Wednesday, November 7, 2012

Alfalfa: Teman Sejati Wanita

Bersempena dengan promo Alfalfa yang masih berlangsung pada bulan November 2012 ini, saya nak bercerita sedikit mengenai keistimewaan Alfalfa kepada wanita.

Selain dikenali sebagai "milk booster" yang menjadi rebutan ibu-ibu yg menyusukan, Alfalfa juga sangat berjasa kepada wanita dan dipercayai dapat bertindak sebagai "Kacip Fatimah" (seperti yang kita tahu Kacip Fatimah seringkali digunakan secara tradisional dalam penjagaan dalaman wanita, sebagai perapat dan juga pelincir serta meningkatkan fungsi seksual dan Kacip Fatimah juga selalunya digunakan dalam perawatan wanita selepas bersalin). Jadi bagi alternatif kepada Kacip Fatimah, Alfalfa Complex adalah pilihan yang terbaik. Ada pendapat yg mengatakan Kacip Fatimah tidak digalakkan untuk diambil sekiranya menyusu kerana boleh membahayakan bayi tapi sejauh mana kebenarannya masih tidak dapat dipastikan lagi. (Saya akan cuba searching searching lagi untuk info lanjut...jadi buat masa sekarang sekiranya ibu semua was was lebih baik jangan ambil dulu.)

Alfalfa Complex Shaklee
Alfalfa Complex -- Formula Signature Shaklee

Alfalfa juga boleh membantu sebagai pembersihan dalaman wanita dan membantu dalam kitaran haid. Diperakui oleh ramai individu yang telah mengamalkannya sebagai dapat membantu dalam menghilangkan keputihan yg menjadi kerisauan ramai wanita. 

Di bawah ini adalah terstimonial seorang pelanggan yang sangat happy sebab masalah keputihan yg dideritainya sejak dari bangku sekolah dan menjadi semakin teruk setelah hamil dan bersalin telah HILANG...ya telah hilang sama sekali. Beliau mengambil Set B iaitu Set Penyusuan selepas bersalin untuk membantu beliau dalam penyusuan tapi tanpa disangka, Alfalfa Complex yg merupakan salah satu suplemen dalam Set B itu sekaligus telah menyelesaikan masalah keputihan dan pada masa yg sama turut melancarkan penghasilan susunya.


Testimonial Alfalfa Shaklee

Terdapat seorang lagi customer yg juga SANGAT BERPUAS HATI dengan Alfalfa Complex ini kerana telah berjaya mengatasi masalah keputihan yg dialaminya. Jom kita tengok testimonial beliau:


Testimonial Alfalfa Shaklee


Alfalfa juga boleh membantu dari segi jerawat dan jeragat dan menjadikan kulit anda sihat dan licin kerana Alfalfa mempunyai kebolehan untuk melawan alahan dan dapat mencuci darah. Orang kata, kecantikan luaran akan terpancar apabila dalaman kita sihat. Sebagai wanita, penjagaan dalaman seharusnya dititikberatkan bukan sekadar menjaga kecantikan luaran semata-mata. Untuk itu, Alfalfa Complex sangat sesuai diambil oleh wanita yang mementingkan kesihatan dalaman dan luaran, tidak kiralah bagi yang belum berkahwin, bakal berkahwin mahupun yg sudah lama berkahwin.

Untuk kesan yg lebih hebat...Anda boleh mengambil Set F: Feminine Set yang dikhususkan khas untuk penjagaan dalaman wanita. Set ini terdiri dari kombinasi Alfalfa Complex dan juga Vitamin E



Seperti yg kita semua tahu, Vitamin E amat penting dalam melindungi jantung kita. Selain itu, Vitamin E dapat mempertingkatkan kemampuan reproduktif dan bagi wanita pula Vitamin E dapat merawat sidrom prahaid dan sindrom menopaus seperti "hot flush". Digunakan juga secara klinikal untuk menghalang kematian janin @ keguguran.

Oleh itu, gabungan kedua suplemen ini sudah cukup HEBAT untuk penjagaan dalaman wanita...bagi mereka yg mengalami kekangan bajet saya sangat mencadangkan dua suplemen ini untuk permulaan. Berikanlah diri anda khasiat yg terbaik agar sihat dalaman dan luaran...

Berminat untuk mencuba? Bolehlah hubungi saya:



DISCLAIMER / PENAFIAN:


Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
Testimonial di atas juga adalah  kenyataan secara peribadi dan tidak pernah dinilai oleh pihak Food and Drugs Administration (FDA). Kesan yg dirasai adalah berbeza bagi setiap individu.

NOTA: Alfalfa TIDAK BOLEH diambil oleh pesakit SLE.

Tuesday, November 6, 2012

Mengapa ingin Menyusukan Bayi Anda Secara Eksklusif?

Salam Sahabat Semua,

Alhamdulillah, saya lihat sejak akhir-akhir ini kebanyakan dari ibu-ibu sudah mula kembali kepada fitrah untuk menyusukan bayi mereka secara langsung. Semakin ramai ibu-ibu di luar sana yang berjuang untuk menyusukan bayi mereka secara eksklusif. Bagi yang bekerjaya juga tidak putus asa dan sentiasa berusaha untuk mengumpul stok yg cukup untuk bayi mereka. Jadi untuk anda-anda semua..termasuklah diri saya yang masih menyusukan bayi saya (kini sudah berusia setahun), sekalung ucapan tahniah buat anda semua. Teruskanlah berjuang dan berusahalah untuk menyempurnakan penyusuan sehingga bayi anda 2 tahun.

Berikanlah si manja anda HAK mereka
Tapi apakah matlamat sebenar kita menyusu? Jika ditanya...jawapan yg lazimnya diterima ialah:


"oohh saya fully breastfeed ni sebab nak jimat..tak perlu nak beli susu formula..."

"em saya ikut kawan-kawan...lagipun dah banyak diwar warkan di internet dan tempat kerja.."

"kalau susu badan, anak akan sihat"

"orang kata menyusu badan ni boleh kuruskan badan...agaknye kot.."

"malulah kalau dikata tak menyusu..."

BETUL apa yg dikata itu kerana...jika kita menyusukan bayi kita secara eksklusif..memang kita akan mendapat semua manfaat di atas. Walaubagaimanapun, perlu kita fahami matlamat sebenar-benarnya penyusuan ibu itu sendiri. 

Ibu-ibu perlu faham, susu itu adalah HAK anak-anak..sepatutnya tidak perlu ada alasan untuk kita tidak menyusukan anak kita kecualilah ada sesuatu yg menghalang atau mendatangkan mudarat kepada kita dan bayi cthnya jika kita ada menghidapi penyakit yg menyukarkan kita untuk menyusu dan mungkin ada yg ada permasalahan dengan hormon sehinggakan susu tidak keluar walaupun telah mencuba pelbagai cara.


" Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak selama dua tahun penuh, iaitu bagi mereka yg ingin menyempurnakan penyusuan itu" -- Surah Al-Baqarah, ayat 233

Penyusuan Susu Ibu
Ikatan kasih sayang yang terjalin memberi 1001 makna
Penyusuan susu ibu juga sebenarnya lebih kepada pengisian emosi daripada sekadar "memberi bayi susu" dan ianya amat penting untuk ikatan kasih sayang antara ibu dan bayi itu sendiri. Ianya tak dapat di jual beli..Ikatan yang terjalin begitu mahal harganya. Penyusuan susu ibu haruslah ikhlas semata-mata untuk bayi kita bukanlah dengan niat untuk berbangga dan membandingkan pula dengan orang lain. Saya tgk kini ramai juga yg berbangga dgn hasil stok susu mereka dan kadangkala menunjuk-nunjuk atau mengeluarkan kata-kata yg boleh merendahkan semangat ibu-ibu lain. Hal sebegini tidak sepatutnya ini terjadi. Kita sepatutnya memberi galakan dan semangat antara satu sama lain.

Bagi ibu-ibu semua, jangan pernah ada ya rasa iri hati atau tertekan walaupun mungkin hasil susu anda tidak sebanyak ibu-ibu lain. Lain bayi lain kuota susu yg diperlukan. Mungkin itu rezeki mereka. Apa yg anda perlu lakukan, jangan putus asa..sentiasa berusaha mengepam dgn disiplin, minum air yg cukup (3L sehari), jaga kesihatan dan emosi anda (boleh ambil suplemen untuk bantuan) dan yg paling penting sentiasa dekatkan diri anda dengan Pencipta dan bagi yg beragama Islam..sentiasalah berdoa dan bertawakal pada Allah S.W.T

Jadi apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan Penyusuan Susu Ibu Secara Eksklusif? 
Di sini ingin saya berkongsi POLISI penyusuan susu ibu untuk panduan anda:


"Semua ibu digalakkan menyusui anaknya dengan susu ibu sahaja dari lahir sehingga bayi mencapai umur 6 bulan dan meneruskannya sehingga mencapai umur 2 tahun".

Ada sesetengah ibu kata.."Ya, saya menyusukan baby saya secara eksklusif..." tapi pada hakikatnya si ibu ini selang-selikan susu ibu dgn susu formula. Jadi sahabat-sahabat semua, penyusuan ini bukan lagi penyusuan yg eksklusif ya. Begitu juga bagi yg sudah memberikan air kosong atau nestum atau apa jua makanan bayi sebelum bayi berusia 6 bulan. Ramai yg masih tidak tahu bahayanya pemberian air kosong kepada bayi di bawah 6 bulan. Klik di sini untuk huraian lanjut mengenai perkara itu.

Di sini ingin saya kongsikan juga keistimewaan susu ibu yang sehingga kini tidak dapat ditandingi oleh mana-mana susu formula dan tidak akan mungkin dapat ditandingi...Ya Allah begitu besar nikmat yang Engkau berikan...

Keistimewaan Susu Ibu:
  • Sentiasa segar (fresh)
  • Tersedia steril
  • Tiada pencemaran
  • Tersedia dalam suhu yang optimum
  • Tersedia pada bila-bila masa di mana sahaja
  • Tiada tarikh luput
  • Cukup nutrisi dan zat untuk tumbesaran bayi mengikut peringkat umurnya
  • Mengandungi sel hidup, hormon dan enzim
  • Mengandungi antibodi -- sebab itu bayi menyusu badan akan jarang sakit
  • Tidak pernah / jarang sekali memberikan kesan alahan pada bayi
  • Mudah hadam (disebabkan itu bayi yg menyusu badan akan cepat lapar dari yg menyusu botol)
Selain keistimewaan di atas, Susu ibu sangat UNIK kerana:

Susu ibu mengandungi hormon Cholecytokinin (CCK) yang akan membantu menenangkan dan menidurkan bayi -- hormon yang sama seperti orang dewasa apabila makan terlalu banyak dan mengantuk. Perasan tak setiap kali kita menyusukan baby kita pasti baby akan tertidur....satu-satunya cara nak tidurkan baby saya sendiri ialah dengan menyusukan dia..confirm mesti dia tidur hehe

Susu ibu membantu ibu mengurangkan kanser payudara -- Protein (dubbed hamlet) dalam Susu Ibu mengakibatkan sel kanser membunuh diri! Wah hebat bukan susu ibu??

Sebenarnya kalau nak dibincangkan khasiat dan manfaat susu ibu memang tidak akan habis. Terlalu banyak khasiat dan keunikannya. Jadi marilah sahabat-sahabat semua...susukanlah bayi-bayi anda setakat mana yg kita termampu. Janganlah hanya sekadar memberi pelbagai ALASAN dan BERPUTUS ASA. Susu anda akan sentiasa cukup untuk bayi anda. Banyakkan membaca info dan pengalaman orang lain. Dekatkan diri anda dengan rakan-rakan serta kumpulan yg menyokon penyusuan ibu untuk memberikan anda semangat. Sokongan suami dan ahli keluarga yg lain TERSANGAT PENTING. Dan semestinya, jangan lupa untuk sentiasa dekatkan diri anda dengan ALLAH S.W.T kerana Dialah yg akan menentukan segalanya. Akhir kata Majulah Susu Ibu untuk Semua!!!

Saya bukanlah pakar laktasi yang bertauliah tetapi CINTA saya terhadap penyusuan susu ibu ini adalah antara penyebab saya memulakan blog ini di samping CINTA saya kepada produk-produk Shaklee...Sekiranya anda memerlukan bantuan dalam penyusuan, anda boleh juga hubungi saya. Yang mana saya boleh bantu saya akan bantu.



NOTA: Info yang dikongsikan di atas saya perolehi semasa menghadiri Bengkel Penyusuan kelolaan Puan Farah Farhan Abdul Fattah sebelum kelahiran cahaya mata saya yg pertama. Alhamdulillah info yg dikongsikan telah banyak membantu dalam saya menjayakan penyusuan secara eksklusif

Monday, November 5, 2012

Rasailah Tenaga Luar Biasa dengan Performance Drink Shaklee

Assalamualaikum Sahabat Semua...

Bagaimana dengan hari anda? Saya percaya mesti ramai di antara anda yg mengambil kesempatan cuti  hujung minggu ni untuk spend time dgn keluarga tersayang kan. Tak kurang juga yg menghabiskan masa dengan bersukan dan beriadah. Macam ada seorang kenalan suami saya ni, beliau ni mmg gemar menghabiskan masa di gymnasium...suka angkat besi untuk dapatkan otot-otot yg "macho" tu (macho ke? heeee). Biasalah bila nak kena angkat besi tu sudah semestinya kena guna banyak tenaga. Jadi satu hari tu, sedang dia dok bersembang dengan suami saya tiba-tiba keluar topik yg dia nak masuk pertandingan (erm bina badan kot kalau tak silap) next year. Jadinya dia tanyalah suami saya (dia tahu saya ni pengedar shaklee) kalau-kalau ada suplemen yg boleh berikan tenaga kepada dia. Jadi suami saya pun suggestla Performance Drink Shaklee ni dan juga ESP Soy Isolate Protein Powder (al-maklumlah selalunya org yg bina badan dan angkat berat ni mmg kena byk ambil protein dalam diet seharian sebab nk bina otot-otot tu kan). Dan alhamdulillah dia setuju untuk cuba tapi dia nak cuba Performance Drink je dulu.


Alhamdulillah, lepas dua tiga hari dia ambil Performance Drink tu, dia call suami saya untuk beritahu yg Performance Drink tu mmg berikan tenaga yg luar biasa pada dia dan kawan-kawan dia yg lain mula cemburukan dia sebab dia boleh angkat besi yg lebih berat dari sediakala tanpa rasa letih atau penat. Mulalah ramai yg bertanyakan rahsianya....Dan lepas seminggu, dia ada postkan testimonial di FB suami saya...Berikut saya upkan testimonial dia untuk anda rujuk dan seterusnya memberi lebih keyakinan terhadap produk ini.



Yang bestnya, encik ni cakap dia dapat tenaga yg luar biasa. Seronoknya dengar bila customer bagi feedback yg positif macam tu. Secara tak langsung, dengan shaklee ni saya dapat membantu bagi yg memerlukan. 

Jom kita semak serba sedikit, RAMUAN yg terdapat dalam Performance Drink yg hebat ini. Jangan risau dan bimbang kerana ramuannya adalah semulajadi, tiada pengawet dan pewarna tiruan. Dan ianya sememangnya mempunyai status yg Halal dari JAKIM melalui ISA. 

  • Mengandungi rumusan eksklusif OptiCarb yg sudah dipatenkan dan ujian klinikal ke atasnya membuktikan ia dapat meningkatkan tenaga otot sebanyak 6 kali ganda, memberikan tenaga, memelihara sirkulasi bendalir dalam tubuh.
  • Bezanya Performance Drink Shaklee ini dari minuman sukan lain ==> mempunyai lebih 67% otot glikogen (sumber tenaga) dan menyediakan tenaga dari 3 jenis karbohidrat dengan segera.
  • Keunikan Performance Drink ==> Terdapat elektrolit + Mineral (Na+, Cl+, Mg+, Ca2+ dan K+) yang membantu tubuh kita menjaga kestabilan bendalir agar tidak kekeringan dan baik untuk sistem neuromotor (tindakbalas saraf dan otot).
Serba Sedikit Mengenai Manfaatnya Secara Ringkas:

  1. Tingkatkan daya ketahanan otot --> ganti air hilang sewaktu latihan fizikal
  2. Membekalkan tenaga & daya ketahanan fizikal --> imbangi elektrolit dan metabolism air.
  3. Mencegah penyahhidratan --> kurangkan kehausan dan lembapkan kulit serta kelihatan muda.
  4. Kekalkan paras gula --> baik untuk pesakit Diabetes
Performance Drink ini sangat sesuai bagi:
  • Para atlet
  • Individu yang berpuasa
  • Sebelum dan selepas pembedahan
  • Individu yg sering tidur lewat
  • Individu yg sering letih
  • Individu yg mengalami cirit-birit dan kurang selera makan
  • Rendah paras gula
  • Pesakit Diabetes
  • .....dan sebagainya
Jadi apa kata anda cuba hari ini, untuk kekal bertenaga terutamanya tatkala beriadah dan berpuasa. Untuk KESAN yg lebih hebat, amalkan bersama ESP dan MealShakes ==> Set Mighty 3 Gems

Dapatkan dari saya untuk tawaran harga yg hebat dan  anda mungkin berpeluang untuk mendapat sedikit cenderahati dari pihak kami.


DISCLAIMER / PENAFIAN : 

Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
Testimonial di atas juga adalah kenyataan secara peribadi dan tidak pernah dinilai oleh pihak Food and Drugs Administration (FDA). Kesan yg dirasai adalah berbeza bagi setiap individu.

Friday, November 2, 2012

Alfalfa Complex -- Formula Signature Shaklee yang Merungkai 1001 Khasiat

Salam November buat sahabat-sahabat MLY,

Disebabkan sepanjang bulan November ini akan berlangsungnya promosi Alfalfa, jadi kesempatan ini saya ambil untuk bercerita serba sedikit mengenai 1001 khasiat yg boleh diperolehi dengan mengamalkan alfalfa secara konsisten. (erm tapi ni perumpaan je ye..jgn pula nanti mintak saya senaraikan sampai 1001 khasiat hehehe).
Medicago Sativa
Alfalfa juga mendapat jolokan yang diberikan sebagai "Raja Segala Tumbuhan". Mengapa? Ini adalah kerana tumbuhan ini paling kaya dengan pelbagai nutrisi dan zat galian dan telah pun digunakan oleh manusia sejak lebih dari 2500 tahun. Tumbuhan Alfalfa ini mampu membekalkan nutrisi yg mana kebanyakannya tidak terdapat dalam buah-buahan mahupun sayuran. Ia sangat kaya dengan protein, asid amino, klorofil, 15 zat galian, 10 vitamin, 8 enzim dan fitokimia. 10 biji alfalfa menyediakan nutrisi menyamai segelas susu. Hebat bukan?

Disebabkan kehebatan tumbuhan ini, Dr Forest Shaklee telah membangunkan satu formula signature Shaklee  dalam tahun 1950an yg dinamakan ALFALFA COMPLEX untuk berkongsi segala manfaat serta khasiat Alfalfa ini.

Sebelum saya pergi kepada manfaat utama dan khasiat alfalfa ini...apa kata kita tengok dulu cara pemprosesan formula yg hebat ini.

Alfalfa Complex Shaklee dihasilkan dari tanaman Alfalfa yang paling tinggi grednya iaitu Medicago Sativa yang ditanam secara organik di California yg mana ia bebas pestisid, herbasid dan menggunakan kompos/baja yg bebas kimia. Daun Alfalfa dari Shaklee hanya dituai apabila ia telah mencapai tahap kematangan mutlak kerana daun yg matang kaya dengan klorofil. Daun-daun ini kemudiannya dikeringkan secara semulajadi supaya nutrisinya akan terpelihara dan kemudian akan dibiarkan menjadi serbuk sebelum dikompreskan menjadi tablet yg mudah untuk kita ambil. Setiap tablet mengandungi 300mg Alfalfa.

Keseluruhan proses penghasilan Alfalfa Complex ini dijalankan di bawah pengawasan dan kawalan Shaklee yg sangat ketat. Oleh itu anda tidak perlu risau tentang keselamatan dan kualiti produk ini. Ia dijamin selamat dan berkesan.

Jadi apa pula kehebatan Alfalfa Complex ini?

Alfalfa Complex -- Shaklee Signature


Terlalu banyak manfaat yg boleh diperolehi dari pengambilan Alfalfa Complex ini. Di sini saya senaraikan sekilas manfaat yg boleh diperolehi untuk rujukan anda semua:

  • Fungi utama alfalfa ialah untuk mencuci hati, darah dan usus -- oleh itu ia amat sesuai diambil bagi anda yg ingin kekal sihat kerana ia berupaya menghilangkan toksin di dalam badan, boleh membersihkan hati, kolon dan darah. Ini sekaligus akan mencantikkan kulit dan otot. Sifat alfalfa yg beralkali sangat membantu untuk seimbangkan pH badan yg terlebih asid.
  • Berupaya melawan alahan -- Sangat dicadangkan kepada mereka yg mengalami alahan seperti resdung, ekzema dan lain-lain alahan kulit serta dpat memperbaikit hidung sensitif, kurap, ulat air (athlete's foot) dengan berkesan. Juga baik untuk membantu mereka yg mengalami masalah bau badan.
  • Memperbaiki masalah saluran penghadaman seperti kembung perut, ulser dan gastrik, sembelit, hepatitis dan hyperacidity.
  • Mencegah serta melawan penyakit arthritis.
  • Melegakan keletihan dan rawatan kepada kebanyakan penyakit.
  • Sangat dicadangkan kepada mereka yg menghidapi penyakit gout kerana dapat membuang asid urik yg berlebihan.
  • Bagi wanita pula, alfalfa sangat membantu dalam mengurangkan keputihan dan dipercayai dapat berfungsi seperti kacip fatimah yg sangat membantu dalam hubungan suami isteri di mana dipercayai dapat memberi lebih "grip" dan mengelakkan "kering" tatkala bersama. Dipercayai juga dapat membantu dalam kesihatan dalaman wanita dan menyihatkan rahim. Oleh itu kepada mereka yg sedang cuba untuk hamil, alfalfa juga boleh diambil sebagai ikhtiar.
  • Sangat-sangat membantu dalam penyingkiran lemak serta kolesterol kerana menganduni saponin yg berfungsi seperti span yg bertindak sebagai serat yg menyerap kolesterol. Oleh itu, alfalfa sangat dicadangkan kepada mereka yg mengalami paras kolesterol yg tinggi, mereka yg mengalami darah tinggi dan juga masalah jantung. Sangat membantu bagi mereka yg ingin langsing secara sihat dan semulajadi terutamanya bagi ibu-ibu menyusu yg ingin langsing kerana alfalfa adalah selamat dan tidak memberi kesan kepada baby anda juga.
  • Dipercayai jika anda mengambil 30-50 tablet alfalfa untuk mengalkalikan badan dan secara tak langsung dapat memperbaiki kanser dan membuang tumor secara semulajadi.
  • Merupakan teman setia ibu-ibu yg menyusukan kerana dipercayai alfalfa juga boleh bertindak sebagai "milk booster". Yang penting ia selamat untuk mama dan baby:)
Betul tak saya cakap tadi..terlalu banyak manfaat yg dapat diperolehi dari pengambilan alfalfa ini. Yang bestnya, kita dapat kekal sihat secara semulajadi tanpa perlu mengambil ubat-ubatan sintetik yg pastinya akan membawa banyak keburukan pada diri kita dalam jangkamasa panjang. Sebenarnya, terdapat banyak lagi manfaat dan khasiat alfalfa ni, insyaALLAH jika berkesempatan saya akan update dalam entri yg lain.

Oleh itu, bersempena dengan promosi Bulan November ini, apa kata anda dapatkan alfalfa. Terdapat dua pilihan, botol besar dengan 700 biji tablet dan botol kecil dengan 330 tablet.

Hubungi saya sekarang untuk harga yg ISTIMEWA ya:


PERINGATAN: Alfalfa tidak boleh diambil oleh pesakit SLE dan ibu hamil. 

Disclamer / Penafian : Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Thursday, November 1, 2012

Growth Spurt / Pecutan Pertumbuhan

Salam Sahabat-Sahabat MLY,

Alhamdulillah hari ini putera saya genap berusia setahun (1/11/12). Tapi semalaman saya tidak dapat tidur dek kerana baby saya ni asyik nak melekat dan nak menyusu sepanjang malam. Bila diletak pasti dia akan menangis semahu-mahunya. Nak kata demam atau kembung perut rasanya tidak tapi baby asyik nk bermanja dan nak menyusu. Ada satu masa tu baby saya ni menyusu dari pukul 1 hingga 3 pagi non-stop. Pheww mmg jenuhlah mama dia ni. Dahle mata pun mengantuk tp nak tak nak terpaksalah melayan kehendak baby. Saya pasti sahabat-sahabat semua juga pernah melalui situasi yang sama seperti saya. Apa orang tua-tua cakap tu..."baby meragam sebab nak beralih bulanla tu". 
Gambar sekadar hiasan
Jadi pagi ni terus saya search mengenai situasi ini dan sebenarnya ia adalah perkembangan normal bagi setiap bayi dan selalunya terjadi tatkala bayi anda berusia 10 hari, 3 minggu, 1 bulan, 3 bulan, 4 bulan, 6 bulan, 9 bulan dan mungkin juga di saat usianya menginjak 1 tahun (seperti yg terjadi pada baby saya). Situasi ini dikenali sebagai Growth Spurt atau dalam bahasa melayunya dipanggil Pecutan Pertumbuhan. Selalunya dalam tempoh ini, bayi akan tiba-tiba meragam sepanjang hari dan hanya nak melekap aje pada ibunya dan semestinya nak menyusu sepanjang masa. Kadangkala sampai para bapa pun turut panik dengan situasi ini. Jangan risau ye ibu dan bapa semua, bayi anda meragam bukanlah disebabkan bayi sakit atau "kena sampuk" yer. Bayi anda hanyalah melalui satu lagi fasa dalam tumbesaran mereka. Keadaan ini terjadi kerana bayi anda semakin membesar dan semakin memerlukan susu untuk memenuhi tumbesaran mereka. Tubuh bayi anda memerlukan susu yg lebih dan bayi anda menghantar isyarat pada Cik "B" anda untuk menghasilkan lebih banyak susu untuk keperluannya dengan menghisap lebih kerap dari biasa.

Secara tidak langsung, tubuh kita pasti akan menghasilkan lebih banyak susu berdasarkan permintaan bayi kita. Jadi di harap ibu-ibu semua jangan risau dengan keadaan ini dan berilah peluang kepada bayi anda untuk menyusu walau sekerap mana pun yg bayi anda mahu. InsyaALLAH susu anda akan sentiasa cukup dan TOLONG ya ibu-ibu semua jangan berikan apa-apa makanan tambahan (ie: nestum/susu formula etc) kepada bayi anda (bayi bawah 6 bulan) yg sedang meragam kerana ini pastinya akan mengganggu penyusuan ibu secara eksklusif. 

Gambar sekadar hiasan
Bagi ibu-ibu yg berhadapan dengan bayi yg meragam, penting untuk anda untuk TIDAK PANIK dan tidak terlalu cepat melatah dan membuat sebarang konklusi yg boleh mengganngu penyusuan bayi anda kelak. Bertenang dan berilah peluang untuk bayi anda bermanja dengan anda. Tenangkan mereka dan susukanlah mereka walau sekerap mana yg mereka mahu. 

Di saat-saat sebegini memang saya sendiri sangat memerlukan sokongan suami dan alhamdulillah suami saya turut bangun sama walaupun saya yg menyusukan baby saya ni sehinggakan dia sendiri tak cukup tidur dan pening kepala bila bangun pagi ni hehe. Jadi para suami di luar sana, bantulah isteri anda dengan memberi support dan mungkin boleh mengurut belakang isteri anda dengan lembut untuk melancarkan lagi pengaliran susu. 

Suplemen tambahan juga amat penting dan alhamdulillah saya ada suplemen Shaklee yg sangat-sangat membantu dalam situasi seperti ini. Sebagai contoh: Vitalea ~ dapat memastikan badan kekal cergas dan bertenaga walaupun tak cukup tidur , B-Complex ~ dapat meredakan tekanan yang dihadapi tatkala bayi asyik melekap dan menangis , Vitamin C ~ membantu tingkatkan sistem imun sekaligus melindungi kita dari penyakit akibat kerap berjaga malam dan yg paling penting ESP kesayanganku ~ yg bertindak sebagai "milk-booster" dan pemberi tenaga.

Diharap artikel ini sedikit sebanyak dapat meredakan kerisauan para ibu di luar sana terutamanya bagi yg baru bergelar ibu dan sekaligus dapat membantu anda menguruskan bayi anda.


Rujukan: www.sarakids.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...