Wednesday, October 3, 2012

Eu Four Pack

Inilah set pertama saya ambil dari Shaklee dan terus buat saya jatuh cinta dgn Shaklee (saya ni dulu mmg sgt susah nk consume apa-apa suplemen, pada saya semua tu tak perlu dan saya tak pernah terfikir dgn kekurangan suplemen badan sy jadi tersangat lemah).
Oklah sebelum kita bercerita dgn panjang lebar, mari saya kongsikan dulu vitamin yg ada dalam set Eu Four Pack ini berserta manfaat masing-masing.

1. Vita-Lea (Multivitamin) with Iron Formula

Setiap tablet mengandungi 12 vitamin dan 7 mineral yg sgt penting utk tubuh badan kita.
  • Sebagai pemberi tenaga, kecergasan tubuh dan kekuatan mental. Membantu sistem memori dan memberi fokus dalam aspek pembelajaran mahupun pekerjaan seharian.
  • Pelengkap nutrisi kepada tubuh badan kita akibat dari pemakanan tidak seimbang dan anemia.
  • Sangat membantu dlm stimulasi metabolisma dan lambatkan proses penuaan.
  • Melindungi organ-organ penting seperti buah pinggang, jantung dan hati

2. B-Complex

B-Complex Shaklee mengandungi 8 komponen penting vitamin B, termasuklah 100% biotin dan asid folik.
Saya panggil B-Complex ni sebagai Happy Vitamin kerana ia dapat membantu dalam melawan tekanan, kemurungan dan insomnia dgn memastikan kesihatan fungsi saraf dan redakan sakit kepala. Jadi sgt2 bagus utk kita semua yg sentiasa berdepan dgn stress.

  • Membantu menukar makanan kepada tenaga sekaligus mengurangkan masalah keletihan dan kelesuan.
  • Membantu tumbesara yg sihat bagi bayi dan kanak-kanak.
  • Mencegah dan merawat anemia , membantu pembentukan sel darah merah yg sihat dan antibodi, lancarkan perjalanan darah, melegakan sakit kepala, pening, migrain, muntah-muntah serta mabuk darat atau laut. Sangat dicadangkan untuk sesiapa yg ada tekanan darah tinggi, migrain dan kencing manis.
  • Dapat juga meredakan senggugut, redakan kerisauan, keresahan dan masalah penghadaman.
  • Baik untuk mata dan rambut gugur.

** B-Complex merangsang metabolisma dan menyebabkan tubuh kita mengeluarkan haba, oleh itu tingkatkan pengambilan air putih.


3. Sustained Release Vita C 500mg

Setiap tablet mengandungi 7.5 hidangan sebiji buah termasuk kulitnya (500mg) dan pembebasan 1.5 vitamin C buah tersebut ke dalam tubuh kita setiap jam.

  • Vitamin C penting sebagai agen yg merangsang pembentukan kolagen. Kolagen merupakan sebatian asas otot ,tisu, gusi, rangka, dan tulang rawan. Oleh itu, ia mampu tingkatkan kedut dan halang otot jd lembik.
  • Dapat memperbaiki simtom pendarahan seperti gusi berdarah, lebam dikulit, kulit kering, ruam dan pemulihan kecederaan yg lambat.
  • Vitamin C merupakan satu-satunya antioksidan yg berkuaa, mampu tingkatkan interferon semulajadi tubuh dan merangsang T-cells untuk melawan sel-sel kanser serta mampu melawan radikal-radikal bebas sebelum ia serang sel kita.
  • Mencantikkan kulit, melambatkan penuaan dan sekat pigmentasi yg boleh menyebabkan jeragat (sebab itu sekarang ramai yg suntik vitamin C di kulit utk hasil yg cepat tp pada saya lebih baik kita merawatnya secara semulajadi dari dalaman kita).
  • Dapat membantu bagi yg stress dan insomnia.
  • Mampu juga utk kurangkan kolesterol dan tekanan darah, serta halang pendarahan dalaman seperti hidung berdarah dan skurvi.
Mengandungi Kalsium, Magnesium , Vitamin D, Zinc, Kuprum, Manganes dan Boron.
Wanita-wanita di luar sana sangat perlukan kalsium untuk memastikan ketumpatan tulang wanita yg berumur yg semakin berkurangan . Kajian yg dijalankan membuktikan bahawa dgn pengambilan Ostematrix dapat tingkatkan ketumpatan tulang wanita yg semakin berumur.

Kalsium untuk 1 tablet = 1 gelas susu berkalsium tinggi = 80 biji badam

  • Menguatkan tulang di mana menghalang osteoporosis, menguatkan kuku, gigi dan sistem saraf.
  • Sangat sesuai untuk individu yang mengalami sakit-sakit kaki, sakit sendi, sakit lutut, kebas-kebas di tapak kaki dan rasa seperti ditusuk jarum serta rasa sejuk-sejuk badan dan sakit belakang
  • Mengimbangi tekanan darah sekaligus mengurangkan stress. Memelihara denyutan jantung, penenang saraf, membaiki jantung berdebar, depresi, pitam , sakit kepala dan membuatkan anda tidur lena sepanjang malam.
  • Membantu mereka yg mengalami masalah haid.
  • Membaiki hiperaktiviti perut dan sakit gastrik.
  • Vitamin D : bantu rawat penyakit Riket dan tingkatkan penyerapan kalsium dan fosforus utk ketumpatan tulang.
  • Magnesium: Bantu sistem saraf dan aktifkan enzim utk hasilkan tenaga.
  • Zinc, Boron, Manganes dan Kuprum: Pelihara metabolisma dan pertumbuhan otot dan halang artritis.

Dengan hanya mengambil 4 suplemen di atas, anda akan mendapat banyak manfaatnya. Apa org putih ckp, "worth every penny you spend". Anda akan dapat manfaat berganda-ganda dengan setiap nilai yg anda belanjakan. Pilihan sentiasa di tangan anda. Jagalah kesihatan di kala usia masih muda dgn memberikan zat serta mineral yg diperlukan oleh tubuh anda. Secara tak langsung, hidup anda akan lebih bahagia dan ceria tatkala tubuh badan sihat dan cergas. 

Set Eu Four Pack ini sesuai diambil oleh mereka yg sentiasa letih, lesu tak bermaya, mereka yg menyusukan anak, dan sesuai juga bagi ibu-ibu mengandung di awal trimester. Bagi mereka yg tak gemar nk minum susu, set ini amat sesuai untuk anda. Bagi si suami yg selalu letih, sakit-sakit badan, saya juga syorkan set ini kepada anda.

Jangan risau, harga set ini sangat berpatutan dan sekiranya anda dapatkan dari saya, saya akan berikan anda HARGA ISTIMEWA dan juga konsultasi secara percuma.

Jadi, nasihat saya, jangan tunggu sehingga penyakit datang menyerang. Cegah dahulu sementara boleh. 


Boleh hubungi saya untuk sebarang info dan keterangan lanjut melalui:

♥ Call/SMS: 012-9702427

Setiap pembelian dari pihak MLY melayakkan anda untuk mendapat KONSULTASI PERCUMA dari pihak kami :) 

DISCLAIMER/PENAFIAN

Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Segala testimonial yg dikongsikan adalah kenyataan secara peribadi dan tidak pernah dinilai oleh pihak Food and Drugs Administration (FDA). 

Tuesday, October 2, 2012

Eu Four Pack (Euphoria Shaklee Set) di hatiku


Salam ceria buat semua readers.

Kini saya kembali tersenyum gembira dalam mengharungi hari-hari yg mendatang. Eu Four Pack dari Shaklee bagaikan memberi sinar baru dalam kehidupan saya yg sebelum ini sentiasa suram dek kesihatan saya yg tidak baik.

Sebelum ini, saya sentiasa letih tidak bermaya. Adakalanya pitam dan terbaring lesu dari pagi hinggalah ke petang. Hari-hari yg dilalui sangat menyeksakan kerana saya bagaikan tiada kudrat lagi untuk melakukan sebarang kerja. Sudahlah terpaksa berhenti kerja kerana sentiasa tidak sihat, ada pula 2 anak kecil yg sedang membesar untuk dijaga. Bayangkan perasaan saya ketika itu. Sedih, geram, kecewa kerana saya tidak mampu untuk melakukan semua itu. Nasib baik saya dikurniakan Allah suami yg sangat penyanyang dan supportive. Beliaulah yg membantu saya menguruskan rumah tangga dan anak-anak. Beliau jugalah yg sentiasa memberikan kata-kata semangat di kala saya merasa tertekan dan sedih dgn keadaan diri. "Buat suamiku Encik Hasnul Khair, Terima Kasih kerana menyayangi diri ini seadanya...Hanya Allah yg dapat membalas semua jasamu...I Love You".

Selepas melahirkan anak kedua saya yg kini berusia 11 bulan, keadaan kesihatan saya semakin hari semakin teruk. Setiap hari badan ini akan terasa sengal-sengal, kaki dan tangan merasa kebas, pening kepala, tidak bermaya...pendek kata rasa diri ni bagaikan menunggu ajal saja. Saya lebih suka menyendiri di rumah dan tidak ada mood untuk bersosial.Rawatan klinikal dan alternatif semua telah  saya usahakan namun keadaan diri menjadi semakin teruk. Bila pergi hospital Dr cakap semua ok. Haishhh makin buntu dibuatnya.

Alhamdulillah satu hari saya terbaca artikel di blog sifu saya Kak Marina Nasir dan hati ini telah tergerak untuk mencuba set Eu Four Pack yg Kak Marina cadangkan. Dan sangat-sangat memeranjatkan saya dalam masa tak sampai seminggu, banyak kesan positif yg saya rasa. Badan yg dulu sentiasa rasa sakit dan sengal2 kini tiada lagi. Kebas kaki dan tangan hilang begitu aje. Dan yg paling buat saya hepi ialah saya kembali bertenaga. Kulit muka kembali anjal, lembap dan kemerahan (  x payah pakai blusher lagi). Penghadaman juga semakin baik...tersangatlah lawas hehehe...Keputihan juga dah say bye2. 

Jadi saya mmg jatuh cinta dgn Eu Four Pack ini. Saya akan bincangkan tentang suplemen yg ada dalam Eu Four Pack ini berserta dgn kebaikan masing-masing dalam posting yg akan datang.

Anda pula bagaimana? Pada saya mencegah adalah lebih baik dari merawat. Ambillah suplemen dari sekarang untuk mendapatkan kesihatan yg optimum.



Boleh hubungi saya untuk sebarang info dan keterangan lanjut melalui:

♥ Call/SMS: 012-9702427




Setiap pembelian dari pihak MLY melayakkan anda untuk mendapat KONSULTASI PERCUMA dari pihak kami :) 

DISCLAIMER/PENAFIAN

Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Segala testimonial yg dikongsikan adalah kenyataan secara peribadi dan tidak pernah dinilai oleh pihak Food and Drugs Administration (FDA). 



Monday, October 1, 2012

Promosi Hebat Bulan Oktober 2012 : ESP

Salam Oktober sahabat-sahabat semua,

Bulan ini adalah bulan promosi untuk ESP. Yayyy...




Seperti yang telah saya kongsikan sebelum ini, banyak keistimewaan yg boleh diperolehi dari ESP.

Saya sendiri te
lah amalkannya dan tak sampai seminggu dah terasa kesannya. Badan semakin bertenaga, kulit semakin cerah dan anjal, penghadaman juga ter"sangat" baik dan yg paling best sekali susu semakin banyak walaupun baby saya dah 11 bulan.

Satu lagi yg buat saya jatuh cinta dgn ESP ialah keinginan untuk minum minuman manis dan berkafein seperti kebiasaannya semakin berkurangan sejak saya mengamalkan ESP. Saya juga ada "mild gastric" sebelum ini dan tidak boleh lewat makan tapi memandangkan sy ada 2 si kecil yg nk kena jaga kat rumah, waktu makan sy tak menentu. Alhamdulillah dgn ESP semuanya jadi mudah.

Jangan ketinggalan untuk dapatkan ESP dgn DISKAUN TERHEBAT di bulan Oktober ini. Euphoria juga ada promo yg hebat, ingin tahu apa dia? 

PM saya di FB: Nurul Ellina Zainal Abidin    ATAU

Emel: ellina7984@gmail.com     ATAU 

SMS/Call: 012-9702427



** Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
** Kenyataan di atas juga adalah kenyataan saya secara peribadi dan tidak pernah dinilai oleh pihak Food and Drugs Administration (FDA). Kesan yg dirasai adalah berbeza bagi setiap individu.

Pemberian Air kepada Bayi Kurang 6 Bulan : Bahayakah?


Ramai di kalangan kita yg mengambil lewa perkara ini dan tidak kurang juga yg hanya mengikut kata-kata org untuk beri air dan susu formula sebagai tambahan kepada bayi. Tetapi saya tidak salahkan ibu itu sendiri terutamanya bagi yg pertama kali menjadi ibu.

Sebagai ibu yg berazam untuk menyusukan bayi secara eksklusif, kita perlu ada ilmu yg cukup. Sekarang ni tersangat mudah untuk dapatkan info2 yg berkaitan dgn penyusuan. Google aje dan pasti akan tersusun blog-blog yg membincangkan hal-hal penyusuan. Buku juga banyak di pasaran dan saya juga amat syorkan 1st time mommy untuk attend mana-mana seminar atau bengkel penyusuan. Trust me, mmg sgt berbaloi.


Based on my own experience, masa sy bersalinkan anak sulung sy dulu, ada seorang nurse ni suruh sy bagi susu formula pd bayi sy kerana katanya susu saya sikit. Saya hanya tersenyum aje sbb malas nk panjang cerita tapi dalam hati sy bersyukur sbb sy dah pergi bengkel penyusuan sebelum itu yg bagi explaination tentang kolostrum. Tapi saya percaya bagi 1st time mommy yg tak tau, pastinya akan ikut aje kata nurse tu.



Jadi berbalik pada topik kita, bahaya ke air kepada bayi bawah 6 bulan?



  • Tahukah anda bahawa amalan memberikan air kepada bayi sebenarnya boleh mendedahkan bayi kepada pelbagai risiko seperti merencatkan tumbesaran dan akal, mengancam nyawa serta boleh sebabkan sawan tarik.
  • Tumbesaran boleh terencat kerana bayi sepatutnya diberikan susu ibu yg mempunyai zat, bukannya air biasa.
  • Air boleh jadi pembawa kuman kerana pencemaran boleh berlaku sama ada sumber air itu sendiri atau pada bekas air itu. Ini boleh akibatkan cirit-birit.
  • Air boleh menghakis salutan pelindung penyakit yg dihasilkan oleh susu ibu dan mendedahkan bayi kepada pelbagai jenis jangkitan/
  • Bagi bayi bawah 5 minggu, air boleh mencairkan garam dalam darah dan boleh akibatkan suhu badan rendah, kembung atau sawan tarik.
Bagaimana pula dengan susu formula? Apakah keburukannya? 
  • Bayi mudah dapat jangkitan (esp. demam, selsema & batuk)
  • Mudah tercemar
  • Bayi mudah cirit-birit
  • Tidak dapat membantu untuk jarakkan kehamilan
  • Ibu terdedah kepada risiko barah payudara dan ovari
  • Jika susu dicairkan, bayi tidak mendapat zat yg secukupnya.
Jadi ibu-ibu semua, diharap dgn perkongsian ini, anda dapat membuat pilihan tepat untuk memberikan yg terbaik buat anak-anak anda. Pilihlah untuk menyusukan anak anda secara eksklusif.



(Rujukan dari Buku "Panduan Penyusuan Susu Ibu bagi Ibu Bekerjaya")

Penyusuan Susu Ibu Secara Eksklusif


Saya sangat suka dengan topik posting hari ini kerana saya juga merupakan seorang ibu yg masih berjuang untuk menyusukan bayi comel saya ni secara eksklusif. InsyaALLAH moga Allah permudahkan segala urusan dan beri rezeki kepada bayi saya sehingga dia dua tahun.

Saya hanya sempat susukan kakaknya sehingga setahun sahaja memandangkan ketika itu saya telah pun pregnant dan alami alahan yg teruk (kenapalah masa tu tak jumpa dgn suplemen Shaklee lagi haisshhh). Saya juga masih belajar dan masih tidak bosan untuk menimba seberapa banyak ilmu berkaitan dgn penyusuan sepenuhnya ini dan saya harap boleh berkongsi ilmu dgn anda semua especially buat new mommies and soon to be mommies.


Mengeratkan kasih sayang ibu dan bayi


Gambar ini adalah sekadar hiasan


Apakah sebenarnya yg dimaksudkan dengan penyusuan sepenuhnya (eksklusif)?

Masih ramai ibu-ibu di luar sana yg keliru dgn maksud sebenar penyusuan sepenuhnya. Ada yg beranggapan bila mereka beri penyusuan terus kepada anak mereka sudah dikira eksklusif walaupun ada yg selang-seli kan dgn susu formula. Ada juga yg memberikan air masak atau minuman lain kepada bayi yg belum pun 6 bulan. Ada juga sesetegahnya yg saya dengar telah berikan anak makanan pejal seawal 2-3 bulan usia bayi. Ya Allah, usus bayi masih belum dapat menerima semua itu. Terdapat kes di mana bayi yg diberi makan seawal itu telah dimasukkan ke wad kerana kecederaan usus. 

Jadi di sini ingin saya menyeru ibu-ibu (dan ayah-ayah) di luar sana, tolong kasihani bayi anda yg masih kecil itu. Jangan risau, bayi di bawah 6 bulan akan "kenyang" dgn susu ibunya. Tiada istilah bayi menangis kerana lapar. Banyak faktor yg boleh menyebabkan bayi menangis (akan dibincangkan lagi di posting yg lain). 

Mengapa perlu menyusukan bayi secara eksklusif selama 6 bulan pertama?

Terlalu banyak faedah dan manfaat yg boleh diperolehi baik pada bayi mahupun ibunya.

Jom kita tgk dulu faedah untuk bayi anda:
  • Kolostrum atau nama glemernye "cecair emas" yg dihasilkan di akhir tempoh mengandung hingga kelahiran bayi mengandungi bahan pencegah penyakit (antibodi) yg tinggi dan ini sekaligus dapat mencegah bayi dari mudah terkena penyakit. Sangat membantu bagi bayi yg terkena jaundis.
  • Susu ibu adalah anugerah Allah yg boleh mengikut keperluan bayi dan keadaan persekitarannya contohnya memberi zat yg mencukupi mengikut peringkat umur bayi dan mengikut suhu yg sesuai. Jika hari panas, susu akan menjadi cair dan ketika sejuk susu akan menjadi pekat.
  • Mengelakkan bayi dari cirit-birit serta penyakit pernafasan
  • Mengurangkan risiko alahan pada bayi
  • Terdapat kajian mengatakan bayi menyusu ibu secara eksklusif mempunyai daya intelek (IQ) yang lebih baik dari bayi yg tidak menyusu
  • Menggalakkan tumbesaran
  • Mengurangkan penyakit kencing manis, pneumonia danjangkitan telinga kepada bayi
  • Kurang masalah pergigian dan ortodontik
  • Penghadaman yang mudah

Untuk ibu juga banyak faedahnya:
  • Membantu pengecutan rahim dgn cepat dan mengurangkan pendarahan
  • Mengurangkan risiko barah payudara dan ovari
  • Membantu menjarakkan kelahiran
  • Menjimatkan masa dan wang
  • Mengeratkan kasih sayang antara ibu dan anak

Banyak bukan faedah yang bayi dan ibu? Mengapa tidak mahu berikan yg terbaik untuk bayi dan diri kita? Mengapa perlu berhabis duit untuk beli susu formula yg dihasilkan dari haiwan sedangkan kita sebagai ibunya boleh susukan bayi kita.

Tidak dinafikan penyusuan sepenuhnya ini memang menuntut kemahuan dan kesabaran yg sangat tinggi. Tapi tanamkan dalam hati untuk berikan yg terbaik untuk bayi kita kerana susu ibu bukanlah hanya sekadar makanan lahiriah untuk bayi malah merupakan santapan rohani untuk mereka. Moga anak-anak kita akan membesar dgn sihat dan akan menjadi anak-anak yg soleh. Amin.


                                                                                                      (Rujukan dari Buku "Panduan Penyusuan Susu Ibu bagi Ibu Bekerjaya")
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...