Monday, May 12, 2014

Petua dan Tips Menggebukan dan Mencerahkan Kulit


Petua dan Tips Menggebukan dan Mencerahkan Kulit
Gambar sekadar hiasan

Dah lama rasanya saya tak sharing petua-petua dan tips di blog ni. Oklah harini terasa nak sharing petua dan tips untuk menggebukan dan mencerahkan kulit. Haaa petua ni musti ramai yang tak sabar nak tau kan....sabar ya Cik Jah heeeee....Jom kita terjah petua-petua yang nenek moyang kita amalkan sejak dulukala untuk maintain gebusss dan mantop gitew. Mana yg elok kita boleh jadikan panduan dan amalan kita juga k sebab wanita dan kecantikan sememangnya tak dapat dipisahkan.



Petua Pertama - Untuk dapatkan kulit yang tegang dan cerah


petua kulit tegang
Gambar Hiasan - Beras Pulut Hitam
  1. Ambil sedikit beras pulut hitam kemudian di goreng tanpa minyak sehingga cukup masak.
  2. Tumbuk beras pulut hitam tersebut hingga halus.
  3. Setelah menjadi serbuk ambil sedikit air suam dan campurkan sekali hingga menjadi pekat.
  4. Setelah itu sapukan ke wajah dan biarkan kering.
  5. Gunakan sebagai masker wajah dan kulit akan terasa tegang.
  6. Amalkan seminggu tiga kali, Insya Allah wajah akan sentiasa tegang dan kulit kelihatan putih.


Petua Kedua - Untuk Menggebukan Kulit Muka


Gambar Hiasan - Limau Kasturi
  1. Sediakan ialah segenggam beras pulut, madu dan lima biji limau kasturi.
  2. Goreng beras pulut tanpa minyak sehingga kuning lalu di tumbuk atau di kisar sehingga hancur dan halus.
  3. Kemudian barulah di campur dgn madu dan air perahan limau dan gaul hingga sebati.
  4. Sebelum menggunakannya anda perlulah membasahkan muka dan menyapunya dgn perlahan-lahan dan membiarkanya selama 15 minit.
  5. Kemudian anda bilas muka anda dengan air bersih dan lihatlah hasilnya.
  6. Jika perlu lakukan 3 kali seminggu.


Petua Ketiga - Untuk Kulit Cerah dan Berseri

Petua Kulit Cerah Berseri
Gambar Hiasan - Daun Sirih
  1. Rendam Beras semalaman.
  2. Keesokan harinya tos dan jemur beras tersebut hingga kering.
  3. Setelah kering, tumbuk atau kisar sehingga halus bersama-sama dua hingga tiga helai daun sirih, sepotong ibu kunyit dan segenggam pucuk jambu batu sehingga lumat atau hancur.
  4. Bancuh campuran tadi dgn air secukupnya dan sapukan pada kulit wajah.
  5. Selepas 15 hingga 30 minit, barulah cuci wajah anda.
  6. Sebaik-baiknya guna sebelum tidur,dua atau tiga kali seminggu,selamat mencuba.


Petua Keempat - Untuk Menghaluskan Kulit


Petua Menghaluskan kulit
Gambar Hiasan - Madu
  1. Ambil setitik madu dan campurkan dengan sedikit air bagi memudahkan larutan.
  2. Jadikan sebagai masker dan sapukan pada kulit wajah yang bersih.
  3. Biarkan ia kering dan bilas,ulang dua kali sebulan.

Petua Kelima - Untuk hilangkan jeragat

Petua Hilang Jeragat
Gambar Hiasan - Putih Telur
  1. Ambil 3 sudu beras di cuci dan di goreng sekejap dan di kisar bersama mata kunyit,biar jadi serbuk.
  2. Ambil 1 sudu bancuh dengan air limau nipis dan lumurkan pada muka.
  3. Bila kering cuci dengan air suam.
  4. Amalkan selalu, Insya Allah kulit akan jadi lembut dan licin.

**jikalau tiada limau nipis boleh juga diganti putih telur.


Petua Keenam - Untuk menggebukan dan mencerahkan kulit 
seluruh badan

Petua Menggebukan dan Mencerahka kulit
Gambar Hiasan - Beras Pulut
  1. Rendam beras pulut hingga lembut kemudian ditumbuk hingga lumat.
  2. Lumurkan badan dengan beras pulut yg telah ditumbuk sebelum mandi.
  3. Biar lumuran hingga kering kemudian sental kulit perlahan-lahan.
  4. Bilas badan dengan air dan amalkan sekerap mungkin.
  5. Boleh amalkan 2 kali seminggu untuk hasil yg terbaik.
Sumber: demibahagia.net & fancypgbag.blogspot.com

Haaa macam mana? rajin tak nak mencuba? Heeeee kalau anda semua ada penyakit "M" macam saya ni untuk cuba petua-petua ni semua...nak senang jom kita ber ABP 26 je...Cuma perlu bancuh dan minum setiap pagi. Nanti kulit pun akan rasa gebu, anjal dan moist je sepanjang masa. Tak tipu sebab saya sendiri memang rasa kesan tu semua seawal 5 hari pengambilan ABP 26. Tak percaya? Kenalah cuba sendiri. Dah ramai yang berpuas hati termasuklah artis dan personaliti. 

Untuk info produk anda bolehlah klik DI SINI.


JAMINAN PRODUK
➨ 100% Bumiputera
➨ Dijamin HALAL oleh Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM)
➨ Bertaraf GMP (ISO)
➨ Ada kelulusan KKM

Saya sedang mencari BIz Partner untuk sama-sama memasarkan ABP 26 ini. Pakej terendah untuk mulakan biz ini ialah RM280 SAHAJA. Jom jana pendapatan dengan ABP 26. Hari-hari Masyukkkk dengan ABP 26!!!

✔✔✔Support TEAM yg luar biasa hebat & semua maklumat tentang produk, testimoni, pelan pemasaran, tips2 disediakan dlm Group Support.!!! Sertai kami #GEngGB Jutawan dengan SEGERA!!



Untuk sebarang pertanyaan jangan malu...jangan segan boleh hubungi saya melalui:

♥ Call/SMS/WhatsApp: 012-9702427
♥ Fanpage: https://www.facebook.com/MyLittleYaya
♥ IG: @ellina7984
♥ Twitter: @ellina7984


Wednesday, May 7, 2014

Latar Belakang Syarikat yang Memasarkan ABP26





Sebelum kita cerita mengenai produk yg tengah meletop-letop di pasaran Malaysia sekarang ni...jom kita risik-risik dulu latar belakang syarikat yg bertanggungjawab mengasaskan dan memasarkan produk ABP26 ini. (Biasalah bila produk baru ni ramai yang tertanya-tanya latar belakang syarikat kan?)


HH PRESTIGE HOLDING SDN.BHD ialah sebuah syarikat BUMIPUTERA yang sangat kukuh yang dibina untuk menerokai pasaran GLOBAL melalui penerapan pendekatan E-dagang & E-networking. Syarikat ingin melahirkan lebih ramai JUTAWAN MUDA di Malaysia.

Pengasas ABP26

HH PRESTIGE HOLDING SDN.BHD diterajui oleh seorang jutawan muda Dato' Dr Hamzaki Bin Haji Hamzah, atau lebih dikenali sebagai Dato' Zach. Beliau bermula sebagai agen Insurans/unit trust/agency manager dan telah pun bergelar jutawan seawal umur 26 tahun. 

Disebabkan minat beliau dalam bidang kesihatan dan kecantikan semakin mendalam, beliau mengorak langkah menubuhkan HH PRESTIGE HEALTH & BEAUTY dan menghasilkan produk-produk kecantikan yang bermutu tinggi. Syarikat ini merupakan usaha sama bersama-sama isteri beliau, Datin Nurul Harnani Bt. Mohd Zaawi yang juga pemilik Butik Artis terkenal Dewi Sofiea Boutique.

HH PRESTIGE HOLDING SDN.BHD mempunyai anak-anak syarikat lain seperti HH PRESTIGE HEALTH & BEAUTY, US BILLIONARE SDN BHD, BERKAT DDZ MANAGEMENT, DHC PRESTIGE MANAGEMENT, BILLIONARE GROUP SDN BHD, B26 TALENT AGENCIES SDN BHD dan DEWI SOFIEA BOUTIQUE SDN BHD.

Company Profile ABP26
Latar Belakang Syarikat

Di bawah Syarikat HH PRESTIGE HEALTH & BEAUTY, mereka telah menghasilkan Produk azimat seperti Aura Beauty Perfect 26 (ABP26) Aura Premium, ABP26 Triple L, ABP26 SLimming Miracle, ABP26 El Manna. Banyak lagi produk killer yang akan dihasilkan oleh syarikat ini nanti. Semua produk tersebut semakin menjadi bualan Artis-Artis Malaysia dan masyarakat kita disebabkan keberkesanannya.

**Untuk makluman anda, setiap hari rabu jam 9 malam akan diadakan Business Opportunity Plan bagi anda yg ingin mengenali dengan lebih dekat mengenai produk-produk ABP26 serta marketing plannya di HQ'

Alamat HQ:
B-2-1 Jln serai Wangi 16/G alam avenue sect16 40200 Shah Alam, Selangor

Tuesday, March 25, 2014

MH370 Dalam Kenangan

Assalamualaikum...

Pray For MH370

Sayu tatkala mendengar pengumuman dari PM kita Y.A.B Dato' Seri Najib Tun Razak tepat jam 10 malam tadi yg mengatakan perjalanan pesawat Malaysia Airlines Boeing 777 MH370 yg sepatutnya dijadualkan untuk ke Beijing pd 8 Mac 2014 telah membuat pusingan dan kemudiannya berakhir di lautan yg paling sunyi dan dalam iaitu di selatan Lautan Hindi..

Akhirnya terjawab sudah segala misteri kehilangan MH370 yg menggemparkan seluruh dunia sejak 8 Mac yg lalu..yg amat menyedihkan pelbagai spekulasi dan fitnah yg timbul..tolonglah hormati perasaan keluarga serta kenalan mereka yg berada di pesawat MH370..

Walaubagaimanapun kita sebenarnya belum 100% tahu bagaimana keadaan atau nasib mereka selagi kesan atau bangkai pesawat tidak ditemui..sama2lah kita mendoakan agar misi pencarian dipermudahkan (dengarnya misi pencarian hari ini terpaksa dibatalkan memandangkan cuaca amat buruk..Allahuakbar..bantulah kami ya Allah).

Mengenang MH370

Salam takziah buat keluarga dan kenalan anak kapal serta penumpang MH370..semoga diberu segala kekuatan dan semangat utk terus meniti hari2 yg mendatang tanpa mereka yg tersayang..redhalah pemergian dan terimalah ketentuan dari yg Maha Esa..kami semua rakyat Malaysia turut sama merasakan kehilangan dan kesedihan itu dan akan terus memberi sokongan buat anda..

" There are things that we don't want to happen but have to accept...
Things we don't want to know but have to learn...
And people we can't live wihout but have to let go..."

Penghargaan juga seharusnya diberikan kepada pihak-pihak berwajib yg telah bersungguh-sungguh cuba menangani tragedi ini dgn sebaiknya walaupun kadangkala terpaksa berdepan dgn tohmahan dan cemuhan mereka2 yg tiada hati dan perasaan..begitu juga dgn semua yg terlibat dalam misi pencarian MH370 (SAR) yg berkorban masa dan tenaga mereka...doa kami turut mengiringi anda semua..

Hasbunallah wani'mal wakil
Innalillahiwainailaihira'jiun


ALFATIHAH....

#prayforMH370
#mengenangMH370
#inmemoriesofMH370
#rememberingMH370
#AlfatihahMH370


Sunday, March 2, 2014

PROMO BUY 6 FREE 1 SHAKLEE BULAN MAC 2014 ==> ESP

Assalamualaikum..

Alhamdulillah dah menginjak ke bulan Mac 2014 dah...masa mmg begitu cepat berlalu..Bila bulan baru ramai yang ternanti-nanti produk apa yg akan menjadi Product Of The Month dari SHAKLEE

Jadi berita baik untuk anda semua pecinta tegar Shaklee (termasuklah saya), Promo Buy 6 Free 1 Shaklee Bulan Mac ialah tak lain tak bukan ialah Produk kesayangan kita semua ==> ESP Soy Protein Isolate Powder 


ESP Shaklee
Promo Bulan Mac Buy 6 Free ! ==> ESP

Seronok sangat bila dapat sms dari SHAKLEE pagi tadi..yelah dah setahun lebih kot ESP takde promo. Bila diwar warkan aje dekat FB bertalu order masuk untuk ESP..ada yg order 2 terus dan ada yg order Set 3M dan lain-lain. Mana tak HARGA RUNTUH tu...sapa yg beli 6 canister terus bukan je dapat 1 canister SECARA PERCUMA tapi dapat banyak lagi benefit lain...apa dia?

Promo ESP Shaklee

Haa selain dapat 1 canister secara percuma, jika anda buat belian sebanyak 6 canister...anda juga layak untuk menerima:

  • KEAHLIAN SHAKLEE secara PERCUMA (kebiasaannya anda perlu membayar pendaftaran sebanyak RM65).
  •  Anda layak untuk mendapat CASH REBATE sebanyak RM30++ pada bulan berikutnya
  • Sebaik sahaja anda didaftarkan sebagai ahli Shaklee anda akan diberi akses ke website Shaklee (www.shaklee.com.my) dan anda sudah boleh mula shopping Shaklee secara online...sangat mudah kan? :-)
  • Sebagai ahli Shaklee anda berpeluang untuk mendapat 3C (CASH, CAR, CONVENTION) sekiranya anda cukup syarat dan pointnya :-)

BEST kan? Kesihatan kita sihat...poket kita pun bertambah sihat..Jadi apa tunggu lagi, bulan ini adalah bulan yg TERBAIK bagi anda yang memang dah lama berhasrat untuk menyertain SHAKLEE dan juga bagi anda yg dah lama ingin mencuba kehebatan ESP...Tak cuba tak tahu tapi sekali dah cuba CONFIRM akan JATUH CHENTA heeeee....itu sebab ESP ni mmg HOT PRODUCT SHAKLEE dari dulu lagi..

Nak tau kenapa ramai sangat yg jatuh hati dengan ESP ni? Jemput klik DI SINI


Jadi lai lai kita borongggg ESP...cepat2 ya sebelum kehabisan stok..nanti gigit jari pulak..

Jika anda ada sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee atau ingin membuat pesanan, jangan malu atau segan ya...hubungi saya melalui:

♥ Call/SMS/WhatsApp: 012-9702427
♥ Fanpage: https://www.facebook.com/MyLittleYaya
♥ IG: @ellina7984


Setiap pembelian dari pihak MLY melayakkan anda untuk mendapat KONSULTASI PERCUMA dari pihak kami :) 


DISCLAIMER/PENAFIAN

Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
Segala testimonial yg dikongsikan adalah kenyataan secara peribadi dan tidak pernah dinilai oleh pihak Food and Drugs Administration (FDA). 

Tuesday, January 14, 2014

Pantang Larang Pengambilan Vitamin Atau Suplemen

Assalamualaikum sahabat MLY,


Hari ini 12 Rabiulawal 1435H. Tarikh cukup istimewa bagi semua umat Islam seluruh dunia kerana merupakan tarikh ulang tahun kelahiran Rasul kesayangan kita Nabi Muhammad S.A.W. Sama-samalah kita berpuasa dan berselawat ke atas nabi. Untuk makluman semua, tema Maulidur Rasul bagi tahun 2014 ini ialah "WASATIAH TONGGAK KESATUAN UMMAH".


Sebenarnya hari ini saya terpanggil untuk berkongsi dengan anda semua mengenai PANTANG LARANG PENGAMBILAN VITAMIN ATAU SUPLEMEN. Wah ambil vitamin pun kena pantang bagai ke? Hehe jangan takut ya dengan tajuk entri saya pada hari ini. Sebenarnya dalam apa jua yang kita lakukan atau kita makan kita harus berhati-hati dan perlu ada ilmu dengan apa yang kita lakukan.


Sama juga halnya dengan vitamin atau suplemen yang kita ambil ==> kita harus ada ilmu, kita harus tahu sifat-sifat vitamin tersebut, kita harus tahu apa tujuan kita mengambil vitamin tersebut dan pastikan dapat tunjuk ajar atau panduan yang betul dalam setiap pengambilan vitamin atau suplemen harian kita.

Seperti yang kita tahu, suplemen sangat penting kepada kita sebagai pelengkap kepada nutrisi dan zat harian yang sepatutnya kita perolehi dari amalan pemakanan kita. Biasalah dengan rutin harian kita yang terlalu sibuk, adakalanya kita main tangkap muat je dengan pemakanan kita dan ada juga yang suka makan makanan segera. [ Boleh klik DI SINI untuk huraian lengkap mengenai kepentingan suplemen dalam diet seharian kita ]


Pantang Larang Pengambilan Vitamin
Gambar Sekadar Hiasan -- Suplemen Harian

Tapi sebelum anda semua mengambil sebarang suplemen atau vitamin, pastikan anda ada sedikit ilmu mengenai vitamin-vitamin yang anda ambil dan jangan disebabkan terlalu taksub untuk cantik atau kurus, sampai  berpuluh-puluh vitamin anda telan dalam satu-satu masa.

Pastikan juga anda tiada sebarang penyakit kronik atau sebarang alahan sebelum anda mengambil sebarang vitamin. Sebab itu, adalah penting untuk anda dapatkan khidmat nasihat dari pakar perubatan, farmasi atau dari pengedar suplemen (tak kira sama ada pengedar Shaklee atau suplemen lain) yang sah.


Baiklah di sini saya kongsikan beberapa Tips pengambilan Vitamin yang betul untuk kita capai kesan yang optimum atau dengan bahasa mudahnya pantang larang yang perlu kita tahu dalam pengambilan Vitamin: 


Pantang Larang Pengambilan Vitamin
Pastikan anda tahu pantang larang pengambilan vitamin

PERTAMA -- Pastikan pengambilan "Air Kosong" adalah mencukupi

Ini adalah satu tips atau pesanan yang saya tak pernah lupa untuk berikan kepada setiap sahabat yang dapatkan suplemen Shaklee dari saya. Paling kurang 3L air kosong WAJIB kita minum setiap hari ya [purata 1L: setiap 25kg]. Tapi malangnya ramai yang mengeluh dan beri macam2 alasan antaranya malas untuk ke tandas. Wahai sahabat-sahaatku semua, amalan untuk ke tandas adalah baik utk kita keluarkan toksin2 yang ada dalam badan ya. Kalau badan banyak toksin mulalah kita rasa letih, lesu dan tak bermaya. Vitamin pun susah nak diserap dalam badan.

Lagi satu, terlalu ramai yang suka dengan air bewarna dan berperisa dan mengabaikan pengambilan air kosong. Bila dinasihatkan utk mengambil 3L air setiap hari bukan air yang manis ya wahai sahabat semua tapi 3L air kosong. Tahukah anda, air yang manis boleh meningkatkan kepekatan darah serta menyebabkan kegemukan.

Kenapa kita perlu minum air kosong secukupnya? Supaya penyerapan vitamin oleh tubuh berlaku dengan lebih baik dan optimum. Barulah dapat rasa kesan dia...

Macam comel susah je nak minum 3L air sehari. [ Jangan susah hati..anda boleh ikut tips minum air secukupnya setiap hari DI SINI ya]


KEDUA -- Elakkan pengambilan vitamin terlalu banyak sekaligus pada satu masa

Apabila kita makan semua vitamin terlalu banyak sekaligus dalam satu-satu masa (lebih dari 5), ia boleh meningkatkan kepekatan darah kita pada masa-masa tertentu. Ramai yang ambil lewa dan ambil mudah perkara ini sebab nak senang. Dan ramai yang suka ambil terlalu banyak vitamin atau suplemen sebelum tidur sedangkan pada masa selepas itu kita akan kurang minum air. Maka cuba agih-agihkan pengambilan vitamin anda mengikut kesesuaian dan keperluan anda agar kepekatan darah tidak meningkat secara mendadak pada satu satu masa. Ini juga membantu agar buah pinggang tidak terlalu dibebani pada satu satu masa tertentu sahaja.


KETIGA -- Elakkan pengambilan vitamin bersama ubat atau sebarang jamu

Sekiranya anda dalam pemantauan doktor atas masalah kesihatan, elakkan mengambil ubat secara serentak dengan pengambilan vitamin kerana ini hanya akan menyebabkan darah bercelaru dan tidak dapat menyerap vitamin dengan baik. Cuba sediakan jadual, sekiranya selepas makan pagi anda mengambil ubat doktor maka anda boleh amalkan vitamin pada waktu tengahari atau malam. Namun sekiranya anda perlu makan ubat secara berturutan, pagi dan petang, maka amalkan vitamin selepas 1-2 jam selepas pengambilan ubat doktor. Begitu juga halnya dengan jamu. Jangan ambil sama waktu dengan vitamin tapi jarakkan dalam masa 1-2 jam.


KEEMPAT -- Kurangkan pengambilan kafein dalam diet harian

Haa pantang larang yang keempat ni juga antara yang paling banyak ditanya kepada saya sepanjang saya menjadi pengedar Shaklee. Ramai yang tak boleh tinggal air berkafein terutamanya Nescafe di waktu pagi (sebenarnya saya juga penggemar air berkafein suatu masa dulu tapi bila mengenangkan rugi je beli suplemen mahal2 tapi badan tak dapat serap jadi saya cuba kurangkan pengambilan kafein harian).

Kenapa tak boleh ambil kafein? Sebabnya, kafein boleh merosakkan vitamin yang sedia ada dalam badan? Maka pengambilan minum yang berkafien yang tinggi secara berterusan boleh membazirkan vitamin yang kita amalkan selama ini. Maka kita tidak akan mendapat kesan seperti yang diharapkan sama sekali disebabkan vitamin rosak disebabkan pengambilan kafien secara berterusan. Jadi tak ke rugi beli suplemen mahal-mahal tapi tak dapat kesan yang kita nak?


KELIMA -- Pastikan tahu apa yang boleh dan tidak boleh ketika mengambil Vitamin

  1. Multivitamin yang lengkap dengan zat besi tidak boleh diambil bersama air susu ==> kerana ia akan mengganggu penyerapan zat besi itu sendiri. 

  2. Vitamin E dan GLA Complex (terdapat Vitamin E di dalm GLA Complex) tidak boleh diambil bersama Alfalfa kerana Alfalfa boleh mengganggu penyerapan Vitamin E oleh tubuh badan manusia. 

  3. Vitamin E dan GLA Complex tidak boleh diambil pada hari yang sama kerana dikhuatiri badan terlebih keperluan Vitamin E harian disebabkan di dalam GLA Complex juga ada Vitamin E. Boleh selang seli hari pengambilan bagi kedua suplemen ini.

  4. Pesakit SLE/Lupus dan pesakit kekurangan G6PD TIDAK dibenarkan untuk mengambil Alfalfa.

  5. Pesakit Thalasemia Major TIDAK boleh mengambil Vitalea (kerana terdapat zat besi).

  6. Bagi ibu hamil, pastikan anda TIDAK mengambil ==> Vitamin E, Alfalfa, GLA Complex, Vivix, Cinch Shake, Carotomax, Lecithin, Herblax, Nutriferon (kecuali dengan saranan doktor). Ini adalah kerana, vitamin yang tinggi kadar antioksidan adalah tidak digalakkan sewaktu awal kehamilan kerana dikhuatiri boleh memberi risiko pada janin dan boleh menyebabkan keguguran. 

  7. Bagi ibu menyusu, pastikan anda TIDAK mengambil ==> Cinch Shake kerana kadar kalorinya yang rendah (boleh digantikan dengan ESP), Herblax, Vivix.

Ramai yang mula mengambil suplemen untuk membantu penyusuan (termasuklah saya) jadi berikut adalah sedikit TIPS PENGAMBILAN  SUPLEMEN UNTUK IBU MENYUSU:

Makanlah vitamin yang fokus untuk membantu ibu menjayakan penyusuan. Utamakan niat yang utama. Supaya tidak terlalu banyak vitamin yang anda amalkan dan dikhuatiri pengambilan air tidak sekata. Sekiranya anda membeli, maka dapatkan jadual makan yang betul dan pastikan anda tahu fungsi kebaikan vitamin yang anda beli!

Ambillah suplemen dengan ilmu. Jangan beli vitamin jika anda tidak tahu apa kebaikan vitamin yang anda amalkan. Pastikan anda dapat cara pengambilan suplemen yang betul daripada pengedar anda supaya anda mendapat kesan yang optimum. Hargailah setiap sen yang anda keluarkan untuk suplemen anda. Hidup Sihat dengan Shaklee :-)


##CREDIT ==> Anakuwiraku dan Celikvitamin

Jika anda ada sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee atau ingin membuat pesanan, jangan malu atau segan ya...hubungi saya melalui:

♥ Call/SMS/WhatsApp: 012-9702427
♥ Fanpage: https://www.facebook.com/MyLittleYaya
♥ IG: @ellina7984


DICLAIMER/PENAFIAN:

  • Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
  • Pembaca yg mengalami masalah kesihatan adalah digalakkan untuk mendapatkan nasihat daripada pakar yang berkaitan.
  • Sebelum menggunakan sesuatu produk makanan tambahan / ubatan tidak kira untuk sebarang tujuan, sila rujuk dahulu kepada pakar kesihatan atau pakar pemakanan anda. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...