Thursday, December 27, 2012

Anak Dengan Masalah Asma Tak Perlu Lagi Bergantung Pada Inhaler dengan Bantuan OmegaGuard dan MealShakes

Sedikit Sharing ya dearest sahabat semua:) 

Baru-baru ni saya ada berbicara dengan seorang ibu...beliau ada memberitahu yg anaknya yg baru sahaja berusia dua tahun tetapi mengalami masalah asma yg agak teruk hingga perlu berulang alik ke hospital setiap bulan dan perlu bergantung pada inhaler tetapi alhamdulillah dengan izin Allah setelah beliau berikhtiar memberi anak beliau OmegaGuard  sebiji dalam 2-3 kali seminggu dan MealShakes setiap hari, keadaan anak beliau beransur pulih dan kini tidak lagi perlu lagi berulang ke Hospital dan tidak lagi perlu bergantung pada inhaler

Omega Guard (Minyak Ikan Terbaik Dunia)

MealShakes Memberi nutrisi lengkap buat anak-anak


Alhamdulillah...seronok saya mendengarnya. Yelah hati ibu mana yg tidak terusik setiap kali melihat anak sakit dan terpaksa ditahan ke wad. Lebih-lebih lagi jika terpaksa menyaksikan di depan mata prosedur-prosedur perubatan yg khusus untuk mengubati penyakit mereka. Cukuplah pengalaman saya melihat anak saya yg ketika itu hanyalah bayi kecil yg tidak mengerti apa-apa dan terpaksa menggunakan nebulizer utk mencairkan kahak di dalam paru-parunya. Hati kecil ini menjerit dan merintih sedih setiap kali anak saya menjerit dan menangis. Walaupun prosedur itu tidak menyakitkan tetapi apalah si kecil tahukan? Itu belum lagi saya tengok macam2 kes dan penyakit kanak-kanak lain...Setiap kali mereka menjerit dan menangis setiap kali juga naluri keibuan saya terusik walaupun bukan anak sendiri. Masa tu ilmu terlalu cetek dan pada saya suplemen tidak memainkan peranan penting tapi alhamdulillah sejak kami sekeluarga mengamalkan suplemen (Shaklee), kesihatan kami juga semakin baik dan alhamdulillah sejak anak saya mengamalkan MealShakes, beliau juga jarang diserang penyakit. Tidak seperti sebelum-sebelum ini. Adiknya lagilah bertambah "sihat" dan cergas kerana masih menyusu susu ibu sepenuhnya. Dapat semua nutrisi yg lengkap sebab mama dia mengamalkan Set 3M heeee...


Oklah berbalik kepada story kita tadi, ingin saya highlightkan di sini bahawa OmegaGuard bukanlah semata-mata untuk kecerdasan otak ya sahabat semua...Juga sangat baik utk tingkatkan sistem imun, kuatkan paru2 dan jantung kita serta banyak lagi manfaat dari OmegaGuard. Salah satu alternatif yg baik juga sementara SR Vita C Plus tiada stok. Baik untuk dewasa dan kanak-kanak. Paediatrician my kids juga selalu ingatkan supaya saya berikan anak-anak minyak ikan tapi masa tu saya ambil lewa je. Sekarang barula celik minda sikit heeee. Anda boleh klik di sini untuk lebih banyak info dan penerangan mengenai OmegaGuard.


Saya dah selalu juga dengar kalau anak demam or selsema/batuk boleh ikhtiar dengan MealShakes dan OmegaGuard untuk anak-anak bawah 4 tahun tapi mcm 50-50 nak percaya atau tidak. Tapi sejak semalam puteri sulung saya mula selsema dan batuk jadi saya cuba dan tawakal utk berikannya tambahan OmegaGuard (puteri sulung saya mmg saya berikan MealShakes sejak sebulan yg lalu kerana beliau susah sgt nk makan dan alhamdulillah selepas pengambilan MealShakes mmg nampak sangat perubahan yg ketara dari segi selera makan dan juga kesihatan beliau)  dan amat mengejutkan saya dalam sehari sahaja anak saya beransur pulih tanpa perlu saya membawanya ke klinik dan memberi ubatan sintetik. Alhamdulillah, kita perlu berikhtiar dan hanya Allah yg mengizinkan dan menyembuhkan.


Suplemen buat si manja dari Shaklee


Jadi saya menyeru pada mama dan ayah semua, apalah salahnya untuk kita invest sedikit demi kesihatan anak-anak kita. Berikan yg terbaik buat mereka dan jangan sekali-kali skip jadual immunisasi mereka. Mereka sentiasa terdedah kepada bahaya pencemaran, bakteria, virus dan sebagainya. Lindungilah mereka dengan kasih sayang dan juga asas pertahanan yg kuat bagi tubuh badan mereka agar mereka membesar dengan ceria, sihat dan cerdas. InsyaALLAH.

**Bagi orang dewasa yg mengalami masalah asma juga boleh berikhtiar dengan 3 biji Omega Guard setiap hari dan juga Alfalfa.


DISCLAIMER:

Segala testimonial yg dikongsikan adalah kenyataan secara peribadi dan tidak pernah dinilai oleh pihak Food and Drugs Administration (FDA). 

Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...