Wednesday, October 31, 2012

10 Makanan Terbaik untuk Kekal Langsing Secara Sihat

Salam Sahabat MLY,

Sabtu lepas masa bersantai selepas kenduri doa selamat, saya ada terbaca segmen kecantikan Utusan Malaysia yg ada berkongsi mengenai 10 makanan yg boleh kita pilih untuk kekal langsing secara sihat. Sudah pastilah bagi kebanyakan individu terutamanya wanita, pengambilan makanan amatlah dititikberatkan untuk memastikan berat badan sentiasa ideal dan langsing. 

Walaubagaimanapun, berdiet dgn cara yg agak "terlampau" seperti menjauhi dan bermusuh dengan makanan bukanlah suatu tindakan yang bijak kerana tenaga dan vitamin yg diperlukan oleh tubuh kita dibekalkan secara semulajadi dari sumber makanan tersebut. Untuk cara yg lebih mudah bagi kekal langsing dan sihat pada satu masa yg sama, cara berdiet yg betul dan pengambilan suplemen tambahan amatlah penting. Anda boleh klik di sini untuk mengetahui dengan lebih lanjut cara mudah untuk kekal langsing dan sihat dengan Set Pelangsingan Shaklee.

Tapi hari ini saya nak berkongsi mengenai 10 makanan yg boleh anda pilih bagi menu harian anda untuk kekal langsing:


  1. BIJIRIN OAT: Oat tidak mengandungi gula tambahan dan boleh membantu mengekalkan pelancaran aliran darah.
  2. SAYURAN DAN KEKACANG : Sesetengah cawan sayuran atau kekacang mengandungi kira-kira 150 kalori dan kaya dengan serat, protein dan anti-oksida.
  3. YOGURT TANPA LEMAK : Pilihan yg terbaik kerana kadar kandungan kalori yg rendah. Boleh diambil bersama buah-buahan segar seperti strawberi, kiwi mahupun mangga.
  4. LIMAU NIPIS ATAU LEMON : Jus limau nipis ataupun lemon boleh membantu membuang lemak dalam tubuh. Harumannya juga boleh membantu membuat anda cenderung menikmati makanan berkhasiat.
  5. LOBAK MERAH : Harus dijadikan pilihan utama kerana lobak merah mengandungi kadar kalori yg sangat rendah iaitu 52 kalori sahaja untuk secawan sayuran tersebut. Selain itu, lobak merah juga kaya dengan serat serta baik untuk mata dan penghadaman.
  6. KEREPEK SOYA : Soya yg dikeringkan dan dibakar amat sesuai dijadikan makanan ringan berbanding kerepek lain.
  7. BUAH KERING : Buah-buahan kering kaya dengan serat dan tidak memiliki lemak tepu. Bagaimanapun tidak boleh diambil terlalu banyak kerana ia mengandungi kadar kalori yg agak tinggi.
  8. TAUHU : Boleh jadikan tauhu sebagai ramuan utama ketika menyediakan sup kerana 1.5 kg tauhu hanya mengandungi 50 kalori sahaja. Sangat rendah bukan?
  9. KELEDEK : Sebiji keledek bersaiz sederhana mengandungi kira-kira 115 kalori dan tidak akan meningkatkan kadar kandungan gula dalam darah berbanding ubi kentang biasa.
  10. Sos Salsa
  11. SOS SALSA : Sos ini terdiri dari tomato segar, bawang dan cili yg ditumis berbanding minyak zaitun kurang lemak berbanding krim sos.
Oklah sahabat-sahabat semua, buat masa ini 10 makanan di atas yg dapat saya kongsikan dahulu.Harap sedikit sebanyak dapat memberi sedikit idea kepada anda yg sedang berdiet untuk mempelbagaikan menu harian agar sentiasa menarik dan tidak bosan di samping mengekalkan paras kalori yg ideal. InsyaALLAH dalam entri yg akan datang saya akan cuba kongsikan makanan lain pula. 

Sustained Release Vita-C Plus Shaklee yang Menjadi Rebutan

Salam sahabat-sahabat semua...lamanya tak berkesempatan nak update blog kesayangan saya ni....al-maklumlah balik kg masa raya haritu, kesempatan yg ada mmg dikongsi bersama keluarga...

Oklah..hari ni saya nak berkongsi mengenai Vitamin C yang semakin hari semakin mendapat sambutan yg amat luar biasa. Lebih-lebih lagi Vitamin C dari Shaklee yg kini berwajah baru dan diformulasi dengan lebih hebat ==> Sustained Release Vita-C Plus (sebelum ini dikenali dengan nama Sustained Release Vita-C 500 mg). 


Sebelum saya bercerita mengenai keistimewaan Sustained Release Vita-C Plus ni dan apa yg membuatkan ia sentiasa menjadi buruan dan rebutan orang ramai di luar sana sehingga kehabisan stok dalam masa seminggu sahaja, izinkan saya untuk berkongsi dahulu manfaat-manfaat utama Vitamin C kepada kita.

Manfaat-Manfaat Utama dan Kepentingan Vitamin C:
  • Merangsang pembetukan kolagen yg secara tak langsung mampu mengelakkan kedutan dan menghalang otot menjadi lembik. Jadinya kulit akan sentiasa rasa anjal dan rasa muda.

  • Memulihkan kecederaan dengan cepat kerana ia boleh membaiki simptom pendarahan yg sekaligus dapat mengelakkan lebam dikulit dan mengelakkan penyakit gusi berdarah.

  • Sebagai antioksidan yg membantu melawan radikal bebas dan melawan sel-sel kanser.  Juga dapat meningkatkan sistem imun di mana dapat membantu dalam melawan alergi, asma, flu dan selsema. Sekiranya anda rasa macam nak demam atau selsema boleh ambil lebih Vitamin C dan InsyaALLAH anda akan kembali pulih dengan izin Allah sekaligus dapat mengelakkan kita dari mengambil pil-pil penahan sakit atau antibiotik yg tidak baik boleh memudaratkan tubuh badan kita dalam jangkamasa yg panjang.

  • Jika mengambil Vitamin C secara konsisten setiap hari, ia mampu melambatkan penuaan dan menyekat pembentukan pigmentasi yg menyebabkan jeragat. Kulit akan kelihatan lebih licin, lembap dan cerah berseri.

  • Dipercayai dapat juga membantu mereka yg mengalami insomnia dan keresahan.

  • Mampu mengurangkan kolesterol dan tekanan darah serta mengekalkan kapilari darah yg sihat sekaligus menghindarkan arterisklerosis, skurvi, hidung berdarah dan pendarahan dalaman.

1 batang rokok mampu melupuskan 50-100mg Vitamin C.

Keresahan dan tekanan akan mempercepatkan penyusutan Vitamin C.

Pengambilan kontraseptif dan pil penahan sakit akan menyusutkan Vitamin C yang banyak.



 Rokok Memusnahkan Hidup
 Pengambilan pil menyusutkan Vitamin C
** Bagi perokok tegar, mereka yg menghidapi kanser,mereka yg menghidapi influenza, mereka yg demam dan menghadapi keresahan serta stress, perlu mengambil dos Vitamin C harian dengan lebih tinggi.


Sedikit info mengenai Vitamin C untuk dikongsi bersama:

Haiwan mampu menghasilkan Vitamin C mereka sendiri sbg contoh arnab mampu menghasilkan 12000mg Vitamin C TETAPI manusia tidak mampu menghasilkan Vitamin C sendiri. Tambahan pula Vitamin C larut air dan akan hilang berterusan dari tubuh kita melalui perkumuhan. Oleh yg demikian, adalah perlu dan SANGAT PENTING untuk kita mengambil Vitamin C dari diet harian kita setiap hari. 
Antara buah dan sayuran yg mengandungi Vitamin C
Vitamin C adalah selamat dan tiada kesan toksik dan adalah selamat untuk mengambil 5000mg (10 tablet) hingga 10000mg (20 tablet) Vitamin C sehari walaubagaimanapun jika pengambilan melebihi 12 tablet sehari mungkin akan menyebabkan cirit-birit.

Ada yg berkata, saya sudah cukup mengambil Vitamin C harian kerana saya mengambil hidangan buah terutamanya oren setiap hari. Tetapi Tahukah anda bahawa:

Setiap hidangan buah-buahan hanya membekalkan sekitar 45-60mg Vitamin C sahaja. Buah-buahan hanya akan menghasilkan Vitamin C yang lengkap dalam masa 10 hari selepas buah itu ranum. Oleh yg demikian, buah yg tidak ranum mengandungi kandungan Vitamin C yg sedikit. Kandungan Vitamin C pada buah juga boleh berkurangan apabila dipetik dan akan musnah sama sekali apabila terdedah pd cuaca panas. Jadi, adakah buah-buahan atau sayuran yg kita ambil masih cukup kandungan Vitamin C ?


Jadi apa pula Keistimewaan Sustained Release Vita-C Plus dari Shaklee berbanding Vitamin C dari jenama lain?

Sustained Release Vita-C Plus Shaklee


Setiap tablet mengandungi 7.5 hidangan sebiji buah oren termasuk kulit dan pembebasan 1.5 vitamin C buah tersebut ke dalam tubuh kita setiap jam. Oleh itu, pengambilan 2 tablet Vita-C plus ini akan mampu mengekalkan Vitamin C di dalam badan kita selama 24 jam. Formulasi pembebasan berterusan secara semulajadi Vitamin C ke dalam badan kita telah direka khas oleh Shaklee dan yg pertama seumpamanya. 

Sustained Release Vita-C Plus ini juga mengandungi Bioflavonoid yg mampu meningkatkan keberkesanan Vitamin C di dalam tubuh kita, melegakan inflamasi, menentang infeksi bakteria dan radikal bebas.

Disebabkan keistimewaan seperti yg telah dibincangkan di atas, Sustained Release Vita-C Plus sentiasa menjadi rebutan dan selalu kehabisan stok. Anda pasti akan berpuas hati dengan kesan selepas pengambilan Vitamin C dari Shaklee ini.


Jadi apa kata anda dapatkan sebotol Sustained Release Vita-C Plus Shaklee hari ini untuk kesihatan yg berpanjangan. Sebotol Vita-C ini juga boleh diambil sehingga 6 bulan. Sangat berbaloi dengan harganya yg mampu milik.

MOHON PERHATIAN: Sejak akhir-akhir ini, semakin ramai seller di luar sana yg mengambil kesempatan atas keberkesanan Vitamin C Shaklee ini dan rebrand serta repacking semula Vitamin C Shaklee ini dan kemudian menjualnya dengan harga yg berlipat ganda lebih tinggi dari harga asal. Jadilah pengguna yg bijak ya agar anda tidak tertipu dgn sebarang produk yg tidak asli atau tiruan. Sebelum membeli pastikan ada label KKM dan Status Halal. Dapatkan dari pengedar Shaklee yg sah taraf sebagai pengedar.

Sekiranya anda berminat atau ada sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi saya:




DISCLAIMER / PENAFIAN: Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.


Friday, October 26, 2012

Salam AidilAdha dari MyLittleYaya


Di kesempatan ini, MLY ingin mengucapkan Selamat Hari Raya AidilAdha buat semua umat Islam di luar sana. Semoga kita semua dapat menghayati erti sebenar pengorbanan. Sesungguhnya Hari Raya AidilAdha atau juga dikenali sebagai Hari Raya Korban ataupun Hari Raya Haji membawa erti yg cukup besar bagi semua umat Islam. Ia sebagai memperingati kisah pengorbanan yg amat hebat tatkala Nabi Ibrahim disuruh menyembelih anaknya sendiri Nabi Ismail selepas menerima wahyu dari Allah. Walaupun sayu hatinya namun demi menurut perintah, Nabi Ibrahim tekad berkorban kerana Allah begitu juga dengan anaknya Nabi Ismail.

Peristiwa pengorbanan yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail a.s memberi makna besar kepada seluruh umat Islam dan ia memperlihatkan sifat ketakwaan dan ketaatan seorang hamba Allah yang sanggup melakukan apa sahaja demi menegakkan agama Islam walaupun terpaksa mengorbankan anak kesayangan sendiri.

Di zaman yg serba moden dan serba canggih ini, berapa ramai daripada kita yg sanggup berkorban sebegitu rupa? Kadangkala, baru kena berkorban sedikit wang ringgit, kita sudah mula bersungut. Pengorbanan di zaman ini membawa erti yg lebih meluas. Pengorbanan seorang ibu sebagai contoh, mengandungkan, melahirkan, menyusukan dan mendidik anak-anak merupakan antara pengorbanan ibu yg takkan dapat kita balas jasa mereka. Begitu juga pengorbanan anak-anak terhadap ibu bapa mereka, pengorbanan seorang isteri kepada seorang suami dan begitu juga sebaliknya. Pengorbanan di sini bukanlah semata-mata dalam konteks wang ringgit atau pun kudrat senata-mata. tetapi kesanggupan seseorang itu berbuat sesuatu bagi mempertahankan agamanya dan menegakkan perintah Allah S.W.T


Hidup adalah satu perjuangan dan setiap perjuangan memerlukan pengorbanan. Tidak akan ada pengorbanan tanpa kesusahan. Justeru kesediaan seseorang untuk melakukan pengorbanan termasuk wang ringgit, tenaga dan masa sekalipun benar-benar menguji keimanan seseorang.


Marilah kita bersama-sama menghayati erti sebenar pengorbanan itu sendiri. Benarkah kita berkorban kerana Allah? atau sekadar untuk memenuhi nafsu dan kehendak kita di muka bumi ini? Masih belum terlewat untuk kita bersama-sama memperbaiki diri kita ini. Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani. Salam AidilAdha...

Wednesday, October 24, 2012

Suplemen: Pentingkah?

Salam Sahabat-Sahabat MLY

Bila berbicara tentang suplemen tambahan, selalunya ramai yang akan persoalkan sama ada perlukah kita mengambil suplemen? pentingkah suplemen kepada kita? Ramai juga di luar sana yang selalu menjawab " saya masih muda dan sihat, rasanya tak perlu ambil suplemen kot" dan ramai juga yang mengatakan "mahal lah suplemen, tak ada bajet". Bagaimana pula jika kita sakit dan perlu dimasukkan ke wad? Adakah bajet untuk ke hospital itu lebih murah dari mengambil suplemen? Bukankah mencegah lebih baik dari merawat? Sesungguhnya tubuh badan yang sihat adalah anugerah Allah yang tidak ternilai kepada kita. Walau kita kaya  mana pun tapi kalau kesihatan tidak baik, kita tidak akan gembira dan bahagia.

Apa itu suplemen tambahan? Jom kita tengok dahulu definisinya sebelum saya berbicara dengan lebih lanjut mengenai topik ini.


Suplemen tambahan, juga dikenali sebagai suplemen makanan atau suplemen gizi, merupakan persiapan yang dimaksudkan untuk melengkapi diet dan memberikan nutrisi, seperti vitamin, mineral, serat, asid lemak atau asam amino,yang mungkin hilang atau tidak boleh digunakan dalam jumlah yang cukup dalam diet eseorang. Beberapa negara mendefinisikan suplemen makanan sebagai makanan,sementara di lain mereka ditakrifkan sebagai ubat atau produk kesihatansemulajadi. Suplemen yang mengandung vitamin atau mineral diet termasuk sebagai mediamakanan di dalam Codex Alimentarius, koleksi standard yang diiktiraf secaraantarabangsa, kod amalan, pedoman dan cadangan lain yang berkaitan denganmakanan, pengeluaran makanan dan keselamatan makanan. Teks-teks inidibuatoleh Codex Alimentarius Commission, sebuah pertubuhan yangditaja olehPertubuhan Makanan dan Pertanian Pertubuhan Bangsa-BangsaBersatu (FAO) danPertubuhan Kesihatan Dunia (WHO).

Jadi, pentingkah suplemen tambahan ini kepada kita? Kenapa kita perlu mengambil suplemen?
Berikut saya kongsikan beberapa sebab mengapa kita perlu mengambil suplemen:
  1. Gaya hidup kita pada masa kini yang sentiasa sibuk sehingga mengabaikan pemakanan yang seimbang. Bagi golongan  yang sibuk bekerja, mereka tiada masa untuk bersenam dan beriadah. Golongan ini juga jarang memasak sendiri makanan di rumah dan cenderung untuk memakan makanan segera yang tinggi kandungan MSG dan mengabaikan nutrisi makanan yg diambil.
  2. Zat dan nutrien makanan mudah hilang dengan cara penyediaan makanan kita. Proses pengankutan bahan makanan yang mengambil masa yang lama juga boleh menghilangkan zat dan nutrien makanan tersebut. Cara penyimpanan yg tidak betul turut menyumbang kepada masalah yg sama. Sebagai contoh, Vitamin C dan enzim mudah dimusnahkan oleh haba semasa dimasak.
  3. Kita sering terdedah kepada pencemaran alam sekitar di mana ini mendedahkan kita kepada pelbagai penyakit. Oleh itu, suplemen  tambahan amat penting dalam mencegah dan melindungi tubuh badan kita agar tidak mudah diserang penyakit.
  4. Buah-buahan serta sayuran yang kita makan mungkin terjejas atau tercemar dengan tanah yg tidak subur. Ia mungkin mengandungi mineral yang tidak mencukupi untuk kita. Racun perosak dan racun serangga juga mempengaruhi kualiti buah dan sayuran tersebut.
  5. Badan kita memerlukan dos vitamin yang lebih tinggi dari nutrisi yang kita perolehi daripada makanan untuk kekal sihat dan untuk sistem badan berjalan dengan lancar. Sebagai contoh, Vitamin C dan Vitamin E yang diperolehi daripada makanan tidak mencukupi untuk memberi kesan pencegahan dan antipenuaan.
  6. Pengambilan pil penahan sakit, laksatif ,ubat-ubatan, alkohol dan antibiotik boleh mengganggu penyerapan zat makanan.
  7. Amalan diet yang tinggi kafein,lemak,kolesterol,gula dan garam boleh mengurangkan simpanan zat makanan di dalam tubuh.
  8. Tekanan..Tekanan..Tekanan = Berkompromi dengan tahap imun badan kita. Gaya hidup kita yg serba sibuk sedikit sebanyak memberi tekanan kepada kita. Komitmen kerja, rutin harian, keluarga dan sebagainya pastinya akan membuat hidup kita tertekan sepanjang masa. Semua tekanan ini secara tidak langsung akan melemahkan sistem imun badan kita dan kita akan mudah terdedah kepada penyakit. Jadi dengan pengambilan suplemen tambahan, sedikit sebanyak dapat mengurangkan perkara ini dari terjadi dan memberi kita kehidupan yg lebih sihat secara optimum.
  9. Setiap dari kita pastinya akan mengalami penuaan. Cuma bagaimana cara kita untuk menghadapinya? Ingin mengalami penuaan secara sihat atau sebaliknya? Semakin meningkat usia seseorang itu, semakin kurang enzim yg dihasilkan, termasuk enzim yg diperlukan untuk mencerna makanan yang kita ambil. Keadaan ini akan mengakibatkan ketidakselesaan pada perut yang selalu diperkatakan iaitu reflux, sembelit yang teruk, sakit perut dan pedih ulu hati.
Jadi diharapkan dengan info yang dibicarakan di atas sedikit sebanyak dapat membuka minda dan hati kita tentang pentingnya suplemen tambahan dalam mencapai kesihatan yg optimum. Secara jujurnya, saya juga  pernah berfikir bahawa suplemen tambahan tidak penting dan saya juga berfikir bahawa melabur untuk suplemen adalah satu pembaziran memandangkan suplemen yg ada di pasaran agak mahal. Tapi ternyata apa yg saya fikirkan selama ini adalah salah sama sekali. 

Saya terpanggil untuk mengambil suplemen di kala saya sudah hampir putus asa dengan tahap kesihatan saya. Selama bertahun saya hidup dgn kesihatan yang tidak baik dan hari-hari yg saya lalui penuh dgn rasa sedih dan muram. Walaubagaimanapun, saya bersyukur Allah telah temukan saya dengan suplemen Shaklee yang ternyata telah merubah kehidupan saya menjadi lebih baik dan ceria. Apa pun semua pilihan terletak di tangan anda. Jangan lupa, kita di masa hadapan adalah apa yg kita makan sekarang. Hadapilah saat penuaan anda dengan rasa sihat, bahagia dan gembira di samping keluarga tersayang.

Walaubagaimanapun, ingin saya tegaskan di sini bahawa suplemen bukanlah jaminan yg kita tidak akan jatuh sakit langsung. Ini kerana hidup mati dan sakit pening kita semua adalah ketentuan Allah S.W.T. Kita sebagai hambanya, wajib menjaga kesihatan diri dan memberikan yg terbaik utk diri kita. Suplemen adalah salah satu ikhtiar kita dalam melindungi diri kita serta mencegah diri kita dari penyakit. 

Di sini ingin saya berkongsi bait-bait kata dari pengasas Shaklee sendiri iaitu

Dr. Forrest C. Chaklee. Sr.:

"Saya tidak pernah memperlekehkan profesion perubatan, tetapi kita adalah dalam dua bidang yang berasingan. Mereka dilatih untuk merawat penyakit, saya berminat dalam memperbaiki kesihatan."


Credit: http://stayhealthyandwell.com

           http://www.scribd.com/doc/55994841/DEFINISI-SUPLEMEN-MAKANAN
       

Tuesday, October 23, 2012

Bulan Zulhijjah : Antara Amalan Utama yang Digalakkan Sepanjang Sepuluh Awal Zulhijjah

Assalamulaikum buat sahabat-sahabat MyLittleYaya,


Hari ini kita telah pun masuk ke 7 Zulhijjah dan tinggal 2-3 hari sahaja lagi Umat Islam di Seluruh Dunia akan Wukuf di Padang Arafah sempena memperingati kembali peristiwa di mana Nabi Adam dan Hawa telah diturunkan dari syurga atas sebab mengingkari perintah Allah dan terpedaya dengan tipu daya iblis. Mereka telah dipisahkan dan mereka bertemu semula di Padang Arafah iaitu di Jabar Rahmah setelah 40 tahun. Di sinilah bertahun-tahun mereka memohon ampun dari Allah dan akhirnya permohonan mereka diterima. Maka padang Arafah ini menjadi tempat kita menyesali segala dosa yang pernah kita lakukan dan di sinilah antara tempat yg paling mustajab untuk kita memohon pengampunan daripada Allah. Wukuf dilaksanakan pada 8 atau 9 Zulhijjah. Dan seterusnya, seluruh umat Islam akan menyambut Hari Raya AidilAdha atau dikenali juga sebagai Hari Raya Haji atau Hari Raya Korban.

Oleh itu, bersempena bulan yg mulia ini, di sini ingin saya kongsi bersama beberapa amalan utama yang boleh kita lakukan dalam mengejar pahala dan keredhaan Allah. Ini adalah kerana Bulan Zulhijjah juga merupakan peluang kedua selepas Ramadhan yg Allah berikan kepada kita untuk mendapatkan gandaan keredhaan, keampunan dan pahala amalan.


Disebutkan oleh Nabi SAW :
"Sebaik-baik hari di dunia adalah sepuluh hari itu" (Riwayat al-Bazzar ; Albani : Sohih).
Allah SWT pula berfirman :
وَالْفَجْرِ وَلَيَالٍ عَشْرٍ
"Demi Fajar dan hari-hari (malam-malam) yang sepuluh" ( Al-Fajr : 1).

AMALAN-AMALAN UTAMA
Manakala amalan-amalan yang digalakkan sepanjang sepuluh awal Zulhijjah yang amat besar pahalanya ini antaranya :-
a) Zikir : Iaitu dengan memperbanyakkan zikir Subhanallah, Alhamdulillah, La ilaha Illa Allah dan Allahu Akbar.
Ia bersumber dari hadith riwayat At-Tabrani yang diakui sohih oleh Imam Al-Munziri. Allah SWT juga menyebut ertinya : "Supaya mereka menyaksikan berbagai perkara yang mendatangkan faedah kepada mereka serta memperingati dan menyebut nama Allah, pada hari-hari yang tertentu.." (Al-Hajj : 28).
Ibn Abbas r.a mentafsirkan erti ‘hari-hari tertentu' adalah sepuluh hari Zulhijjah ini dan inilah pendapat majoriti ulama jua.
b) Berpuasa : Amat digalakkan berpuasa pada satu hingga sembilan Zulhijjah bagi orang yang tidak menunaikan Haji. Hari Arafah (9 Zulhijjah ) pula adalah hari yang terbaik untuk berpuasa.
Nabi SAW bersabda tentang kelebihan hari Arafah :
"Tiada hari yang lebih banyak Allah membebaskan hambanya lebih dari hari Arafah" (Riwayat Muslim).
Nabi SAW juga bila ditanya tentang kelebihan berpuasa pada hari Arafah ini menjawab, ia menghapuskan dosa yang lalu dan tahun kemudiannya.
c) Melakukan lain-lain amalan seperti bersedeqah, membaca Al-Quran, solat sunat dan lain-lain. Ia semuanya termasuk di dalam umum hadith yang menunjukkan ianya amat disukai oleh Allah SWT.
d) Menjauhi maksiat dan masa terbaik untuk memulakan tawbat bagi sesiapa yang masih berfikir-fikir dan menangguhnya. Amat biadap jika umat Islam bersukaria dengan melampaui batas haram di hari yang amat agung di sisi Allah SWT ini.
Bertawbatlah dengan sebenar-benar tawbat dan sedarilah bahawa hidup ini sementara dan seluruh keseronokannya adalah tipu daya semata-mata.
e) Bertakbir : Ibn Abi Shaibah menyebut bahawa `Ali KW menunjukkan bahawa permulaan takbirbermula sejurus selepas solat Subuh hari Arafah sehingga hujung waktu ‘Asar hari ketiga Tashriq.
f)  Berkorban : Allah SWT berfirman : ertinya : "dan berdoalah dan berkorban". Allah SWT juga menyebut :
وَمَنْ يُعَظِّمْ شَعَائِرَ اللَّهِ فَإِنَّهَا مِنْ تَقْوَى الْقُلُوب
 Ertinya : "Sesiapa yang membesarkan syiar Allah (berkorban) mala ia adalah dari tanda ketaqwaan hati" (Al-Hajj : 32)
Sebuah hadis menyebut  :
ما عمل آدمي من عمل يوم النحر أحب إلى الله من إهراق الدم
 Ertinya : "Tiadalah amalan anak Adam yang lebih disukai oleh Allah SWT pada hari kurban kecuali berkorban ( dengan menyembelih binatang)" ( Riwayat At-Tirmidzi, Abu Daud ; Gharib, namun terdapat rawi yang dipertikaikan )

Marilah kita bersama-sama bermuhasabah diri dan memperbaiki kelemahan diri. Lakukanlah setiap perkara itu dengan niat untuk mendapatkan keredahaan Allah semata-mata. InsyaALLAH...




Credit : http://zaharuddin.net/senarai-lengkap-artikel/3/219-zulhijjah-a-idiladha-beberapa-isu-a-hukum.html

Kekal Langsing dan Sihat dengan Set Pelangsingan dari Kombinasi Terhebat Suplemen Shaklee

Salam readers,

Kelihatan langsing dan menawan sudah semestinya menjadi dambaan setiap orang khususnya wanita. Ada sesetengah yg terlalu obses untuk kurus sehinggakan sanggup melakukan apa sahaja demi mencapai hajat mereka untuk kurus. Ini dinamakan kurus secara tak sihat atau kurus berpenyakit. Jika boleh, biarlah kita kekal langsing dengan cara diet yang betul dan sihat. Elakkan dari mengambil sebarang "pil kurus" atau apa sahaja suplemen lain yg tidak diketahui asal usul dan kandungannya. Pastikan setiap suplemen yg diambil adalah halal dan telah mendapat kelulusan pihak KKM dahulu.

Tidak dinafikan, dengan lambakan suplemen-suplemen untuk kuruskan badan dan dengan testimonial-testimonial yg diwar-warkan setiap hari pasti sedikit sebanyak akan membuat kita teruja untuk mencuba tanpa diselidiki terlebih dahulu. Nasihat saya, selidik dahulu isi kandungan sama ada mengandungi bahan kimia atau pengawet yg boleh membahayakan kita dan pastikan ada label / hologram KKM dan status halal dari JAKIM supaya kita tidak tertipu.

Oklah..dah terlebih panjang pulak mukadimah saya hari ini. Bukan apa, saya tidak mahu sahabat-sahabat terpedaya dgn tipu helah mereka yg hanya memikirkan keuntungan semata-mata dan tidak hiraukan keselamatan pelanggan mereka. Pilihan di tangan anda. Jadilah pengguna dan pembeli yang bijak.

Hari ini saya nak berkongsi tentang Set Pelangsingan dari kombinasi suplemen Shaklee yang sememangnya dijamin selamat (ada kelulusan dan hologram KKM di setiap botol suplemen) dan Halal (telah disahkan halal oleh pihak JAKIM melalui ISA). 

Set Pelangsingan Kombinasi Suplemen Shaklee

Kombinasi ini adalah antara kombinasi terbaik yg boleh anda amalkan untuk diet yang sihat secara semulajadi. Bagi anda yg tidak menyusu, kombinasi

HerbLax+Lecithin+Cinch Shake Mix & Cinch Energy Tea Mix 

adalah kombinasi yang dicadangkan. Untuk diet yang sihat selalunya kita mulakan dengan proses detoks terlebih dahulu untuk membuang semua toksin-toksin yang dah lama bersarang dalam badan kita (itu yg menyebabkan kita selalu letih, tidak bermaya, selalu pening dan senang sakit). Untuk itu, anda boleh amalkan HerbLax. (**Ibu menyusu tidak sesuai untuk mengambil HerbLax)

Selepas itu ialah proses membuang lemak dan kolesterol yg terdapat di dalam badan kita dengan Lecithin. Sekiranya anda ada bajet lebih, anda juga boleh mengambil alfalfa bersama dgn Lecithin untuk gandingan yg lebih hebat kerana alfalfa juga ada saponin yg bertindak untuk menyerap kolesterol berlebihan dan mengeluarkannya dari badan kita. Alfalfa juga boleh mencuci hati , darah dan usus kita dari segala toksin. 

Untuk diet yang betul dan sihat, anda perlulah memastikan anda hilang berat daripada lemak, bukan hilang lemak dan otot sekali. Kerana jika anda kehilangan otot, anda akan merendahkan lagi kadar metabolisma anda. Dan apabila anda stop berdiet, berat badan anda akan menjadi lebih berat kerana anda tidak boleh membakar kalori seperti yang anda lakukan sebelum ini. Kitaran ini akan berulang setiap kali anda berdiet dan ini dikenali sebagai yo-yo diet (selalu terjadi pada ramai orang).
Gambar sekadar hiasan
Jadi, untuk membantu anda mengekalkan otot anda, pengambilan Cinch Shake Mix adalah cara yg mudah. Diperkasa dgn leucine (otot yg membina asid amino yg terdapat dlm protein tertentu) dan ia dapat mengekalkan 100% jisim otot tanpa lemak di mana bagi mereka yg mengambil Cinch Shake Mix ini akan kehilangan lemak, berat, inci tetapi pd masa yg sama mengekalkan otot mereka. 

Faedah utama Cinch Shake Mix ini ialah ia memberi faedah seperti mengambil makanan tetapi rasanya seperti menikmati pencuci mulut. Indeks Glisemiknya rendah (sesuai utk pesakit kencing manis) dan ia tinggi dengan serat. Tiada pewarna, perasa atau pemanis tiruan dan kacang soya adalah non-GMO. Cinch Shake Mix ini dicadangkan untuk diambil bersama ESP. Makanan yg kaya dgn protein boleh menahan kelaparan.

Secara ringkasnya, Cinch Shake Mix berkesan untuk diet anda kerana:

  • Ia mengandungi 24g protein, 24 jenis vitamin dan mineral penting dan 6 serat larut
  • Ia kekalkan jisim otot tanpa lemak 
  • Hilangkan berat daripada lemak
  • Terbukti secara klinikal
  • Diperkasa dengan leucine
  • Membantu mengawal rasa lapar dan tingkatkan tenaga
  • Menyokong metabolisma dan memberi kepuasan kepada pengguna
**Walaubagaimanapun Cinch Shake Mix tidak dicadangkan untuk ibu yang menyusu.

Jadi untuk ibu menyusu bagaimana pula? Ibu yg menyusu juga berhak untuk kelihatan langsing dan bergaya. Jangan risau dan jangan bimbang, kami di Shaklee sentiasa menawarkan rangkaian produk yg boleh membantu anda dari setiap peringkat dan golongan. Untuk ibu yg menyusu, dicadangkan untuk anda mengamalkan kombinasi:

Alfalfa + Lecithin + ESP + Vitalea Iron Formula

Kombinasi Alfalfa dan Lecithin bertindak seperti yang telah dibincangkan di atas. Disebabkan ibu menyusu tidak sesuai untuk mengambil Cinch, maka ESP dan Vitalea adalah gandingan terbaik dalam memastikan protein serta nutrisi yg diambil adalah mencukupi. ESP mengandungi 9 asid amino penting yg dapat memastikan pembinaan sel, tisu dan otot. Ini penting untuk meninggikan kadar metabolism kita. Untuk manfaat ESP yang lain, anda boleh klik di sini. Vitalea Iron Formula terdiri dari 12 vitamin dan 7 mineral penting yg diperlukan oleh tubuh badan kita. Vitalea ini penting sebagi pembekal tenaga dan pelengkap nutrisi dan ia juga sangat membantu dalam meningkatkan fungsi metabolisma.

Gambar Sekadar Hiasan

Kesemua suplemen yg dicadangkan untuk ibu yg menyusu adalah selamat dan tidak akan memberikan kesan sampingan kepada ibu dan bayi.

Dengan bantuan suplemen dan kesungguhan serta disiplin yg tinggi, insyaALLAH diet anda akan berjaya. Pastikan anda mengambil air secukupnya (3L sehari) dan menjaga pemakanan di samping mengamalkan senaman. 

Sekiranya anda berminat dengan set pelangsingan ini, anda bolehlah menghubungi saya untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai harga dan sekiranya anda mengambil set ini dari saya, saya akan kongsikan cara pengambilan suplemen dan tips untuk diet yang berkesan. Anda ada kekangan bajet? Jangan risau, kita boleh berbincang mengenai kombinasi yg sesuai untuk bajet anda.

Hubungi saya segera melalui:

Monday, October 22, 2012

Mighty 3 Gems dari Shaklee: Sarapan yang Sempurna untuk Kekal Bertenaga Sepanjang Hari

Set Mighty 3 Gems

Tahukah anda bahawa sarapan yang sempurna akan memastikan hari yang bakal anda lalui akan lebih hebat dan ceria. Anda akan lebih mudah untuk mengukirkan senyuman sekiranya anda rasa sihat dan bertenaga sepanjang hari. Namun, kesibukan kita pada masa kini adakalanya membataskan kita untuk mengambil sarapan dengan sempurna dan kita juga mengambil mudah untuk tidak menjaga pemakanan kita. 

Sekiranya anda mengabaikan sarapan, anda mungkin:
  • Tidak dapat memberi tumpuan untuk jangka masa yang panjang.
  • Kurang peka dalam pembelajaran, pekerjaan mahupun rutin seharian anda.
  • Mengambil masa yang lama untuk bertindakbalas
  • Kandungan gula dalam darah menjadi rendah dan boleh mengakibatkan pitam dan komplikasi lain.
  • Produktiviti kerja menurun.

Kami di Shaklee amat prihatin dengan keadaan ini dan telah menawarkan Set Mighty 3 Gems untuk anda memulakan hari anda dengan sarapan yang lazat, berkhasiat dan pada masa yg sama mudah untuk disediakan bagi memenuhi keperluan anda yang sibuk.

Set Mighty 3 Gems ini juga amat sesuai diambil oleh para atlet, individu yang menjalani kehidupan aktif, individu yang selalu tidur lewat malam, individu yang berpuasa dan juga individu yang mengalami cirit-birit serta individu yang kurang selera makan. Boleh juga diambil oleh mereka yang ingin menjalani pembedahan serta selepas pembedahan.

Ini adalah kerana, Set Mighty 3 Gems ini terdiri dari kombinasi trio yang hebat. Set ini terdiri dari

ESP Soy Protein Isolate Powder 
Membantu dalam membekalkan tenaga yang segera dan terdiri dari 9 asid amino penting yang diperlukan oleh badan untuk pembinaan sel, tisu dan otot. Rendah lemak dan tiada kolesterol di samping mempunyai Indeks Glisemik yang rendah (sesuai diambil oleh pesakit kencing manis). Klik di sini untuk manfaat ESP yang lain.

Performance (R) Maximum
Merupakan minuman pilihan atlet dan ahli angkasawan. 
Ia dapat meningkatkan daya ketahanan badan --- memberi tenaga kepada otot dengan cepat, meggantikan air yang hilang sewaktu latihan fizikal dan meningkatkan daya tahan otot. Ia juga mengimbangi dan membekalkan elektrolit dalam tubuh serta mengimbangi metabolism air dalam tubuh. Ia dirumus khusus untuk mereka yang aktif dalam kerja atau rutin harian. Mencegah dehidrasi badan dan sekaligu melembapkan kulit dan membuatkan individu itu kelihatan muda.
Ia juga dapat mengekalkan paras gula dalam darah.

MealShakes
Menyediakan hidangan lengkap dan asid amino serta nutrisinya mudah diserap untuk kegunaan seharian. Dihasilkan untuk semua golongan -- bayi, pelajar, kanak-kanak membesar, individu yg sakit,  para atlet, pengamal vegetarian, ibu hamil, individu yg sibuk bekerja dan individu yg selalu mengambil makanan segera. Merupakan sarapan yg lengkap, lazat dan berkhasiat. Membantu dalam tumbesaran dan mengembalikan seri wajah. 

Oleh itu, mulakan hari anda dengan sarapan yang sempurna, lazat dan berkhasiat untuk kekal bertenaga dan sihat sepanjang hari. Supaya hari-hari anda akan penuh dengan kegembiraan dan keceriaan. Senyum sokmo!

Berminat untuk mencuba? Boleh hubungi saya untuk info dan keterangan lanjut mengenai harga dan cara pengambilan. Promosi ESP juga masih berjalan jadi inilah masa yg sesuai untuk anda mengambil set ini. Dapatkan dari saya dengan HARGA ISTIMEWA



Petua Sihat dan Cantik Hari Ini: SENYUM

Assalamualaikum sahabat-sahabat MyLittleYaya...

Senyum tanda mesra
Senyum tanda sayang
Senyumlah sedekah yang paling mudah
Senyum di waktu susah tanda ketabahan
Senyuman itu tanda keimanan


Senyumlah seperti Rasulullah
Senyumnya bersinar dengan cahaya
Senyumlah kita hanya kerana Allah
Itulah senyuman bersedekah

Credit: http://myheartinislam.blogspot.com/

Itulah antara bait-bait lirik lagu Senyum dendangan Kumpulan Raihan...saya pasti ramai yg telah mendengarnya. Tapi malangnya di kala ini, tidak ramai yg ingin tersenyum dan adakalanya senyuman yg diberikan adalah tidak ikhlas dan hanya dibuat-buat. Mengapa harus begitu? Senyuman yg ikhlas datangnya dari hati yg tulus dan datangnya dari orang yang sentiasa berfikiran terbuka dan positif serta tidak bersangka buruk pada orang lain. 

Sedangkan Nabi junjungan kita, Nabi Muhammad S.A.W pernah bersabda kepada umatnya bahawa "senyum kepada saudaramu adalah sedekah". Salah satu cara yg paling mudah untuk kita mendapat pahala. Senyum tidak perlu menggunakan banyak tenaga dan sama sekali tidak memerlukan wang ringgit. Namun, mengapakah sukar untuk kita memberikan senyuman?  

Senyum juga pernah dikaji dari sudut sains yg boleh menjadikan kita sihat serta awet muda. Jom kita lihat apakah manfaat yg boleh kita perolehi dgn hanya mengukir senyuman.

Alif Zakwan yang sangat murah dgn senyuman
  1. Semasa seseorang itu senyum, 16 otot muka digerakkan untuk membentuk senyuman manis berbanding 43 otot digunakan apabila muka seseorang itu masam. Ia juga merangsang pengeluaran endorphins iaitu sejenis bahan kimia yang dihasilkan oleh otak untuk mengurangkan rasa sakit.
  2. Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit. Hal ini terjadi kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar degupan jantung meningkat.
  3. Kanak-kanak lebih banyak ketawa dari orang dewasa. Kanak-kanak berumur antara empat hingga enam tahun ketawa 400 kali sehari berbanding hanya 15 kali sehari di kalangan orang dewasa. Jesteru tidak hairan jika orang dewasa lebih mudah diserang penyakit serta mengalami masalah tekanan. 
  4. Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan ulser.
  5. Senyuman dan ketawa antara senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ketawa 'mengurut' organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan keupayaan untuk belajar. Ia melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi; membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.
Senyum itu sedekah, senyum itu awet muda, senyum itu kemesraan, senyum itu pengikat sahabat, senyum itu penambah kasih, senyum itu pelaris jualan, senyum itu pengiktirafan, senyum  juga pemanis wajah, senyum menambahkan kecantikan dan yang pastinya senyuman itu membawa kebaikan.

Senyum perlu dimasukkan roh ikhlas, senyum ikhlas adalah senyum kerana Allah, senyum kerana menyahut perintah Allah dan Rasul. Orang Islam disuruh senyum dan dilarang sombong dan sombong diri.

Banyak bukan manfaat yg boleh kita perolehi dgn hanya tersenyum? Tidak perlu modal dan tenaga. Oleh itu, senyum senyumlah selalu. Orang Ganu kata, Senyum Sokmo!


Thursday, October 18, 2012

Kembali sihat, bertenaga dan cantik menawan selepas bersalin dengan Set C: Set Berpantang dari Shaklee.

Penjagaan diri dan pemakanan amat penting di kala berpantang untuk memastikan kesihatan ibu kembali pulih dan cergas seperti sediakala. Ini adalah kerana keseimbangan hormon para ibu telah terganggu di sepanjang kehamilan. Para ibu mengalami pelbagai bentuk tekanan dan gangguan emosi akibat perubahan fizikal. Kemudiannya, tenaga ibu banyak digunakan di saat kelahiran dan ibu-ibu turut mengalami luka di bahagian yg tertentu serta banyak urat-saraf yg cedera.

Sudah tentulah, penjagaan diri yg rapi serta pengambilan makanan yg berkhasiat amat penting dalam memastikan segala luka jahitan (sama ada bersalin normal mahupun caesarean) cepat sembuh, rahim kembali mengecut seperti sediakala, kesihatan diri kembali pulih dan penyusuan susu ibu tidak terganggu. 

Walaubagaimanapun, kebanyakan amalan berpantang masyarakat melayu ialah ibu-ibu perlu mencatu makanan dan juga air. Jika dilihat dari sudut kesihatan, diet sebegini (kurang air dan kurang nutirisi) sebenarnya mendedahkan ibu-ibu kepada risiko penyakit buah pinggang, tekanan darah rendah dan banyak risiko kesihatan yg lain.
(rujukan: http://mutiarasayangibu.blogspot.com)

Oleh itu, ibu-ibu selepas bersalin amat disyorkan untuk mengambil suplemen tambahan bagi memastikan nutrisi yg diambil adalah mencukupi untuk memulihkan kembali keadaan tubuh badan yg telah berubah dari sudut fizikal, hormon dan emosi ibu itu sendiri. Zat Besi amat penting utk memastikan ibu-ibu tidak terdedah kepada risiko anemia dan tekanan darah rendah akibat pengeluaran darah nifas. Gynae kita sendiri akan membekalkan multivitamin kepada kita sebelum kita pulang dari hospital. Ini menunjukkan bahawa vitamin dan mineral amat penting untuk sistem badan kita.

Masyarakat kita juga terkenal dgn pengamalan herba dan jamu secara tradisional sewaktu berpantang. Namun, tidak semua bayi boleh tahan dgn jamu-jamu yg agak panas. Saya sendiri terpaksa memberhentikan pengambilan pil herba selepas bersalin yg saya ambil memandangkan anak say atidak tahan dan naik ruam seluruh badan. Jadinya saya terpaksa stop makan dan tidak ambil apa2 suplemen lagi kerana risau perkara yg sama akan terjadi balik kpd anak saya dan kesannya, saya sentiasa lesu dan tak bermaya sehinggalah anak saya berusia 10 bulan. Selepas itu, saya dipertemukan dgn suplemen dari shaklee dan mengamalkan set Eu Four Pack dan alhamdulillah sehingga kini saya sudah jarang sakit dan kekal cergas bertenaga dan masih meneruskan penyusuan secara eksklusif.

Jadi, apakah kelebihan mengamalkan Set C: Set Berpantang dari Shaklee ini?


Set Berpantang Suplemen Shaklee


Secara ringkasnya, set ini terdiri dari:

1. Vita-Lea (Multivitamin dan Multimineral)
Mengandungi 12 vitamin & 7 mineral penting utk tubuh kita. Sebagai pemberi tenaga utk tambah kecergasan fizikal & mental kita. Ibu perlu restore balik tenaga yg hilang sewaktu hamil dgn melahirkan. Vita-Lea ini juga diformulasikan bersama zat besi yg boleh mengelakkan risiko anemia dan tekanan darah rendah akibat turun darah nifas dan ini secara tak langsung boleh mengelakkan kita dari lesu dan pucat akibat berjaga malam untuk menyusukan anak. 

2. B-Complex
Saya gelarkan vitamin B ini "Happy Vitamin" sbb boleh bantu redakan stress kita. Secara teorinya, ibu-ibu sedikit sebanyak pasti akan merasa tekanan dengan kehadiran "orang baru" dalam keluarga. Dengan penyusuan yg sgt mencabar ibu-ibu sedikit sebanyak akan merasa tertekan dan letih. Jadi dengan mengamalkan B-complex secara tak langsung dapat elakkan ibu-ibu dari post-natal blues (meroyan). B-Complex dapat juga membantu dalam mencegah anemia dan membekalkan tenaga. Ia juga baik untuk jantung & saraf kita. Biotin yg ada di dalamnya dpt bantu masalah rambut gugur yg selalu terjadi lepas bersalin.

3. Vitamin C
Sangat membantu utk penyembuhan luka dan merangsang pembentukan kolagen dan mencantikkan kulit dgn menyekat pigmentasi yg menyebabkan jeragat. Jadinya ibu berpantang pun dapat kekal berseri-seri dan menawan. Juga sebagai antioksida yg menentang radikal bebas dan boleh bertindak sbg imuniti utk mencegah ibu dari mudah jatuh sakit ketika dalam pantang.

4. Zinc
Juga mempercepatkan penyembuhan luka bersalin. Dapat membantu dalam pengecutan rahim dan mengatasi masalah rambut gugur.

Keempat-empat suplemen di atas adalah suplemen asas yg dicadangkan untuk ibu-ibu yang baru bersalin. Jika anda ada bajet yg lebih, amat digalakkan untuk anda mengambil OsteMatrix dan ESP juga.

OsteMatrix boleh bantu masalah sembelit lepas bersalin yg sangat-sangat ditakuti oleh ramai ibu jadi dengan OsteMatrix anda tak perlu risau lagi utk ke toilet. OsteMatrix juga boleh membantu atasi kekejangan otot n kebas2 yg dialami samada kaki atau tangan...Ibu-ibu selepas bersalin memang sangat perlukan kalsium dari suplemen tambahan kerana bayi kita dah tarik byk kalsium dr kita. Klik di sini untuk info tambahan mengenai OsteMatrix.

ESP juga terkenal sebagai "milk-booster" untuk kelancaran proses penyusuan dan juga sebagai pembekal tenaga. Kulit ibu juga akan bertambah licin, anjal dan cerah dgn pengamalan ESP secara konsisten. Klik di sini untuk info tambahan mengenai ESP.

Ibu-ibu tidak perlu risau dengan kesemua suplemen yg dicadangkan di atas kerana InsyaAllah kesemua suplemen tersebut adalah selamat untuk ibu dan bayi dan Halal. Juga tidak akan menyebabkan cirit-birit pd bayi dan  boleh diambil walaupun baby ada jaundice.

Apa kata anda mencuba Set C: Set Berpantang dari Shaklee sewaktu berpantang kali ini. InsyaALLAH dengan disiplin dan istiqamah serta dengan keizinan Allah, anda pasti akan kembali bertenaga, cergas dan cantik menawan selepas bersalin.

Berminat untuk mencuba? Boleh hubungi saya untuk maklumat lanjut mengenai harga dan dapatkan konsultasi berkenaan set dan produk secara percuma dari saya. Jika anda mempunyai bajet anda, jangan risau kita boleh sesuaikan produk mengikut bajet dan keperluan anda.

Hubungi saya di 


Like Fanpage: My Little Yaya
Call/SMS: 012-9702427


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...