Sebelum kita kongsi teknik-teknik urutan yg betul buat si manja apa kata kita kongsi bersama faedah dan manfaat yg boleh si manja kita perolehi dari sentuhan "ajaib" mamanya:)
Faedah-Faedah Urutan Bayi:
♥ Membantu pembesaran fizikal bayi
♥ Menguatkan ketahanan tubuh badan
♥ Membina keyakinan diri
♥ Membantu bayi berasa tenang dan selesa
♥ Mengeratkan ikatan kasih sayang antara ibu dan bayi
Tak pernah melakukan urutan untuk bayi? Macam susah je? takdelah mudah je...cuma perlu ikut setp by step..insyaALLAH jika praktikkan hari-hari semua mesti akan ada dalam kepala kita:) Cuma mahu atau tidak je...
Ok sebagai permulaan jom kita kongsi bersama secara ringkas ya langkah urutan yg betul untuk si manja anda:
- Patikan anda dan bayi anda berada di dalam keadaan yg selesa ya sebleum memulakan urutan. Urutan akan mengambil masa dalam 15-20 minit. Anda juga boleh mainkan muzik yg agak perlahan untuk memberi suasana tenang kepada anda dan juga bayi anda.
- Pastikan suhu bilik adalah sederhana dan tidak terlalu panas atau sejuk sepanjang urutan berlangsung ya. Bentangkan selimut atau kain yg lembut dan baringkan bayi di atasnya.
- Urutan paling sempurna jika dapat dilakukan pada bayi dalam keadaan bayi tidak memakai apa-apa pakaian dan waktu yg paling baik adalah selepas mandi. Walaubagaimanapun, urutan ini sangat fleksibel boleh dilakukan pada bila2 masa je even masa tengah susukan bayi anda pun anda boleh urut bayi anda:) dan boleh juga dilakukan walaupun bayi berpakaian lengkap.
- Anda boleh gunakan minyak bayi yg lembut untuk mengurangkan geseran ke atas kulit bayi. Gosok kedua belah tangan anda untuk memanaskan tangan sebelum menyentuh bayi anda. Sapukan minyak secukupnya di tangan anda supaya anda boleh mulakan urutan dengan mudah.
- Bermulalah dengan sentuhan yg lembut. Tambahkan tekanan urutan secara perlahan-lahan apabila anda semakin yakin dan bayi anda telah berasa semakin selesa dengan urutan anda.
- Pandanglah mata si manja anda dan menyanyi atau bercakaplah dengannya sepanjang urutan berlangsung. Secara tak langsung, anda dapat mengembangkan lagi komunikasi bayi anda dan juga membuatkan bayi berasa selesa dan membantunya membina emosi.
- Seelok-eloknya urutlah bayi anda setiap hari pada waktu yg sama agar bayi dapat merasainya sebagai satu rutin.
- Adalah sangat disarankan untuk anda mulakan urutan dari kepala hinggalah ke hujung kaki, kemudian barulah beralih ke bahagian belakang bayi.
- Berikut adalah beberapa perkara yang harus anda berikan perhatian sepanjang urutan berlangsung ya:
- Urutan harus dilakukan dengan kerjasama sepenuhnya dari si manja anda. Mengurut bayi merupakan satu aktiviti terapeutik dan ia boleh dilakukan melalui perasaan kasih sayang di samping mewujudkan suasana bergurau senda yg mesra.
- Anda bagaikan cermin kepada bayi anda ya. Si manja anda suka untuk mengikut tingkahlaku anda, jadi pastikan anda bersedia dan tenang sebelum bermula.
- Kadangkala bayi mungkin akan berasa letih, maka tiada rangsangan diperlukan. Bayi perlu berehat dan cubalah sambung urutan selepas bayi bangun dari tidur. Jangan dipaksa bayi anda.
- Nikmatilah saat-saat yang meriangkan bersama si manja anda ya.
Jadi bagaimanakah teknik-teknik urutan yang betul dari kepala hingga ke hujung kaki? Jom kita belajar sama-sama ya:
Mulakan dari bahagian kepala dan muka bayi ya
Seterusnya sambung pula ke bahagian dada
Urut pula kedua tangan comel bayi anda
Teruskan dengan kaki pula ya
Lepas tu di perut...
Saya suka part ni sebab ada urutan "I Love U"
Saya suka part ni sebab ada urutan "I Love U"
Dan akhir sekali, urut lembut di belakang bayi :)
Macam mana? mudah je kan? masih rasa susah? ok apa kata kita tonton video ni ya...mungkin lebih mudah untuk belajar:)
Wah seronok kan bila tengok si manja kita "enjoy" urutan kita...hehehe...saya mmg praktikkan urutan sejak baby saya lahir lagi...cuma skrg ni bila dah makin besar makin lasaklah dia...jadi kadang2 tak sempat nk urut dia dah lari ke sana sini hehe...tp xpe saya akan ambil sedikit masa untuk urut baby saya semasa baby saya menyusu:) itulah saat paling dekat dan paling saya tunggu setiap hari walaupun dalam sehari lebih dari 5 kali baby saya menyusu dan masih bangun malam menyusu walaupun sudah berusia 14 bulan...takde langsung rasa penat atau letih...rasa bahagia dapat susukan si manja:) Cubalah urutan ni ya mama semua...mesti mama dan baby akan seronok utk spend masa bersama:) Diharap sedikit sebanyak perkongsian hari ini dapat membantu mama semua ya...Jom Share juga bersama sahabat-sahabat yg lain ya...
No comments:
Post a Comment