Monday, December 10, 2012

Bayi Besar Jika Ambil Suplemen Kala Hamil??

Salam sahabat semua...belum tidur lagi? Oh masih terbayang ke perlawanan antara Harimau Malaya dengan Gajah Putih tadi ya...hmmm walaupun seri kita patut berbangga dan teruskan mengaum dengan skuad kebangsaan kita ya heee...

Eh dah lari dari tajuk pulak...heee saya bukan nak bercerita perihal bola...cuma kebelakangan ini saya selalu terdengar banyak mitos mengenai kehamilan dan salah satunya, ramai mama hamil yg percaya bahawa jika mengambil suplemen di kala hamil boleh menyebabkan baby akan membesar di dalam kandungan dan kemudian akan menyukarkan proses bersalin sehinggakan ramai mama yg seakan "takut" untuk mengambil sebarang suplemen even yg gynae bekalkan pun ramai yg tak nak makan. Betul ke? Mitos atau fakta? 

Ok sebelum kita pergi lebih jauh...apa kata kita baca dahulu sedikit saranan dari Pakar Sakit Puan yg tidak asing lagi...Dr Hamid Arshad...

Bayi Besar jika ambil suplemen?

Macam mana? lega sikit bila baca saranan dari yg pakar? Sebenarnya kita tidak boleh cepat melatah atau terus percaya kepada cakap orang...banyak perkara yg boleh menyumbang kepada bayi yg besar dalam kandungan ini. Terdapat juga mitos yang mengatakan bahawa jika mama minum air yg berais ketika hamil baby juga akan besar. Secara jujurnya, saya minum ais tatkala hamilkan anak sulung dan juga anak kedua saya tetapi berat mereka berbeza...Si kakak hanya 2.5kg dan si adik 3.65kg...

Jadi apakah sebenarnya yg dimaksudkan dengan baby besar di dalam kandungan? 

Bayi Besar dalam Kandungan disebabkan suplemen??
Gambar sekadar hiasan

Selalunya bayi normal dianggarkan mempunyai berat badan dalam lingkungan 3.4 kg hingga 3.5 kg. Bayi yang besar dari usia kandungan adalah lebih besar daripada bayi normal. Bayi besar dari usia kandungan adalah bayi yang mempunyai: 
  • Berat lahir adalah melebihi 90th percentile untuk usia kandungannya (umur kandungan dalam kiraan minggu).
  • Bayi-bayi ini mempunyai berat lebih daripada 90% dari semua bayi didalam lingkungan usia kandungan yang sama.
  • Bayi-bayi yang mana beratnya berada didalam kawasan melebihi garisan 90% di dalam carta pertumbuhan bayi dalam kandungan.
  • Bayi yang cukup bulan dan berat badannya melebihi 4 kg adalah dianggap bayi besar dari usia kandungan.

Terdapat beberapa faktor sebenarnya yg boleh menyebabkan bayi membesar lebih daripada berat yg normal ketika di dalam kandungan. Antara faktor yg telah dikenalpasti ialah:
  • Keturunan - ibubapa yang besar kebiasaannya melahirkan bayi yang besar.
  • Terlalu banyak kenaikan berat badan ibu semasa mengandung.
  • Ibu dengan paras gula tinggi di dalam darah semasa mengandung - contohnya, ibu yang mengidap kencing manis (diabetes) semasa mengandung.
Bayi besar dari usia kandungan mungkin normal atau mungkin mempunyai ciri-ciri seperti di bawah:
  • Macrosomia (bayi dengan badan yang besar)
  • Warna kulit sangat merah (plethora).
  • Kecacatan masa lahir - bayi yang ibunya mengidap kencing manis berisiko tinggi mendapat penyakit jantung dari lahir, kecacatan saraf tunjang dan kecacatan anggota kaki dan tangan.
  • Kesukaran bernafas.
  • Keletihan - disebabkan oleh kekurangan gula dalam darah.
Apakah masalah-masalah lain yang berkait dengan bayi besar dari usia kandungan?
  • Kadar kelahiran secara pembedahan adalah tinggi.
  • Kesukaran kelahiran yang menyebabkan kecederaan semasa lahir. Ini termasuk pendarahan di bawah kulit kepala, patah tulang dan lemah/lumpuh anggota tangan (Erb's palsy - yang berkait dengan kecederaan saraf flexus berhampiran dengan bahu).
  • Proses bersalin yang lama boleh menyebabkan kurangnya oksigen dibekalkan kepada bayi dan kemungkinan menyebabkan kecacatan fizikal dan mental dalam jangkamasa yang panjang.
(Sumber: laman web Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM)

Jadi di sini, sudah terbukti bahawa pengambilan suplemen bukanlah faktor yg boleh menyebabkan baby besar di dalam kandungan. Ia mungkin disebabkan oleh faktor-faktor seperti yg telah dihuraikan di atas tadi atau mungkin hanyalah secara kebetulan. Oleh itu, mama semua janganlah "takut" ya untuk mengambil suplemen di kala hamil kerana suplemen TERAMAT PENTING untuk kesihatan ibu semasa hamil dan TERSANGAT PENTING untuk perkembangan baby baik dari segi perkembangan fizikal mahupun mental baby. Ini adalah kerana tanpa zat dan gizi yg cukup, ia boleh membantutkan dan merencatkan tumbesaran janin di dalam kandungan. Mama juga boleh sakit seperti pitam, letih, lesu, mengalami kekejangan dan sebagainya akibat kekurangan gizi dan nutrisi penting. Penjagaan pemakanan perlu dititikberatkan tatkala mama hamil. Justeru, pengambilan suplemen di kala hamil sedikit sebanyak dapat menampung mana-mana nutrisi yg kurang dari pengambilan diet harian. 

Berikanlah permulaan yang baik untuk baby anda dan juga diri anda sendiri. Anda boleh klik di sini untuk info lanjut mengenai Set Kehamilan dari kombinasi suplemen terbaik Shaklee. Mungkin set ini dapat membantu dalam memberikan anda kesihatan yg lebih baik dan memberi tenaga berpanjangan sepanjang kehamilan ini. Laluilah detik2 9 bulan ini dengan penuh rasa syukur dan gembira:)

Di sini saya tinggalkan anda dengan satu testimonial dari seorang sahabat yg pada mulanya agak risau untuk mengambil sebarang suplemen tatkala disahkan hamil. Tetapi naluri keibuaan pastinya inginkan yg terbaik untuk baby di dalam kandungan bukan....Semoga sedikit sebanyak sharing pada hari ini dapat melegakan hati mama yg mungkin sebelum ini berbelah bahagi sama ada ingin mengambil suplemen atau tidak. Jangan risau, suplemen Shaklee yg dicadangkan untuk mama hamil semuanya adalah selamat baik utk mama mahupun baby:) 


Saranan Dr untuk suplemen Shaklee

Semuanya terletak di tangan anda ya sahabat semua:) Sekiranya berminat untuk mendapatkan sebarang produk Shaklee bolehlah hubungi saya melalui:


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...