Tuesday, January 1, 2013

Selamat Tinggal 2012...Salam Perkenalan 2013...

Salam dearest sahabat semua:)

Baru je sejam 2012 berjalan meninggalkan kita....dan muncul pula 2013 yang bakal menyapa dengan pelbagai lagi cabaran, dugaan dan kenangan buat kita semua. Semoga tahun 2013 ini bakal membawa 1001 kegembiraan, kenikmatan, kesihatan yang baik, kebahagiaan, kejayaan, dimurahkan rezeki dan yang paling penting semoga tahun 2013 ini akan mendapat keredhaan dari Allah S.W.T. Lupakan sahaja kenangan pahit dan dugaan yang melanda di tahun 2012...yang baik dijadikan tauladan dan yang buruk dijadikan sempadan. Semoga segala dugaan dan cabaran di tahun 2012 telah banyak mematangkan kita semua dan menyediakan diri kita untuk lebih bersedia dengan cabaran yang mungkin jauh lebih hebat di tahun 2013 ini.

Selamat Tahun Baru 2013



Buat mama yang masih meneruskan penyusuan secara eksklusif, tahniah dan syabas saya ucapkan...teruskan usaha murni mama dan jgn cepat berputus asa ya...orang kata jgn menyerah kalah sebelum berjuang...dan sekiranya anda telah berjuang habis-habisan tetapi masih tidak dapat untuk teruskan, tidak mengapa, redha dengan apa yg Allah telah berikan dan mungkin ada hikmah di sebaliknya. Mungkin setakat itu sahaja rezeki anak-anak kita. Jangan rasa anda ibu yg gagal ya..kerana anda telah berjuang sehabis mungkin. Anggap sahaja ketentuan dari Ilahi kerana hanya Allah sahaja yg mengetahui apa yg terbaik buat diri kita dan keluarga kita. 

Di kesempatan ini juga pihak My Little Yaya ingin memohon kemaafan andai di sepanjang pihak kami berurusan dengan pihak anda, kami telah terkasar bahasa atau mungkin ada kesilapan ataupun kelemahan dari segi servis kami. InsyaALLAH tahun baru, nafas baru, servis kami akan dipertingkatkan lagi. Kami akan terus berkongsi info dan artikel yg lebih terkini dan segar. Diharapkan anda semua gembira bershopping produk-produk Shaklee kesayangan anda bersama kami:) InsyaALLAH BEST PRICE GUARANTEED!

Akhir Kata, Selamat Tahun Baru 2013 dari pihak My Little Yaya. Tutup buku 2012 dan bukalah lembaran baru untuk 2013 yang mungkin akan memberi sinar kebahagiaan dan keberkatan buat kita dan keluarga kita...InsyaALLAH..

Salam Sayang dari My Little Yaya.

Untuk sebarang pertanyaan, maklumbalas mengenai produk atau apa sahaja yg berkaitan, bolehlah hubungi saya melalui:

♥ Add/PM FB: Nurul Ellina Zainal Abidin
♥ Emel: mylittleyaya@gmail.com
♥ Blog: mylittleyaya.blogspot.com
♥ Call/SMS: 012-9702427
♥ Fanpage: https://www.facebook.com/MyLittleYaya

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...