Monday, September 24, 2012

Akan ku bawamu ke mana jua...

Assalamualaikum.

Blog My Little Yaya ini diinspirasikan dari anak sulung saya yang sayang sangat pada 'soft toy' kucing dia sehinggakan dia bawa ke mana saja dia pegi. Puteri sulung saya yg kini berumur 2 tahun 4 bulan ini menamakan 'soft toy' dia ni "Yaya". Jadi di sini saya nak ambil la semangat kasih sayang puteri saya ni dan abadikan ke blog ini. Nanti bila dia dah dewasa, kenangan ini pasti akan menjadi nostalgia yg terindah buat dirinya. Sekiranya kita suka atau sayangkan sesuatu itu kita akan sentiasa bawanya ke mana saja yg kita pergi..terutamanya jika hati sudah suka..mmg tak dpt dipisahkan lagi.

Blog ini juga saya dedikasikan buat para ibu (bapa pun ok jer heee) di luar sana terutamanya kepada mereka yg menyokong penyusuan susu ibu secara eksklusif. Diharap blog ini dapat memberi panduan dan semangat kepada anda semua yg telah berazam untuk menyusukan putera-puteri kesayangan anda  secara eksklusif. Sesungguhnya tiada apa yg dapat mengatasi kehebatan susu ibu. Anak-anak akan lebih, ceria , cergas dan cerdas. Yang paling penting "ikatan kasih sayang" yg terjalin antara ibu dan anak. 

Kajian ada menunjukkan bahawa bayi yang minum susu ibu secara eksklusif sekurang-kurangnya selama 6 bulan akan lebih tinggi IQ nya berbanding bayi yg tidak. Jadi ayuhlah ibu-ibu semua susukanlah anak-anak anda kerana susu ibu itu adalah hak anak-anak. 

Alhamdulillah saya masih lagi menyusukan anak kedua saya yg kini berusia 10 bulan secara eksklusif. Semoga Allah akan terus memberi rezeki ini dan terus memberi kekuatan kepada saya untuk meneruskannya sekurang-kurangnya sehingga dia 2 tahun.

~ Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama 2 tahun genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan ibu ~ 
                                                                                   (surah al-Baqarah ayat 233).
Diharap blog ini juga dapat menjadi salah satu teratak maya untuk kita semua berkongsi ilmu tentang apa sahaja baik dari segi penyusuan, kesihatan, kekeluargaan mahupun kecantikan. (walaupun dah banyak blog yg menawarkan info-info yg berkaitan). Sekiranya anda mempunyai masalah dalam penyusuan (cthnya: penghasilan susu yang kurang, tidak bertenaga, ingin tahu cara mengepam yg betul etc.), jgn risau kerana insyaALLAH saya boleh membantu dalam memberikan tips-tips penyusuan. 

Saya juga merupakan pengedar bebas Shaklee (Shaklee Indipendent Distributor) di mana Produk Shaklee menawarkan suplemen yang diperlukan untuk penyusuan, kesuburan, pelangsingan, kecantikan mahupun masalah2 kesihatan yang lain. InsyaALLAH dengan keazaman dan tawakal kepada Allah, setiap apa yg diusahakan pasti akan mendapatkan kejayaan. Oleh itu, majulah penyusuan ibu untuk semua!!! heeeee

Kepada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan produk Shaklee dengan tawaran HARGA ISTIMEWA atau mendapatkan info mengenai penyusuan dll anda boleh:


add/PM saya di FB : Nurul Ellina Zainal Abidin   ATAU

Emel saya: ellina7984@gmail.com   ATAU

Telefon saya: 012-9702427

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...