Sunday, March 3, 2013

Apa Yang Harus Dilakukan Jika Anak Demam Panas dan Terkena Sawan Tarik??

Assalamualaikum sahabat semua...

Cara Tangani Anak Demam Panas


Hari ini saya terpanggil untuk selitkan satu entri yang saya kira tersangat penting untuk semua ibu dan bapa (termasuk untuk saya dan suami) ambil tahu dan jangan ambil lewa sahaja. Sebenarnya siang tadi saya berkesempatan menziarahi anak seorang sahabat yang telah ditahan di wad sebuah hospital akibat demam panas dengan suhu 39'C dan kata ibunya telah pun terkena 'Sawan Tarik' (Febrile Seizure) sebelum anaknya dibawa ke hospital dan terus kena tahan. 


Menceritakan kembali detik-detik cemas itu, si ibu berkata anak sulungnya itu asalnya dalam sebulan ini kerap demam dan sebelum kejadian mereka telah pun membawa si anak ke klinik yang berhampiran dan kemudian dengan tiba-tiba je di tengah malam itu anaknya terkena Sawan Tarik itu...mata si anak membuntang dan hanya nampak mata putih sahaja, si anak tercungap2 untuk bernafas dan mula menjadi "kebiruan" akibat tidak cukup oksigen dan hampir kena kancing gigi dan di waktu itu, ibunya sanggup memasukkan jarinya sendiri sehingga luka (begitu besarnya pengorbanan si ibu). Kemudian mereka terus basahkan anak mereka dengan air untuk turunkan suhu panas dan terus bergegas ke hospital. 


Mendengarkan kisah ini cukup membuatkan bulu roma saya berdiri tegak...dalam kepala saya dok berfikir...macam manala kalau situasi sebegini terjadi pada anak saya...mampukah saya menanganinya dengan baik dan tidak panik?? Tiba-tiba satu perasaan takut menyelubungi saya, sebab saya tak pernah ambil tahu mengenai perkara ini dan tidak pernah utk sediakan diri saya dengan ilmu berkaitan cara-cara mengatasi situasi sebegini...Jadi balik je dari hospital, malam itu juga saya guna bantuan "pakcik google" dan alhamdulillah banyak blog dan website kesihatan yg berkongsi tips dan kaedah yg betul untuk menangani situasi sebegini. (Kebetulan pula anak sulung dah mula batuk berkahak dan sudah mula menunjukkan tanda-tanda akan demam). Jadi di sini saya ingin berkongsi dengan sahabat-sahabat semua cara untuk menangani anak-anak yang demam panas dan juga bagi yg berkemungkinan terkena Sawan Tarik. Moga bermanfaat buat kita semua.


APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN DEMAM??

Suhu badan normal manusia ialah di antara 36.5'C-37.5'C. Demam dikatakan bermula apabila suhu badan mula meningkat dari 37.5'C ke atas.

APAKAH PENYEBAB DEMAM??

Demam selelunya terjadi akibat jangkitan yang selalunya dibawa oleh virus (viral infection) dan adakalanya boleh juga dibawa oleh Bakteria dan jarang-jarang boleh juga diakibatkan dari masalah-masalah dalaman yg lain. 

Walaubagaimanapun, tidak semua demam itu terjadi itu serius dan membawa kepada masalah kesihatan yang major kecuali apabila ia telah melebihi 42'C. Peningkatan suhu badan yang amat cepat juga boleh mengakibatkan Sawan Tarik (Febrile Seizure).

APAKAH ITU 'SAWAN TARIK' (FEBRILE SEIZURE)??

Sawan Tarik ketika demam panas


Terdapat sebilangan kecil dari anak-anak yang berusia 9 bulan - 5 tahun ke atas boleh mengalami 'Sawan Tarik' yang diakibatkan oleh demam panas. Selalunya situasi ini sangat mengejutkan dan menakutkan ramai ibu bapa lebih-lebih lagi jika ia adalah kejadian yang pertama.  Jadi diharap semua ibu bapa peka dengan situasi sebegini dan sentiasa bersedia untuk menanganinya dengan baik. Yang penting jangan panik dan lakukan perkara yang mungkin akan membawa kepada keadaan yang lebih teruk kepada anak-anak anda sekiranya terjadi 'Sawan Tarik' ini.

Dipercayai demam sawan berlaku kerana pembentukan otak kanak-kanak yang belum lagi matang. Demam panas yang tinggi boleh mencetuskan isyarat elektrik dalam litaran otak yang menyebabkan berlakunya sawan.



Pada amnya, jangkitan ini adalah ringan dan tidak berpunca daripada jangkitan selaput otak (meningitis). Sawan tarik bukan penyakit keturunan. Namun kanak-kanak yang mengalami sawan tarik ada di antara mereka yang mempunyai anggota keluarga yang mengalami sawan tarik juga.



APAKAH KAEDAH YANG ANDA BOLEH LAKUKAN SEKIRANYA TERJADINYA SAWAN TARIK KEPADA ANAK ANDA ATAU SESIAPA SAHAJA??
  • Mengawal demam panas seberapa boleh. Kadangkala, demam panas akan berterusan meskipun langkah-langkah sewajarnya telah diambil. Usah gementar jika sawan berlaku di hadapan mata. Ambil nafas panjang dan bertenang dahulu.
  • Letakkan anak di atas lantai atau permukaan yang rata 
  • Longgarkan pakaian anak anda terutama di bahagian leher dan kepala.
  • Miringkan badan dan kepalanya ke kanan agar air liurnya mengalir ke luar.
  • Usah memaksa masuk sudu atau bahan keras mahupun jari anda sendiri ke dalam mulut si anak. Ini tidak secara langsung boleh menyekat saluran pernafasan dan tambah membahayakan anak anda.
  • Usah cuba mengawal pergerakan anak itu sewaktu dia sawan kerana ini boleh mencederakan otot atau tulangnya.
  • Usah berikan si anak minuman kecuali setelah dia sedar.
  • Dapatkan bantuan dan bergegas ke doktor untuk pemeriksaan lanjut.

Sawan ini akan berlaku bukan untuk jangka masa yang lama. Kadangkala ia tidak melebihi seminit. Seseorang kanak-kanak boleh mendapat sawan kembali dengan kadar 30 peratus sebelum usianya meningkat ke enam tahun.

Sekiranya anak anda mengalami demam panas, ambil langkah proaktif untuk menurunkannya suhu badannya secara perlahan-lahan. Berikut dikongsikan beberapa langkah yang boleh anda ambil sekiranya anak-anak anda mengalami Demam Panas:
  • Pastikan anak kekal terhidrat dengan memberi mereka minum air putih yang cukup serta berikan mereka makan makanan yang berair seperti sup dan bubur. Jika bayi berusia bawah 6 bulan cukup dengan terus berikan bayi susu ibu dengan sekerap yang mungkin kerana susu ibu adalah immunisasi pasif yang membekalkan nutrisi lengkap pada bayi, kekal tersedia dan steril serta membekalkan antibodi untuk bayi melawan jangkitan yang dialami.
  • Pakaikan mereka pakaian yang longgar dan tidak tebal agar haba tidak terperangkap. Pakaian daripada kapas adalah pilihan yang terbaik kerana ia dpt menyerap peluh. Jangan bedung atau selimutkan anak yang demam.
  • Gunakan span atau kain yang dibasahkan dengan air dan ditekapkan pada tubuh anak untuk menarik panas keluar dari badan. Gunakan air suam dan tidak digalakkan untuk menggunakan air sejuk atau ais kerana ia boleh menyebabkan anak menggigil dengan lebih teruk dan boleh menyebabkan badan bertindak balas dengan menaikkan lagi suhu badan yang semestinya boleh membahayakan lagi anak anda. Tekapkan sahaja kain dan janganlah digosok kerana itu akan menyebabkan lebih banyak haba terhasil.
  • Boleh berikan anak ubat yang dibenarkan seperti Parasetamol untuk kanak-kanak, ibuprofen. Dilarang sama sekali untuk berikan anak Aspirin.
  • Pantau keadaan anak dan segera bawa berjumpa doktor sekiranya demam berlanjutan sehingga 2 hari.


Walaupun ibu bapa dinasihatkan supaya tenang sekiranya berhadapan dengan situasi demam sebegini kerana langkah awal yang betul berkemungkinan dapat mengawal demam dari berlanjutan, tetapi ada beberapa situasi di mana anak perlu dibawa berjumpa doktor dengan segera.

Situasi yang dimaksudkan ialah sekiranya:
  • Anak mengalami Sawan Tarik akibat suhu meningkat dengan cepat.
  • Demam berlanjutan selama dua hari
  • Anak menjadi lemah dan tidak aktif seperti kebiasaan
  • Anak mula meracau-racau
  • Anak tidak mahu makan ataupun minum
  • Anak mula muntah dan leher menjadi tegang.

Sumber:  http://www.docstoc.com 
                  http://www.whiteymommy.com 
                  http://www.hmetro.com.my

Jangan ambil secara lewa ya ibu bapa semua...pada saya biarlah orang nak kata kita ni terlalu panik sebab segera bawa anak ke hospital atau klinik ke....saya selalu dengar alah..demam biasa je tu..takyahlah nak terus bawa gi jumpa doktor...jangan ya wahai ibu bapa semua, biarlah kita ambil sikap berhati-hati..tak rugi pun kita bawa mereka jumpa doktor. Semoga entri pada kali ini dapat memberi manfaat dan panduan buat anda semua.

Tadi juga saya ada bawa anak sulung saya ke klinik kerana badannya dah mula dedau..kata doktor pastikan anak kekal terhidrat dan jangan biar anak terlalu aktif di ketika ini. Doktor ada juga tanya sama ada saya berikan anak saya suplemen ke dan saya katakan pada doktor saya ada beri anak minyak ikan dan multivitamin. Doktor cakap.."sangat bagus" teruskan kerana ia dapat tingkatkan sistem imun anak-anak dan bekalkan nutrisi yang anak perlukan. Alhamdulillah kerana saya telah melakukan satu langkah yang betul. Tapi memang betul rasanya, sebab sejak saya amalkan beri anak-anak suplemen ni mereka mmg jarang sakit (alhamdulillah atas izin Allah kerana sakit pening dan ajal maut semua di tangan tuhan...tapi macam mana pun kita sebagai hambaNYA wajib berikhtiar utk dapatkan kesihatan yang terbaik). Jadi saya rasa tak salah rasanya untuk ibu bapa "invest" sedikit untuk kesihatan anak-anak. Boleh klik di sini untuk suplemen terbaik buat anak-anak anda.


Wassalam...

8 comments:

  1. Jutaan terimakasih atas info yang sangat berguna...

    ReplyDelete
  2. Minyak ikan n multivitamin jenis apa ye yg puan beri pd ank puan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dear Puan Dayang, saya berikan kedua2 anak saya suplemen dari Shaklee iaitu minyak ikan Omega Guard dan Mealshakes.

      Puan Boleh ke link ini utk info lanjut mengenai Omega Guard ==> http://mylittleyaya.blogspot.com/2012/11/omega-guard-shaklee-dari-minyak-ikan.html

      dan link ini untuk Mealshakes ==> http://mylittleyaya.blogspot.com/2012/09/anak-tak-nak-makanibu-pening-kepalaowhh.html

      Sebarang kemusykilan puan boleh hubungi saya di talian 0129702427

      Delete
  3. Nak tanya kalau anak demam luaran panas tapi dlman sejuk...boleh ke kita rendam kaki ank tu dgn air suam?

    ReplyDelete
  4. Start bg supplement umur brape?

    ReplyDelete
  5. Dear Maisarah, boleh start beri anak Mealshakes dan Omega Guard seawal usia setahun...boleh hubungi saya 012-9702427 utk konsultasi lanjut..tQ

    ReplyDelete
  6. assalamualaikum wbt
    terima kasih banyak2 sis atas perkongsian yang amat berh=guna ini buat ibubapa diluar sana untuk lebih tahu dan faham kesan2 demam panas ini

    sis saya menjemput sis untuk ke blog saya
    terima kasih
    dan salam perkenalan dari dari

    http://enrdenatureshop.blogspot.com/

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...