Sudah jalankan sesi memerah ke hari ini? Jangan skip sesi memerah ya....susu merudum walaupun tak tinggal sesi memerah?? Jangan stress dan cepat melatah ya mama semua...jangan terlalu cepat putus asa dan terus hentikan penyusuan susu ibu. Jangan lupa susu ibu adalah anugerah Allah yg paling besar bagi seorang ibu itu. Setiap ibu pasti boleh dan berupaya untuk susukan anak masing-masing.
Gambar sekadar hiasan ~ susu merudum walaupun telah perah ikut jadual ~ |
Supply & Demand
Banyak sebab sebenarnya yg boleh mempengaruhi penghasilan susu dan seterusnya menyebabkan susu sedikit menyusut atau merudum. Kenalpasti apakah punca penghasilan susu merudum dan cuba atasinya dengan sebaik mungkin. Berikut saya kongsikan beberapa punca yg mungkin boleh menyebabkan susu merudum:
1. Stress/Tekanan
Lumrah kehidupan, kita tidak boleh lari dari stress tapi apa yg boleh kita
lakukan ialah bagaimana untuk menangani stress yg dihadapi.
Dari segi penyusuan, stress adalah satu “musuh ketat” yg boleh menganggu
penghasilan susu. Sekiranya mama stress, susu pun jadi malu dan segan nak
keluar. Jadi mama semua perlu tangani stress anda dengan baik jika tidak penghasilan
susu makin lama akan makin menyusut. Sebelum memerah, tenangkan diri dan ambil masa
dalam 5 minit untuk rehatkan minda dan bayangkan si comel anda. Minum segelas
air suam dan perahlah sambil berzikir (bagi yg beragama Islam). Dan semasa sesi
perahan jangan curi tengok ya nanti makin stress pula bila tengok hasil
perahan…nanti lagi susah susu nak keluar.
Dan dari segi teorinya, badan mama akan keluarkan Hormon Oksitosin sebaik sahaja baby mula menghisap...Hormon ini dikaitkan sebagai Happy Hormone. Dan kemudiaannya Hormon Oksitosin ini akan rangsang Kelenjar Pituitari untuk rembeskan pula Hormon Prolaktin yg kemudiannya akan merangsang kelenjar susu untuk penghasilan susu. Jadi jika ikut logiknya, jika si ibu stress dan susah hati, macam mana nak hasilkan hormon oksitosin tu kan...Jadi always be happy n be positive ye mama semua :)
2. Teknik penyusuan yang salah
Teknik menyusu yang salah boleh menyebabkan susu tidak dapat dikosongkan
sepenuhnya. Ibu juga akan mengalami puting yang melecet kerana proses lekapan
pada aerola yang tida betul. Bayi hanya menghisap bahagian puting sahaja.
Posisi penyusuan yang betul sangat penting bagi menjamin anak dan ibu selesa
sewaktu sesi penyusuan berlangsung dan baby dapat menyusu dengan tenang dan
puas.
3. Ponteng Sesi memerah/mengepam
Ini biasanya berlaku bagi mama-mama yang berkerja, alasannya terlalu sibuk
dan tiada masa untuk memerah dan ada juga ibu-ibu yg berasa malu untuk membawa
peralatan untuk memerah dan sanggup untuk tidak memerah. Jangan begitu ya,
adalah penting untuk mama semua ikut jadual memerah (tidak lebih dari 3 jam)
supaya penghasilan susu dapat terus dihasilkan dengan baik dan susu tidak
menyusut.
Ada juga mama yg sanggup tunggu hingga Cik “B” bengkak dan penuh dengan
susu baru hendak perah. Konsep ini adalah salah ya kerana semakin lama anda
tunggu semakin bengkak Cik “B” anda dan akan menyukarkan proses memerah dan ini
juga tidak baik diamalkan kerana untuk hari-hari yg berikutnya, signal akan
dihantar untuk hentikan penghasilan susu kerana tiada permintaan.
Untuk mama yang dirumah, sentiasalah susukan si manja anda secara langsung ya (DF) mengikut permintaan si manja anda.
Kerana rangsangan daripada bayi salah satu faktor untuk susu dihasilkan melalui
konsep supply vs demand . Makin kerap kantung susu dikosongkan makin cepat susu
dihasilkan.
4. Tidak cukup rehat
Badan yang penat dan tidak cukup rehat juga boleh menyebabkan susu merudum.
Oleh itu, cuba dapatkan juga rehat yg secukupnya. Kena pandai 'curi masa' untuk berehat ya.
Mungkin ketika bayi tidur anda juga boleh “take nap” sekejap ya.
5. Masalah hormon dan kesihatan
Bagi mereka yang mempunyai masalah kesihatan, perlulah meminta nasihat
doktor jika anda masih ingin meneruskan penyusuan. Ada sesetengah ubat dan
antibiotik yg diambil mungkin boleh menganggu pengashilan susu dan penyusuan
baby anda. Secara alternatifnya anda
bolehlah mengambil suplemen semulajadi untuk membantu dalam masalah kesihatan
anda. Sebagai contoh, sekiranya anda demam
boleh cuba ikhtiar dengan pengambilan 2-3 biji Vitamin C (500mg). Sekiranya badan anda tidak sihat, ia boleh
menganggu penghasilan susu. Ketidakseimbangan hormon juga banyak mempengaruhi
penghasilan susu.
Ada juga mama yg susunya sedikit menyusut tatkala datang bulan (haid/period). Salah satu faktor yg dikatakan penyebab kepada situasi ini adalah kalsium di dalam darah kita akan berkurangan setiap kali kita datang bulan. Jadi pengambilan kalsium secukupnya dalam diet harian kit tersangatlah penting ya. Anda boleh cuba Ostematrix dari Shaklee sebagai ikhtiar ya.
6. Penggunaan pil perancang
Pil perancang dikatakan boleh memusnahkan vitamin B dalam badan, sedangkan ibu-ibu
menyusu memerlukan vitamin B untuk menghasilkan susu.
7. Teknik pam yang salah / pam tak cekap
Mama semua perlu pelajari teknik mengepam yang betul jika menggunakan pam.
Kerana jika salah teknik menggunakan pam akan menyebabkan kantung susu tidak
dapat dikosongkan sepenuhnya. Teknik Marmet (perah dengan tangan) juga
merupakan salah satu penyelesaian yang terbaik bagi mereka yang tidak mahir
menggunakan pam. Cuba lakukan servis berkala untuk memastikan kecekapan pam
anda sentiasa terjaga dan supaya proses pengepaman dapat berjalan lancar.
9. Pemakanan yang tidak seimbang
Mama yang menyusu perlu mengamalkan pemakanan seimbang. Perlu cukup dan lengkap
dari segi karbohidrat, protein, serat dan garam mineral. Dan perlukan kalori yg cukup setiap hari kerana menyusu memerlukan kalori dan tenaga yg tinggi. Tapi mampukah kita
untuk mengambil semua makanan mengikut kumpulan makanan yg diperlukan? Dengan kesibukan seharian kadangkala ramai yg memandang lewa untuk mengambil makanan yg berkhasiat dan tidak kurang juga yg hanya memakan makanan kegemaran sahaja. Diet harian kita akan tersasar bila ada hari-hari yang kita tidak
mengambil makanan seimbang. Di sinilah supplemen berfungsi iaitu untuk
melengkapkan nutrien harian yang diperlukan oleh badan.
Mama yang menyusu sangat tidak
digalakkan untuk mengambil air minuman bergas serta air berkafein, kerana
kafein juga boleh menyebabkan penghasilan susu terganggu.
Untuk maklumat lanjut mengenai Set Penyusuan Lengkap 3M , klik di sini.
Untuk maklumat mengenai Set-Set Penyusuan lain selain Set 3M, klik di sini.
♥ Nothing is impossible to a willing Heart ♥
Jadi jika mama semua mengalami masalah dan situasi susu merudum jangan cepat panik ya...relax dan kenalpasti puncanya...cuba atasi dan insyaALLAH mama semua pasti akan dapat teruskan penyusuan sehingga baby berusia dua tahun atau lebih. Yang penting mesti kena semangat, yakin dan sentiasa positf.
♥ Nothing is impossible to a willing Heart ♥
♥ Emel: mylittleyaya@gmail.com
♥ Blog : mylittleyaya.blogspot.com
♥ Call/SMS: 012-9702427
♥ Fanpage: http://www.facebook.com/MyLittleYaya
P/S: Saya bukanlah pakar laktasi yang bertauliah tetapi CINTA saya terhadap penyusuan susu ibu ini adalah antara penyebab saya memulakan blog ini di samping CINTA saya kepada produk-produk Shaklee...Sekiranya anda memerlukan bantuan dalam penyusuan, anda boleh juga hubungi saya. Yang mana saya boleh bantu saya akan cuba bantu.
assalamualaikum....
ReplyDeleteTq for sharing info...saya pun bukan seorg pakar laktasi..tetapi sekadar ingin mencelah dan berkongsi ilmu bersadarkan dari bahan pembacaan dan pengalaman sendiri dlm dunia breasffeding ini. Sedikit perkongsian dari saya...ibu-ibu yang ingin mengambil pil perancang dlm ms yg sama nak breasfeddkan anak, blh cuba noriday....ini suggestion dari doktor. Pil perancang Noriday tidak menganggu pengeluaran susu. Diana amik pil perancang Noriday sejak berpantang hari ke 42- sehingga sekarang anak berusia 2 tahun 5 bulan. Diana masih menyusukan dia.
untuk tip-tip dan perkongsian mengenai breasfeeding, jemput ke blog saya http://apapayahsangat.blogspot.com/.
Tq
tQ for sharing dear mardiana...tahniah kerana masih menyusukan baby :-)
Delete