Sunday, December 9, 2012

Apa itu "Power Pumping" dan bagaimanakah kaedahnya?

Wah ada mama semua yang masih berjaga...oh bangun menyusukan baby ya...alhamdulillah...saya sangat kagum dengan semangat ibu-ibu semua...walaubagaimanapun tidak semua ibu yg senasib dengan anda...ada di antara ibu-ibu yg tersangat ingin menyusukan baby mereka dengan sepenuhnya namun mungkin terhenti atau mungkin ada juga yg mempunyai masalah tertentu dalam penyusuan....sudi-sudikanlah untuk membaca sedikit perkongsian saya di pagi hari ini ya....


Baru-baru ini saya ada terima pertanyaan dari seorang sahabat yang ingin relaktasi (ingin sambung semula penyusuan yg sudah terhenti) dan juga seorang lagi sahabat yg bertekad ingin menyusukan anak angkat beliau...beliau telah pun suntik hormon dan ambil beberapa suplemen lain yg berkaitan namun masih juga tidak berhasil...Saya amat kagum dgn niat dan semangat kedua ibu ini dan saya berharap Allah 
akan permudahkan segala niat mereka..insyaALLAH..


Apa yg ingin saya kongsikan pada pagi ini ialah salah satu usaha yg boleh dilakukan oleh ibu-ibu dengan niat yg sama sebagai ikhtir mencapai apa yg dihajati selain dari pengamalan suplemen dan kaedah lain.


Power Pumping

Salah satu ikhtiar yg boleh dilakukan ialah "Power Pumping". Apa sebenarnya yg dimaksudkan dengan "Power Pumping"? Saya pasti ramai ibu-ibu yg biasa mendengar mengenainya kan...Ok jom kita sharing sama-sama ya...

Siapakah yg perlu melakukan "Power Pumping"?

1. Ibu yang berniat dan bertekad untuk menyusukan anak angkat
- Teknik "Power Pumping" ini akan membantu untuk merangsang penghasilan susu jika dilakukan secara konsisten dan bersungguh.

2. Ibu yg ingin relaktasi (menyambung semula penyusuan baby yg telah berhenti menyusukan).

3. Ibu yg mengalami masalah kekurangan supply susu yg mungkin berpunca dari masalah hormon, period, tertinggal rutin memerah dan lain-lain.

Bagaimana pula kaedah untuk menjayakan "Power Pumping"?

Power Pumping
Contoh pam yg boleh digunakan untuk kaedah "Power Pumping"

♥ Untuk single pump atau melalui teknik marmet:
-- Pam/Perah dari sebelah kanan dahulu dalam 10 minit kemudian Pam/Perah sebelah kiri pula untuk 10 minit juga. Kemudian tukar semula ke sebelah kanan untuk 10 minit lagi dan diteruskan dengan sebelah kiri lagi 10 minit. Lakukan ia berulang-ulang hinggalah satu jam.

♥  Untuk double pump
-- Pam selama 10 minit...Kemudian rehat dalam 10 minit dan sambung pam 10 minit lagi dan ulang langkah tersebut hinggalah satu jam.

Disarankan untuk ibu-ibu semua lakukan "power pumping" ini sekali sehari dan waktu yg sangat dicadangkan ialah pada:

Waktu malam ke subuh
 kerana pengeluaran hormon lebih tinggi pada tinggi waktu ini

Bagi ibu-ibu yg bekerjaya, boleh juga untuk fokus mengepam pada hujung minggu dengan melakukan power pumping pada setiap sesi mengepam. Buat selama 2 hari sepanjang weekend, dan kembali ke rutin biasa sekembalinya bekerja iaitu pada hari biasa.

Sumber : KIM ; ctliyana86.blogspot.com


Diharap sedikit sebanyak info yg dikongsikan ini dapat membantu ibu-ibu semua dan semoga niat ibu-ibu semua untuk terus menyusukan baby secara eksklusif akan dipermudahkan dan diizinkan oleh Allah. Yang penting haruslah ada semangat, rajin berusaha dan dekatkanlah diri pada Pencipta...bagi yg beragama Islam banyakkan zikir dan dekatkan diri pada Allah...

Anda boleh klik di sini untuk doa dan zikir yang boleh diamalkan secara harian dalam bagi membantu penyusuan.

♥♥ Pengambilan air secukupnya (3L setiap hari), Pemakanan Seimbang, Rehat yg cukup, Tidak stress, dan Pengambilan Suplemen sedikit sebanyak akan membantu dan mempengaruhi penghasilan susu♥♥

♥♥ Set Suplemen Shaklee yg dicadangkan untuk ibu-ibu semua ialah Set Lengkap Penyusuan 3M....Anda boleh klik di sini untuk info lanjut mengenai set ini. ♥♥

Saturday, December 8, 2012

Khasiat dan Petua Madu yg Boleh Diamalkan

Salam dear sahabat semua...sihat ke anda hari ini? Alahai sakit tekak ke? Jangan risau, mungkin anda boleh cuba petua seperti di bawah ini ya...

Seperti yg kita semua tahu, MADU merupakan antara 8 makanan sunnah yang baik untuk kesihatan kita selain dari Kismis, Kurma Madu, Kurma Ajwa (Kurma Nabi), Buah Tiin, Za'faran dan Habbatus'sauda.

Hari ini saya ingin bercerita sedikit mengenai madu...InsyaALLAH jika ada kesempatan di lain masa, saya akan bercerita mengenai makanan sunnah yg lain pula.

Sebelum saya bercerita dengan panjang lebar lagi ingin saya sertakan Firman Allah dan Hadis mengenai madu untuk panduan semua....


Dalam surah an-Nahlu ayat 69 Allah SWT telah berfirman yang bermaksud;
“Kemudian makanlah daripada segala jenis bungaan dan buahan (yang engkau sukai), serta turutilah jalan-jalan peraturan Tuhan mu yang diilhamkan dan dimudahkanNya kepada mu. Dengan itu keluarlah daripada badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya yang mengandungi penawar bagi manusia (daripada berbagai-bagai penyakit). Sesungguhnya, pada yang demikian itu ada tanda (membuktikan kemurahan Allah SWT ) bagi orang-orang yang mahu berfikir.
(Surah an-Nahlu: 69)

Hadis Nabi tentang Madu;

Nabi juga pernah bersabda mengenai madu yang bermaksud;
“Atas kamu dua penawar, iatu madu dan al-Quran.” (Ibnu Majah dan Hakim)

Daripada Abu Hurairah, kata beliau Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud;

“Barangsiapa yang menjilat madu sebanyak tiga kali pagi pada setiap bulan maka dia tidak akan terkena cubaan yang besar.”


Bagaimana pula cara Rasullullah S.A.W mengamalkan madu semasa hayat baginda? 

Ketika bangun tidur, Rasulullah selalu mengambil madu. "Cara  Rasulullah  minum madu mungkin berbeza dengan kita, kebanyakan kita mungkin minum madu yang sudah dicairkan dengan air," kata penulis buku sihat ala Rasul, Dr Brilianto M Soenarwo di acara Bincang Kesihatan ala Rasulullah, Sabtu (31/12) di Masjid At-tin.

Pengamal kesihatan yang juga dikenali doktor Toni itu menjelaskan bahawa  Rasulullah  mengambil madu lalu mengulum di mulutnya hingga hancur ketika bercampur dengan air liur. 


Sudah terbukti dan tidak boleh disangkal lagi bahawa madu adalah penawar bagi 1001 jenis penyakit. Berikut saya kongsikan antara beberapa khasiat dan petua madu yg mungkin anda boleh amalkan:). Saya ringkaskan dalam bentuk graphic yg comel supaya mudah untuk anda print dan share bersama sahabat-sahabat yg lain ya:) Feel free to share ya sahabat-sahabat semua.

Khasiat Madu


Jom Kenali Bahasa Baby Anda....(Dunstan Baby Language)

Sedikit sharing buat semua mama dan ayah luar sana...saya percaya mesti mama dan ayah semua pernah terdengar baby anda semua menyebut: 

neh, owh, eh, eiarh dan heh kan? 



Bahasa Baby

Tapi tahukah anda, melalui kajian yg telah dilakukan oleh Priscilla Dunstan mengesahkan bahawa bayi di seluruh dunia menghasilkan bunyi yg sama dan bersifat universal. "Bunyi-bunyi" ini terhasil akibat tindakan refleks dan sekaligus jika diamati dan difahami dengan betul boleh membawa kepada maksud-maksud tertentu. Kajian ini juga dikenali di seluruh dunia sebagai Dunstan Baby Language. Anda boleh ke website ini untuk info yg lebih lanjut ya...

www. dunstanbaby.com 


Ok jom kita kenali bahasa baby kita ya:



Neh -- Lapar (I'm Hungry)
Terhasil dari “sucking” refleks


Tip: Tumpukan pada bunyi “N” yang dihasilkan.Bayi mengerakkan lidah ke sekeliling mulut.




Heh -- Ketidakselesaan (I'm experienceing Discomfort)
Terhasil akibat refleks pada kulit.


Tip: Dengarkan bunyi “H” yang jelas seperti dihembus atautercungap-cungap.





Eiarh -- Kembung perut (I have lower gas)
Terhasil akibat tekanan abdomen perut


Tip: Sering kedengaran sebagai erangan panjang dan tertekan





Owh -- Mengantuk (I'm Sleepy)

Terhasil dari refleks menguap.


Tip: Perhatikan mulut bayi berbentuk “O” ketika membuat bunyi ini





Eh -- Ingin Sendawa (Need to Burp)
Terhasil dari pengecutan otot dada

Tip: kedengaran dalam siri yang pendek-pendek seperti "eh, eh, eh" kerana bayi cuba menolak angin keluar dengan bunyi "E" yang nyata.


Dengarlah bahasa bayi anda dan fahamilah gerak geri mereka...seungguhnya anda adalah yg paling dekat dengan mereka. Berinteraksi dan berkomunikasilah dgn baby anda:) Jangan biarkan baby menangis terlalu lama kerana ia mungkin akan membawa kepada keadaan yg tidak diingini. Listen to ur baby! And everything will be simple and less complicated...Enjoy moments with ur baby yea...CHEERIOO!!


Beberapa Tips untuk Membantu Anda Memlilih Kolagen yg Terbaik dan Dapat Memberikan Kesan yang Optimum!

Salam sayang buat sahabat semua...

Waduh-waduh kiri sawang, kanan sawang...kat tengah ni lagila penuh dengan sawang...huhu buat followers dan sahabat-sahabat MLY...sori sangat2 sebab dah terlalu lama rasanya tak update Blog kesayanganku ini...

Oklah, untuk memulakan bicara...saya terpanggil untuk berkongsi dengan anda semua mengenai beberapa tips yg anda boleh ambil dan perhatikan sebelum membeli atau mengambil sebarang produk berasaskan kolagen untuk memastikan kolagen yg bakal anda ambil itu akan memberikan anda kesan yg optimum.

Shaklee Collagen Powder

Ramai yang teruja bila membaca testimonial berkaitan Shaklee Collagen Powder dan ramai yg bertanya kepada saya mengenai pricing kolagen TERBAIK Shaklee ini. Tetapi sebaik sahaja saya beritahu harga, ramai yg menyepi tanpa sebarang maklum balas dan tak kurang juga yg mengatakan.."Wah MAHAL JUGA ya Kolagen Shaklee ni...."  Mengapa Kolagen Shaklee dikatakan MAHAL?? Tak dinafikan pelbagai produk berasaskan kolagen di luar sana...macam-macam yg boleh anda jumpa, kolagen asli, ibu kolagen, dari pelbagai jenama tak kira dari luar mahupun dari dalam negara kita. Ada yg agak murah, sederhana dan ada juga boleh dikategorikan sebagai mahal....Wah terlalu banyak produk, yg mana satu nak beli ni? Ahh tak payah banyak fikirlah..ambil je yg paling murah....TAPI TUUNGGUUU my dear friend semua....jangan terlalu cepat membuat pilihan ya...pastikan betul-betul kualiti dan kebolehan produk itu sendiri. Jangan nanti, dah sampai 10 kotak cuba tetapi masih tak rasa apa-apa kesan....bila dihitung kembali...aduhai banyak juga rupanya wang yg telah dilaburkan.

Jadi apakah tips-tips untuk memilih kolagen yg TERBAIK dan dapat memberikan kesan yang OPTIMUM?? Berikut saya kongsikan ya...

Yang PERTAMA
Pastikan anda memilih produk berasaskan kolagen yg boleh diambil secara makan sama ada serbuk mahupun cecair berbanding kolagen yg disuntik terus ke wajah mahupun tempat-tempat lain di badan anda. Ini adalah untuk memastikan sintesis enzim dapat mengoptimumkan serapan kolagen ke dalam tubuh badan kita. Lagipun buat apalah kita nak menyeksa diri dengan suntikan yg menyakitkan tu kan huhuu...

Yang KEDUA
Pilih kolagen yg bersaiz sekurang-kurangnya 1000 Dalton ke bawah untuk memastikan penyerapan yang paling optimum dan akan memberikan kesan yg lebih cepat kerana 100% kolagen dapat diserap oleh tubuh badan. Untuk makluman anda, kebanyakan kolagen yang ada di pasaran sekarang bermolekul 300,000 Dalton. Wah, cuba anda bayangkan berapa lama ia mengambil masa utk diserap ke dalam tubuh badan kita dengan saiz yg sebegitu besar.

Yang KETIGA
Pastikan kolagen yang dipilih akan dapat memberikan kesan kelembapan yg berpanjangan iaitu mempunyai emolient yang unggu.

Yang KEEMPAT
Pilihlah kolagen yang tinggi antioksidan dan antipenuaan.

Yang KELIMA
Pastikan juga kolagen yang dipilih itu mengandungi kandungan Vitamin C dan B complex yang boleh menggalakkan penghasilan kolagen dan dapat melawan radikal bebas yg boleh merosakkan kulit.

Yang KEENAM
Pastikan kolagen yang dipilih itu mempunyai bahan yang merangsang penghasilan asid hyaluronik yg berkemampuan untuk mengikat jumlah air yg besar dan seterusnya berperanan penting dalam menghidratkan tisu badan dan membuatkan kulit menjadi lembut.

Yang KETUJUH
Kolagen juga teramat penting dalam memastikan kesihatan sendi jadi pastikan juga terdapatnya Glukosamin yg penting bagi sintesis bendalir yg dapat melicinkan pergerakan sendi dan melembapkan mata.

Yang KELAPAN
Akhir sekali pilihlah Kolagen yang HALAL, SELAMAT, BERKESAN dan TIDAK BERTOKSIK ! Dan disebabkan kita semua selalu bz dgn rutin harian jadi pilihlah kolagen yg mudah untuk diambil, tak perlu direbus or dimasak...cuma buka sachet  dan boleh terus nikmati kebaikannya:)

Kesemua kriteria seperti di atas boleh anda perolehi dari Shaklee Collagen Powder...Bagi yang pernah merasakan Shaklee Collagen Powder ini mahal, fikir fikirkan semula ya...dengan kualiti yg anda akan perolehi saya pasti jika sekali anda mencuba pasti anda akan terus terpikat dan akan terus mengamalkannya.,...Kolagen bukan utk cantik sahaja ya...malah Shaklee Collagen Powder ini akn cover dari hujung rambut ke hujung kaki....Telah banyak testimonial yg telah membuktikan kehebatan Shaklee Collagen Powder ini...Anda bila lagi??

Boleh klik di sini untuk info lanjut mengenai ramuan yg terkandung di dalam Shaklee Collagen Powder.

Anda boleh ke link di bawah ini untuk testimonial yg berkaitan:



Bersempena dengan promo Shaklee Collagen Powder yang berlangsung sepanjang Bulan Disember 2012 ini, anda akan mendapat satu kotak Shaklee Collagen Powder secara PERCUMA dengan setiap pembelian 6 kotak. Rasa macam banyak sangat? Jangan risau, anda boleh berkongsi dengan saudara mara anda, offiicemate anda, sahabat anda.....Jangan lepaskan peluang yg mungkin hanya datang sekali je setahun ni...Jom dapatkan sementara stok masih ada...


Untuk harga istimewa, anda bolehlah hubungi saya melalui:


♥ Add/PM FB: Nurul Ellina Zainal Abidin

♥ Like Fanpage: My Little Yaya


♥ Call/SMS: 012-9702427





Sunday, December 2, 2012

PROMO BULAN DISEMBER: COLLAGEN POWDER SHAKLEE

Salam dearest sahabat semua...


BERITA BAIK!!! BULAN DISEMBER 2012, BULAN COLLAGEN POWDER! BELI 6 DAPAT PERCUMA 1 KOTAK...BELI 1 HARGA RUNTUH...BELI 2 LAGI JIMAT!!!

PROMOSI SHAKLEE COLLAGEN POWDER



Bagi pengguna setia Shaklee pasti anda ternanti-nanti apa pula promo produk pada bulan Disember 2012 kan? Wait no more...Bulan Disember jom sihat dan chantek dengan 

Shaklee Collagen Powder ....Hoooray!!! 

Saya pasti ramai juga di antara anda dok tunggu bilalah Shaklee nak adakan promo utk kolagen kan...Jadi inilah masanya wahai sahabat semua....jangan lepaskan peluang keemasan ini...peluang yg mungkin hanya akan datang setahun sekali....Dan promo ini datang tepat pada masanya...di saat ramai yg bakal melangsungkan perkahwinan, mengadakan kenduri dan sebagainya...mestilah nk kelihatan cantik dan segar dari hujung rambut ke hujung kaki kan....

Jadi  Shaklee Collagen Powder adalah produk yg terbaik dan tepat utk anda perolehi semua itu dalam masa yg agak singkat....Dalam 8 hari insyaALLAH anda akan dapat rasa kesannya dan ada juga testimonial yg mengesahkan dalam 5 hari kulit telah mulai licin dan bebas cela...Wow hebat bukan? Dan ujian klinikal yg telah dijalankan oleh pihak Shaklee sendiri telah mengesahkan...anda akan mendapat kulit yg lebih baik selepas penggunaan dalam 8 minggu sahaja....memang TERBAIK!!!

Peminat setia Collagen Powder mesti takkan lepaskan peluang ini kan...dan bagi anda yg baru ingin mencuba..inilah masanya...

Diekstrak daripada sisik ikan merah (RSS), Shaklee  Collagen Powder merupakan suplemen kolagen yg hebat dan berkualiti tinggi. 


Bermolekul sangat ringan kira-kira 1000 Dalton 
berbanding 
kolagen biasa di pasaran yg mempunyai berat molekul 300,000 Dalton.

Kenapa molekul ringan PENTING?
Supaya mudah diserap oleh badan dan dapat membantu kepada sintesis kolagen pada lapisan dermis dengan berkesan.

Rasailah kesan hebat dengan pengamalan Shaklee Collagen Powder :

1. Antipenuaan -- mengurangkan liang pori-pori, kedutan dan garis-garis halus.
2. Menghidratkan -- Melembapkan kulit bagi mengurangi rasa kering dan kulit mengelupas.
3. Mengembalikan keanjalan kulit -- Meningkatkan keanjalan, ketegangan dan kelembutan kulit.
4. Melicinkan -- Meningkatkan kelembutan dan kelicinan kulit.
5. Menyubur -- Menggalakkan kuku yg kuat dan rambut yg sihat bersinar.
6. Mencerah -- Mengurangkan pigmentasi, jeragat dan meratakan warna kulit.
7. Menegang -- Membantu menegang dan menganjalkan payudara.

CARA PENGAMBILAN  Shaklee Collagen Powder ini sangat mudah kerana dipek dalam satu sachet yg memudahkan anda untuk menggunakannya pada bila-bila masa di mana saja anda berada. Boleh diminum terus dari sachet atau dilarutkan dalam mana-mana minuman kegemaran anda. Mudah bukan??

Anda boleh klik di sini untuk info lanjut mengenai ramuan dan fungsi setiap bahan utama yg terdapat di dalam Shaklle Collagen Powder ini.

Di bawah ini adalah beberapa testimonial daripada sahabat yg sangat hepi dengan kesan kolagen ini:

Kulit licin bak telur dikupas

Tiada lagi eyebag dan cela di wajah (blackheads, whiteheads, jeragat, jerawat, parut)

Bukan itu sahaja...dengan pembelian 6 kotak kolagen ini, anda layak mendapat:
♥ keahlian Shaklee dengan PERCUMA

♥ CASH BONUS pada bulan hadapan
♥ PENJIMATAN melebihi RM300
♥ peluang untuk menjana pendapatan dengan Shaklee
... dan banyak lagi


Jadi apa tunggu lagi...dapatkan segera dari saya sempena promo ini dan sementara stok masih ada. Setiap pembelian anda akan melayakkan anda untuk mendapatkan konsultasi secara percuma dari saya:) Boleh hubungi saya melalui:

♥ Add/PM FB: Nurul Ellina Zainal Abidin

♥ Like Fanpage: My Little Yaya



♥ Call/SMS: 012-9702427




DISCLAIMER /PENAFIAN
Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...