Friday, July 12, 2013

Risiko BERPUASA Di Kala HAMIL Dan Tips Berpuasa Sihat Untuk Ibu Hamil

Assalamualaikum dearest sahabat semua...

Alhamdulillah hari ini sudah masuk 3 Ramadhan 1434 bermakna sudah masuk hari ketiga umat Islam di seluruh dunia berpuasa..moga semuanya dipermudahkan Allah dan segala ibadat kita diterima...


Sedar tak sedar dah berbulan jugalah blog kesayangan saya ni tak berupdate...aduhai bukan bersawang lagi dah, macam2 ado dah ni heheee...sorry sesangat wahai sahabat-sahabat semua..terlalu banyak urusan yg perlu disettlekan..semua datang zasss pada waktu yg sama huhuhu..tapi macam mana pun saya tetap berbesar hati dan ingin mengucapkan jutaan TERIMA KASIH buat semua followers dan sahabat MLY yang tak putus-putus beri support pada saya...baik yang repeat order, yang baru nak mencuba produk Shaklee, yang hubungi saya untuk tips-tips penyusuan dan tak lupa juga pada biz partner MLY yang tersangat BEST untuk SALE yang kebaboom pada bulan-bulan sebelum ini (Siapa Biz Partner MLY? InsyaALLAH akan diperkenalkan secara eksklusif dalam entri yang akan datang...tuuungguuu) Tanpa anda semua...siapalah MLY..Terima kasih semua..sayang anda semua ketat-ketat (wah bahasa org skrgla katakan hehee) Keep On Supporting MLY :) 

Waduh dah terpanjang pulakla mukadimah untuk entri ni..al-maklumlah dah lama tak berentri...jadi tgh nak warm up balik hehe..dalam kepala ni dah ligat..macam-macam nak citer ni sampai tak tau nak start yg mana satu ni...tapi disebabkan tgh mood Ramadhan ni kan..jadi kita citer entri yang berkaitan dengan puasa la ya...ok tak?


Okeyzla...tadi dok berjalan-jalan kat Google ni terjumpalah satu entri yang saya rasa agak penting untuk saya kongsikan...jadi saya bawa entri RISIKO BERPUASA DI KALA HAMIL dari portal : Utusan dan BabyCenter ke blog saya yang tak seberapa ni untuk sesama kita kongsi info yang sangat penting ni ya...


Terdapat beberapa faktor membuatkan ibu hamil tidak perlu/boleh berpuasa (ibu hamil termasuk di dalam golongan yang diberi kelonggaran untuk tidak berpuasa dan boleh digantikan di waktu lain melalui qada' puasa ataupun fidyah atau pun kedua-duanya sekali...saya akan kongsikan entri berkaitan rukhsah puasa ini di entri yang lain..sebab itula ISLAM ini adalah agama yang indah dan tidak pernah membebankan umatnya) kerana boleh menyebabkan kehamilan berisiko.


Risiko hamil di kala hamil


Antara kehamilan yang berisiko tinggi ialah:

[✔] Ibu hamil yang mempunyai penyakit kronik seperti diabetes mellitus, hipertensi, penyakit buah pinggang dan anemia semasa mengandung. Sesetengah penyakit seperti diabetes mellitus memerlukan pesakit mengambil ubat pada waktunya.

[✔] Pesakit jantung

[✔] Tumbesaran bayi yang terencat 

[✔] Ibu hamil yang mengalami perdarahan semasa hamil

[✔] Ibu hamil yang berat badan tidak mencukupi atau tidak bertambah.

Ibu hamil yang kekurangan air di dalam badan juga (mengalami dehidrasi) digalakkan berbuka puasa segera kerana dikhuatiri boleh menjejaskan kandungan dan kesihatan ibu itu sendiri.

Ia boleh dilihat daripada air kencing ibu mengandung. Jika ia sikit dan pekat seperti warna teh o, ia menunjukkan badan kekurangan air yang diperlukan.

Paling penting bagi ibu hamil ialah mematuhi jumlah air yang diperlukan dalam sehari iaitu sekurang-kurangnya 1.5 hingga 2 liter.

Ini kerana air ketuban boleh berkurangan dan dikenali sebagai oligohidramnios.

Walaupun berpuasa, ada cara untuk melengkapkan lapan hingga 10 gelas air dalam sehari itu.Pastikan anda mengambil air yang diperlukan sepanjang waktu berbuka hinggalah sahur.

Antara cadangan pengambilan air yang boleh diikuti ialah:


Minum 3 gelas air ketika berbuka, 3 gelas sebelum tidur dan 3 gelas lagi termasuk air susu sewaktu sahur.


** Pengambilan Performance Drink - Orange Shaklee sangat membantu untuk mengekalkan hidrasi dalam badan dan memberi lebih tenaga terutama sewaktu berpuasa. Jemput klik DI SINI untuk info lanjut mengenai Performance Drink yang mendapat permintaan tinggi sewaktu Bulan Ramadhan ini.



Ibu-ibu hamil juga dinasihatkan untuk:
  • Kurangkan aktiviti yang memenatkan ketika berpuasa seperti beriadah dan membeli-belah serta rancang jadual kerja dengan baik.
  • Elakkan tempat yang panas supaya kurang mengalami dinyahhidratkan.
  • Elakkan berbuka dengan mengambil terlalu banyak juadah manis seperti kuih-muih. Makanan manis  tidak memberikan sumber tenaga dan nutrien yang mencukupi serta diperlukan.

Tips pemakanan sihat untuk ibu hamil di sewaktu berpuasa:
  • Makanan yang paling baik ketika berbuka puasa ialah makanan yang berprotein tinggi seperti ikan dan telur. (Sebab tu ESP Soy Protein Isolate Powder Shaklee sangatlah best dan menjadi rebutan ramai). Cuba kurangkan makanan manis sangat terutama ketika berbuka kerana ia akan menyebabkan paras gula naik dan kemudian turun mendadak lalu menyebabkan rasa pening.
  • Selain itu, karbohidrat kompleks seperti kurma dan bijirin amat bagus untuk sahur
  • Makanan terbaik sewaktu bersahur ialah makanan yang membekalkan tenaga seperti nasi dan roti
  • Makanan tambahan yang biasa diperlukan oleh ibu hamil perlu diamalkan dengan disiplin iaitu multivitamin (semestinya rangkaian suplemen dari Shaklee boleh membantu kehamilan anda...jemput klik DI SINI untuk keterangan lanjut) dan susu.

Ibu hamil perlu mematuhi jadual janji temu dengan doktor supaya dapat mengawasi keadaan ibu dan bayi dalam kandungan

Doktor juga akan memantau saiz kandungan selain kesihatan ibu hamil. Berat badan ibu mengandung hendaklah sentiasa menaik, jika ia tidak berubah dan menurun semasa puasa, ia bukan tanda yang baik.

Ada juga kajian menunjukkan risiko bersalin awal akibat tekanan ketika puasa yang menyebabkan hormon seseorang berubah.

Apakah tanda-tanda bahaya yang perlu Ibu Hamil ketahui?

Hubungi doktor anda jika:
  • Anda pening kepala, pengsan, lemah atau letih. Berehat selama setengah jam untuk kembali sihat dan jika tiada perubahan, hubungi doktor anda.
  • Anda loya atau mula muntah.
  • Terdapat perubahan ketara pada pergerakan bayi anda. Jika bayi anda tidak bergerak atau kurang menendang, amat penting untuk anda menghubungi doktor anda.
  • Anda berasa sangat dahaga atau air kencing anda berwarna gelap dan berbau kuat. Ini adalah tanda-tanda penyahhidratan.
  • Anda mengalami kesakitan seakan-akan sakin bersalin. Ini mungkin tanda kelahiran pramatang dan anda perlu hubungi doktor anda dengan segera.
  • Berat badan anda tidak bertambah atau berat badan anda berkurangan.
  • Anda sakit kepala atau mengalami kesakitan lain atau demam.


Harap sedikit sebanyak entri ini dapat memberi manfaat buat anda semua...sekiranya ada sebarang kemusykilan atau pertanyaan mengenai produk Shaklee anda bolehlah hubungi saya melalui:

 Call/SMS/WhatsApp: 012-9702427

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...