairkan dengan air," kata penulis buku sihat ala Rasul, Dr Brilianto M Soenarwo di acara Bincang Kesihatan ala Rasulullah, Sabtu (31/12) di Masjid At-tin.

Pengamal kesihatan yang juga dikenali doktor Toni itu menjelaskan bahawa  Rasulullah  mengambil madu lalu mengulum di mulutnya hingga hancur ketika bercampur dengan air liur. 


Sudah terbukti dan tidak boleh disangkal lagi bahawa madu adalah penawar bagi 1001 jenis penyakit. Berikut saya kongsikan antara beberapa khasiat dan petua madu yg mungkin anda boleh amalkan:). Saya ringkaskan dalam bentuk graphic yg comel supaya mudah untuk anda print dan share bersama sahabat-sahabat yg lain ya:) Feel free to share ya sahabat-sahabat semua.

Khasiat Madu


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...