Saturday, January 5, 2013

Aduhai Penatnya Diet Yo-Yo Ni....

Dah penat berdiet tapi kembali balik ke berat asal?? Ada juga yg lebih dari berat asal? Aduhai letih kan diet yo-yo ni??

KEEP MUSCLE YOU HAVE
BURN FAT YOU DON'T NEED

LOSE INCHED YOU DON'T WANT !!

Aduhai...takkan nak makan sayur je???

Apakah yg dimaksudkan dengan kesan DIET YO-YO?

Sekiranya anda berdiet dgn cara yg salah...anda akan kehilangan lemak dan otot sekali...Apabila anda hilang otot, anda akan kehilangan keupayaan untuk membakar lemak dan ini sekaligus akan merendahkan lagi kadar metabolisma anda.

Dan apabila anda stop berdiet, anda tidak boleh membakar kalori seperti yg anda lakukan sebelum ini tetapi sebaliknya badan anda akan bertambah berat. Jadi kitaran ini akan sentiasa berulang....bila anda diet anda akan hilang berat lepas tu bila stop makin berat pula jadinya..Inilah yg dimaksudkan dengan kesan DIET YO-YO...Kalau boleh kita tak naklah asyik nk kena diet je kan....bila dah dapat berat badan ideal..cukup utk kita jaga dan maintain berat itu:)

Kenapa Diet Gagal?
Geramnya...dah diet penat-penat naik balik berat ni ISHHH!!!

Kenapa Kebanyakan diet GAGAL??
♥ Terlalu obses untuk menurunkan berat badan hingga sanggup menyekat pengambilan makanan yg seterusnya mengakibatkan badan kekurangan nutrisi dan boleh menyebabkan pelbagai penyakit serta badan menjadi lesu tak bermaya.
♥ Diet yg terlalu sukar dan extreme...contohnya perlu menahan lapar dan tidak boleh mengambil sebarang karbohidrat.
♥ Mengambil "Pil-pil Kurus" atau apa sahaja pil atau suplemen pelangsingan yg tidak diketahui asal usul kandungan serta bahan-bahan di dalam suplemen tersebut yg mungkin boleh membahayakan.
♥ Cara diet yg salah boleh merendahkan lagi metabolisme
♥ Hasil diet yg terlalu lambat

Dan akhirnya akan menyebabkan mereka yg berdiet secara salah dan extreme ini akan hilang sabar, kepercayaan dan harapan...dan akhirnya kembali ke berat asal atau mungkin lebih berat dari asal. Sudah semestinya sia-sia sahaja pengorbanan, masa, tenaga dan wang ringgit anda kan??

Jadi apa kata anda cuba "Shape Up" dengan Cinch Shake Mix...Apa pula kelebihan Cinch Shake Mix ni? 

Cinch Shake Mix Shaklee

♥ Rendah kalori
♥ Mengandungi 24 vitamin dan mineral penting
♥ Mengandungi Leusine yg sgt penting utk memelihara otot supaya semasa berdiet anda tak hilang otot
♥ Tinggi kandungan serat - 6g
♥ Rendah lemak, rendah kalori dan rendah indeks glisemik (sesuai utk penghidap kencing manis)
♥ Tiada pewarna tiruan, tiada perasa tiruan atau pun pemanis
♥ Dapat memberikan tenaga dan rasa kenyang berpanjangan

♥ 24g protein di setiap hidangan yang dapat memberikan rasa puas dan kenyang
♥ Penggunaan soya yang bebas GMO


** Boleh digunakan sebagai Meal Replacement 
** Dengan 3 perisa lazat (Vanilla, Chocolate dan Cafe Latte) hinggakan dapat memberi faedah seperti mengambil makanan tetapi rasanya seperti menikmati pencuci mulut:)


Untuk kesan lebih HEBAT gandingkan bersama Herblax + Lecithin dan boleh juga diambil bersama ESP Soy Protein Isolate Powder.

Setiap pembelian dari pihak MLY, anda akan mendapat KONSULTASI SECARA PERCUMA dan jangan risau kami akan guide anda cara berdiet yg betul dan berkesan:) Semua produk Shaklee adalah dijamin selamat, berkesan dan mesra alam. 


Berminat untuk mencuba? Boleh hubungi saya melalui:

♥ Add/PM FB: Nurul Ellina Zainal Abidin
♥ Call/SMS: 012-9702427

Tuesday, January 1, 2013

Menyusukan Si Manja Di Kala Hamil. Bolehkah diteruskan atau Mengundang Bahaya??

♥♥ Sharing is Caring ♥♥

SITUASI:

"Tahniah Puan, anda hamil :)"

"Huh?? Betul ke ni? Tapi anak saya baru je 6 bulan dan

saya 
masih menyusukannya sepenuhnya. 

Macam Mana ni??"



Saya pasti mesti ramai di antara mommies di sini yg pernah atau sedang mengalami situasi sebegini kan? Semuanya tidak kita rancang tapi kita harus redha dan percaya bahawa semuanya Kuasa Allah dan kita sepatutnya bersyukur dengan rezeki dariNYA.


Hamil dan Menyusu
Gambar Sekadar Hiasan

Jadi bagaimana jika anda mengalami situasi seperti di atas? Bolehkah diteruskan penyusuan ketika hamil atau adakah akan mengundang bahaya kepada bayi di dalam kandungan dan diri anda sendiri??

Saya sendiri pernah mengalami saat2 ini di mana saya disahkan hamil di kala anak sulung saya baru sahaja berusia 9 bulan. Terkejut dan gembira tetapi pada masa yg sama buntu dan sedih kerana mengenangkan saya masih lagi menyusukan puteri sulung saya secara eksklusif. Macam2 cakap org saya dengar, ada yg kata ok utk teruskan ada yg kata tak boleh tapi naluri keibuan terlalu kuat dan saya bertekad untuk teruskan juga....Akhirnya setelah kandungan mencecah 4 bulan, doktor menyuruh saya hentikan penyusuan kerana mengalami alahan yg amat teruk hingga terpaksa drip dan berat turun mendadak dalam 4-5 kg. Sayu sangat ketika itu dan dalam saya pening utk memikirkan bagaimanakah caranya utk saya hentikan penyusuan, saya terkejut kerana puteri sulung saya bagaikan mengetahui kesulitan yg saya alami dan dengan sendirinya beliau berhenti menyusu tanpa perlu dipaksa...Betapa besarnya Kuasa Allah...

Jadi berbalik kepada persoalan tadi, bolehkah teruskan penyusuan tatkala hamil?

Sebenarnya tidak ada kajian yg menyatakan wanita hamil tidak boleh menyusukan tetapi dengan syarat wanita yg hamil itu haruslah sihat begitu juga dengan baby di dalam kandungan.

Pakar perubatan akan menasihatkan wanita hamil untuk menghentikan penyusuan sekiranya didapati mempunyai masalah seperti:


  • mengalami pendarahan ketika hamil
  • menunjukkan tanda-tanda akan melahirkan lebih awal dari tarikh jangkaan
  • hamil kembar
  • pernah ada sejarah melahirkan anak-pramatang
  • pernah mengalami keguguran ketika hamil
  • dan lain-lain kehamilan yg berisiko tinggi seperti mengalami darah tinggi dan kencing manis
Menurut kajian, rahim tidak memahami “mesej” daripada oksitosin untuk memulakan kontraksi sehinggalah kandungan berusia lebih kurang 24 minggu. Maka, penyusuan sehingga kandungan berusia 20 minggu masih dianggap selamat, dan ibu-ibu juga tidak perlu untuk tergesa-gesa menghentikan untuk menyusukan anak sebaik mengetahui yg diri hamil. 

Namun begitu, amat penting bagi ibu-ibu yg berhasrat ingin meneruskan penyusuan (Tandem Nursing) ini untuk memastikan perkembangan kandungan sempurna, kesihatan ibu terjamin, dan mengambil kira emosi anak yg menyusu.

Berikut adalah beberapa perkara yg perlu di ambil kira sekiranya ingin meneruskan Tandem Nursing atau penyusuan ketika hamil:


  • Sejarah perubatan.
  • Dapatkan pengesahan dari gynae anda sama ada diri anda dan kandungan sihat dan boleh teruskan penyusuan
  • Tahap keselesaan fizikal dan emosi.
  • Usia anak dan keperluan penyusuannya, (Jika anda menyusukan bayi berumur kurang dari enam bulan sewaktu mengandung, anda perlu memantau perkembangan dan pertambahan berat badannya. Minta nasihat pakar kanak-kanak tentang perkembangan berat badannya. Anda mungkin perlu menambah susu formula ).
  • Pengambilan makanan yg berkhasiat. Pengambilan suplemen yg secukupnya insyaALLAH akan dapat membantu. [Boleh amalkan Set Kehamilan Shaklee]
  • Mendapatkan berat badan yg sesuai/ideal.
  • Mempunyai dan menikmati masa rehat yg mencukupi.
Ibu Hamil dan Menyusu Perlu Makanan Seimbang
Gambar Sekadar Hiasan

Antara fakta penting yang perlu mama semua tahu sekiranya ingin meneruskan penyusuan ketika hamil:

  • Penyusuan sewaktu mengandung tidak akan menghalang janin mendapatkan zat makanan yang diperlukannya. Ia juga tidak akan melemahkan tubuh ibu. Anda Mungkin akan berasa letih dan tidak bermaya maka rehat yg secukupnya amat diperlukan. 
  • Puting menjadi lebih sensitif ketika hamil maka cuba tukar posisi anak ketika menyusu, pastikan lekapan bayi adalah betul dan cuba berfikir perkara lain dan bernafas dalam2 bagi mengurangkan rasa sakit tadi.
  • Amat penting bagi ibu2 mengambil makanan atau menepati diet mengikut keperluan piramid makanan yg betul. Makan makanan yg berzat dan minum air mengikut kuantiti yg diperlukan badan. Pemakanan haruslah kaya dengan zat besi, asid folik, kalsium dan vitamin D bagi tumbesaran bayi di dalam kandungan dan penghasilan susu. Jika tidak diperolehi dari diet seharian adalah penting untuk anda mengambil suplemen tambahan. Menurut kajian, wanita hamil memerlukan lebih kurang 200-400 kalori tambahan utk perkembangan bayi di dalam kandungan dan jika menyusukan anak perlu lebih kalori iaitu dalam lingkungan 600-800 kalori tambahan dalam sehari.
  • Sewaktu hamil kebanyakan ibu akan mengalami masalah dalam penghasilan susu disebabkan oleh perubahan hormon.
  • Malah, sewaktu trimester kedua, susu akan mula berubah menjadi kolostrum. Kuantiti dan rasa susu akan berubah secara mendadak. Oleh kerana itulah, kebanyakan bayi akan bercerai susu dengan sendirinya setelah menganggap rasa susu berbeza daripada biasa.
  • Setelah anak berumur satu tahun, susu bukanlah lagi diet utama anak-anak. Anak sudah harus diberi makanan lain utk memenuhi keperluan zat mereka. Penyusuan pada waktu ini lebih kepada pengisian emosi. Jika pada masa ini ibu memilih untuk memberhentikan penyusuan, ibu harus pandai memujuk anak yang baru bercerai susu ibu. 
Diharap sedikit sebanyak perkongsian ini dapat membantu mama semua ya...sudah pastilah setiap ibu inginkan yg terbaik untuk anak2 tetapi janganlah dipaksa diri sekiranya mengundang bahaya kepada diri anda dan bayi di dalam kandungan...redha kerana mungkin rezeki utk kita menyusukan anak kita adalah setakat itu sahaja...

♥♥ Jemput untuk share bersama sahabat-sahabat yg lain ♥♥



Jika ada sebarang pertanyaan berkenaan produk shaklee atau lain-lain yg berkaitan, bolehlah hubungi saya melalui:

♥ Call/SMS/WhatsApp: 012-9702427
♥ Fanpage: https://www.facebook.com/MyLittleYaya
♥ IG: @ellina7984


Anak Yang SABAR Ternyata Lebih Cerdas....

Salam dearest sahabat semua...

Apakah azam anda semua sempena tahun baru 2013 ini?? Sebaik sahaja melangkah ke tahun 2013 ini saya berazam untuk menjadi seorang mama yang lebih sabar dengan kerenah anak-anak (huh boleh ke?) yg semakin lasak membesar huhuuhu mmg azam dan cabaran yg sangat hebat kerana setiap hari without fail saya akan bersama-sama dengan kedua-dua putera dan puteri saya yg sedang membesar ini. Dan bermakna hari-hari saya tidak pernah sunyi dengan gelak tawa dan sudah semestinya tangisan dan jeritan mereka. 

Si puteri sulung alhamdulillah telah pun berusia 2 tahun 8 bulan dan si putera pula genap setahun 2 bulan pada hari ini. Memang tak dinafikan kadangkala ada hari-hari yang saya rasakan sangat tertekan dan tidak dapat mengawal kemarahan dengan kerenah mereka tetapi setiap kali apabila terjadi begitu saya cepat beristihgfar agar saya tidak terbawa-bawa dengan kemarahan saya dan supaya sesuatu yang tidak diingini tidak terjadi. Tapi tanpa mereka hidup terasa sepi kerana merekalah kekuatan saya..merekalah nafas saya dan merekalah jiwa saya. Mama sayang anak-anak mama.

Puteri Sulung Kesayangan Mama_Nur Damia Hannah
Puteri Sulung Kesayangan Mama_Nur Damia Hannah


Putera Manja Mama_Alif Zakwan
Putera Manja Mama_Alif Zakwan


Seperti yang kita semua tahu, SABAR itu adalah salah satu cabang kepada keimanan kita. Jadi seharusnya sebagai ibu bapa kita harus cuba mesti @wajib mendidik anak-anak kita dan latih mereka agar sentiasa bersabar dalam apa jua perkara. Sebelum melatih mereka, sudah tentu kita sendiri harus mempraktikkannya dan menjadi role model kepada mereka...betul tak? 

Ada apa pada SABAR? Jom kita kongsi satu artikel yang saya fikir sangat menarik sewaktu saya blogwalking baru-baru ini



Tajuknya: Anak yg Sabar Ternyata Lebih Cerdas


Anak Sabar Lebih Cerdas


Selalunya sebagai ibu bapa kita akan cenderung untuk memenuhi segala keinginan anak-anak apabila mereka meminta sesuatu lebih-lebih lagi bila si anak mula melakukan "aksi-aksi" dan "jeritan" di tengah-tengah orang ramai. Betul tak? hehehe saya juga begitu, bukan apa, malas nak dengar mereka bising-bising lagipun malu bila ramai sangat mata yg memandang "aksi dan jeritan" mereka itu. Sudahnya anak-anak akan dapat apa yg mereka mahu dan mereka akan mengulangi perbuatan itu setiap kali mereka mahukan sesuatu tanpa mahu menunggu. 

Tahukah anda, perkara sebegini sebenarnya tidak baik dalam perkembangan mental anak-anak? Selain membuatkan anak menjadi lebih manja, perlakuan itu juga akan membuatkan mereka membesar menjadi seorang yg angkuh dan keras kepala. Cara yg terbaik ialah, latih anak supaya bersabar, dan jelaskan kepada mereka bahawa setiap perkara haruslah melalui prosesnya dan tidak semua yg mereka mahukan mereka harus dapat.

Sebenarnya, menurut satu kajian yang telah dilakukan oleh Bing Nursery School dari Standford University terhadap anak di usia 3-4 tahun, didapati bahawa mereka memiliki kesabaran lebih ternyata memiliki tahap kecerdasan yg tinggi.

Melatih kesabaran anak sedari awal adalah hal yang cukup penting kerana di saat anak memiliki kesabaran yang tinggi, anak akan sangat menghargai semua hal yang mereka miliki.

Selain itu melatih kesabaran anak juga akan membawa pada perkembangan pola pemikiran dan daya juang yang tinggi. Hal ini juga mereka akan bawa sehingga dewasa dan mereka takkan mudah untuk mengambil jalan pintas bagi mendapatkan apa yang diinginkannya. 


Jadi, bagaimanakah caranya untuk kita latih kesabaran anak-anak kita?

Banyak cara yang boleh kita lakukan ntuk melatih kesabaran anak, misalnya di saat anak meminta dibuatkan susu cuba buat anak menunggu sekejap dengan mengatakan kepada anak bahawa anda perlu membersihkan botol susunya dan mencuci tangan terlebih dulu.

Sekiranya anak-anak meminta utk dibelikan sesuatu, latih anak bersabar dengan mengajaknya untuk mengumpul wang terlebih dahulu dengan cara menabung.

Namun demikian, kemungkinan penolakan dan kemarahan anak boleh terjadi. Jadi sebagai ibu dan bapa, anda haruslah bijak mengawal emosi mereka dan di saat ini anda bolehlah menasihatkan mereka dengan bahasa yang lembut dan mudah difahami. 

Secara tak langsung, terjalin sebuah komunikasi dua arah antara anda dan anak Anda, dan hal ini dapat mengajar anak anda banyak nilai yang positif. 

Banyak manfaat yang boleh dipelajari anak di samping bersabar, anak juga belajar untuk lebih menghargai, hormat ibu dan bapa serta dapat berkomunikasi dengan baik. Hal inilah yang membuat anak menjadi lebih cerdas.

Artikel tersebut telah dibentangkan oleh seorang konsultan, Hanny Muchtar Darta dalam sebuah talkshow di Jakarta Selatan yang bertajuk “Pentingnya Kecukupan Asupan Vitamin dan Mineral agar Anak Incredible” .

Jadi sini suplemen dan nutrisi yg cukup juga sangat penting ya untuk meningkatkan lagi kecergasan dan kecerdasan anak-anak :)

Jadilah ibu bapa yg sabar dalam melatih anak-anak agar mereka juga dapat bersabar dan menjadikan kita sendiri sebagai role model mereka...InsyaALLAH



Selamat Tinggal 2012...Salam Perkenalan 2013...

Salam dearest sahabat semua:)

Baru je sejam 2012 berjalan meninggalkan kita....dan muncul pula 2013 yang bakal menyapa dengan pelbagai lagi cabaran, dugaan dan kenangan buat kita semua. Semoga tahun 2013 ini bakal membawa 1001 kegembiraan, kenikmatan, kesihatan yang baik, kebahagiaan, kejayaan, dimurahkan rezeki dan yang paling penting semoga tahun 2013 ini akan mendapat keredhaan dari Allah S.W.T. Lupakan sahaja kenangan pahit dan dugaan yang melanda di tahun 2012...yang baik dijadikan tauladan dan yang buruk dijadikan sempadan. Semoga segala dugaan dan cabaran di tahun 2012 telah banyak mematangkan kita semua dan menyediakan diri kita untuk lebih bersedia dengan cabaran yang mungkin jauh lebih hebat di tahun 2013 ini.

Selamat Tahun Baru 2013



Buat mama yang masih meneruskan penyusuan secara eksklusif, tahniah dan syabas saya ucapkan...teruskan usaha murni mama dan jgn cepat berputus asa ya...orang kata jgn menyerah kalah sebelum berjuang...dan sekiranya anda telah berjuang habis-habisan tetapi masih tidak dapat untuk teruskan, tidak mengapa, redha dengan apa yg Allah telah berikan dan mungkin ada hikmah di sebaliknya. Mungkin setakat itu sahaja rezeki anak-anak kita. Jangan rasa anda ibu yg gagal ya..kerana anda telah berjuang sehabis mungkin. Anggap sahaja ketentuan dari Ilahi kerana hanya Allah sahaja yg mengetahui apa yg terbaik buat diri kita dan keluarga kita. 

Di kesempatan ini juga pihak My Little Yaya ingin memohon kemaafan andai di sepanjang pihak kami berurusan dengan pihak anda, kami telah terkasar bahasa atau mungkin ada kesilapan ataupun kelemahan dari segi servis kami. InsyaALLAH tahun baru, nafas baru, servis kami akan dipertingkatkan lagi. Kami akan terus berkongsi info dan artikel yg lebih terkini dan segar. Diharapkan anda semua gembira bershopping produk-produk Shaklee kesayangan anda bersama kami:) InsyaALLAH BEST PRICE GUARANTEED!

Akhir Kata, Selamat Tahun Baru 2013 dari pihak My Little Yaya. Tutup buku 2012 dan bukalah lembaran baru untuk 2013 yang mungkin akan memberi sinar kebahagiaan dan keberkatan buat kita dan keluarga kita...InsyaALLAH..

Salam Sayang dari My Little Yaya.

Untuk sebarang pertanyaan, maklumbalas mengenai produk atau apa sahaja yg berkaitan, bolehlah hubungi saya melalui:

♥ Add/PM FB: Nurul Ellina Zainal Abidin
♥ Emel: mylittleyaya@gmail.com
♥ Blog: mylittleyaya.blogspot.com
♥ Call/SMS: 012-9702427
♥ Fanpage: https://www.facebook.com/MyLittleYaya

Thursday, December 27, 2012

Anak Dengan Masalah Asma Tak Perlu Lagi Bergantung Pada Inhaler dengan Bantuan OmegaGuard dan MealShakes

Sedikit Sharing ya dearest sahabat semua:) 

Baru-baru ni saya ada berbicara dengan seorang ibu...beliau ada memberitahu yg anaknya yg baru sahaja berusia dua tahun tetapi mengalami masalah asma yg agak teruk hingga perlu berulang alik ke hospital setiap bulan dan perlu bergantung pada inhaler tetapi alhamdulillah dengan izin Allah setelah beliau berikhtiar memberi anak beliau OmegaGuard  sebiji dalam 2-3 kali seminggu dan MealShakes setiap hari, keadaan anak beliau beransur pulih dan kini tidak lagi perlu lagi berulang ke Hospital dan tidak lagi perlu bergantung pada inhaler. 

Omega Guard (Minyak Ikan Terbaik Dunia)

MealShakes Memberi nutrisi lengkap buat anak-anak


Alhamdulillah...seronok saya mendengarnya. Yelah hati ibu mana yg tidak terusik setiap kali melihat anak sakit dan terpaksa ditahan ke wad. Lebih-lebih lagi jika terpaksa menyaksikan di depan mata prosedur-prosedur perubatan yg khusus untuk mengubati penyakit mereka. Cukuplah pengalaman saya melihat anak saya yg ketika itu hanyalah bayi kecil yg tidak mengerti apa-apa dan terpaksa menggunakan nebulizer utk mencairkan kahak di dalam paru-parunya. Hati kecil ini menjerit dan merintih sedih setiap kali anak saya menjerit dan menangis. Walaupun prosedur itu tidak menyakitkan tetapi apalah si kecil tahukan? Itu belum lagi saya tengok macam2 kes dan penyakit kanak-kanak lain...Setiap kali mereka menjerit dan menangis setiap kali juga naluri keibuan saya terusik walaupun bukan anak sendiri. Masa tu ilmu terlalu cetek dan pada saya suplemen tidak memainkan peranan penting tapi alhamdulillah sejak kami sekeluarga mengamalkan suplemen (Shaklee), kesihatan kami juga semakin baik dan alhamdulillah sejak anak saya mengamalkan MealShakes, beliau juga jarang diserang penyakit. Tidak seperti sebelum-sebelum ini. Adiknya lagilah bertambah "sihat" dan cergas kerana masih menyusu susu ibu sepenuhnya. Dapat semua nutrisi yg lengkap sebab mama dia mengamalkan Set 3M heeee...


Oklah berbalik kepada story kita tadi, ingin saya highlightkan di sini bahawa OmegaGuard bukanlah semata-mata untuk kecerdasan otak ya sahabat semua...Juga sangat baik utk tingkatkan sistem imun, kuatkan paru2 dan jantung kita serta banyak lagi manfaat dari OmegaGuard. Salah satu alternatif yg baik juga sementara SR Vita C Plus tiada stok. Baik untuk dewasa dan kanak-kanak. Paediatrician my kids juga selalu ingatkan supaya saya berikan anak-anak minyak ikan tapi masa tu saya ambil lewa je. Sekarang barula celik minda sikit heeee. Anda boleh klik di sini untuk lebih banyak info dan penerangan mengenai OmegaGuard.


Saya dah selalu juga dengar kalau anak demam or selsema/batuk boleh ikhtiar dengan MealShakes dan OmegaGuard untuk anak-anak bawah 4 tahun tapi mcm 50-50 nak percaya atau tidak. Tapi sejak semalam puteri sulung saya mula selsema dan batuk jadi saya cuba dan tawakal utk berikannya tambahan OmegaGuard (puteri sulung saya mmg saya berikan MealShakes sejak sebulan yg lalu kerana beliau susah sgt nk makan dan alhamdulillah selepas pengambilan MealShakes mmg nampak sangat perubahan yg ketara dari segi selera makan dan juga kesihatan beliau)  dan amat mengejutkan saya dalam sehari sahaja anak saya beransur pulih tanpa perlu saya membawanya ke klinik dan memberi ubatan sintetik. Alhamdulillah, kita perlu berikhtiar dan hanya Allah yg mengizinkan dan menyembuhkan.


Suplemen buat si manja dari Shaklee


Jadi saya menyeru pada mama dan ayah semua, apalah salahnya untuk kita invest sedikit demi kesihatan anak-anak kita. Berikan yg terbaik buat mereka dan jangan sekali-kali skip jadual immunisasi mereka. Mereka sentiasa terdedah kepada bahaya pencemaran, bakteria, virus dan sebagainya. Lindungilah mereka dengan kasih sayang dan juga asas pertahanan yg kuat bagi tubuh badan mereka agar mereka membesar dengan ceria, sihat dan cerdas. InsyaALLAH.

**Bagi orang dewasa yg mengalami masalah asma juga boleh berikhtiar dengan 3 biji Omega Guard setiap hari dan juga Alfalfa.


DISCLAIMER:

Segala testimonial yg dikongsikan adalah kenyataan secara peribadi dan tidak pernah dinilai oleh pihak Food and Drugs Administration (FDA). 

Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...