Tuesday, January 14, 2014

Pantang Larang Pengambilan Vitamin Atau Suplemen

Assalamualaikum sahabat MLY,


Hari ini 12 Rabiulawal 1435H. Tarikh cukup istimewa bagi semua umat Islam seluruh dunia kerana merupakan tarikh ulang tahun kelahiran Rasul kesayangan kita Nabi Muhammad S.A.W. Sama-samalah kita berpuasa dan berselawat ke atas nabi. Untuk makluman semua, tema Maulidur Rasul bagi tahun 2014 ini ialah "WASATIAH TONGGAK KESATUAN UMMAH".


Sebenarnya hari ini saya terpanggil untuk berkongsi dengan anda semua mengenai PANTANG LARANG PENGAMBILAN VITAMIN ATAU SUPLEMEN. Wah ambil vitamin pun kena pantang bagai ke? Hehe jangan takut ya dengan tajuk entri saya pada hari ini. Sebenarnya dalam apa jua yang kita lakukan atau kita makan kita harus berhati-hati dan perlu ada ilmu dengan apa yang kita lakukan.


Sama juga halnya dengan vitamin atau suplemen yang kita ambil ==> kita harus ada ilmu, kita harus tahu sifat-sifat vitamin tersebut, kita harus tahu apa tujuan kita mengambil vitamin tersebut dan pastikan dapat tunjuk ajar atau panduan yang betul dalam setiap pengambilan vitamin atau suplemen harian kita.

Seperti yang kita tahu, suplemen sangat penting kepada kita sebagai pelengkap kepada nutrisi dan zat harian yang sepatutnya kita perolehi dari amalan pemakanan kita. Biasalah dengan rutin harian kita yang terlalu sibuk, adakalanya kita main tangkap muat je dengan pemakanan kita dan ada juga yang suka makan makanan segera. [ Boleh klik DI SINI untuk huraian lengkap mengenai kepentingan suplemen dalam diet seharian kita ]


Pantang Larang Pengambilan Vitamin
Gambar Sekadar Hiasan -- Suplemen Harian

Tapi sebelum anda semua mengambil sebarang suplemen atau vitamin, pastikan anda ada sedikit ilmu mengenai vitamin-vitamin yang anda ambil dan jangan disebabkan terlalu taksub untuk cantik atau kurus, sampai  berpuluh-puluh vitamin anda telan dalam satu-satu masa.

Pastikan juga anda tiada sebarang penyakit kronik atau sebarang alahan sebelum anda mengambil sebarang vitamin. Sebab itu, adalah penting untuk anda dapatkan khidmat nasihat dari pakar perubatan, farmasi atau dari pengedar suplemen (tak kira sama ada pengedar Shaklee atau suplemen lain) yang sah.


Baiklah di sini saya kongsikan beberapa Tips pengambilan Vitamin yang betul untuk kita capai kesan yang optimum atau dengan bahasa mudahnya pantang larang yang perlu kita tahu dalam pengambilan Vitamin: 


Pantang Larang Pengambilan Vitamin
Pastikan anda tahu pantang larang pengambilan vitamin

PERTAMA -- Pastikan pengambilan "Air Kosong" adalah mencukupi

Ini adalah satu tips atau pesanan yang saya tak pernah lupa untuk berikan kepada setiap sahabat yang dapatkan suplemen Shaklee dari saya. Paling kurang 3L air kosong WAJIB kita minum setiap hari ya [purata 1L: setiap 25kg]. Tapi malangnya ramai yang mengeluh dan beri macam2 alasan antaranya malas untuk ke tandas. Wahai sahabat-sahaatku semua, amalan untuk ke tandas adalah baik utk kita keluarkan toksin2 yang ada dalam badan ya. Kalau badan banyak toksin mulalah kita rasa letih, lesu dan tak bermaya. Vitamin pun susah nak diserap dalam badan.

Lagi satu, terlalu ramai yang suka dengan air bewarna dan berperisa dan mengabaikan pengambilan air kosong. Bila dinasihatkan utk mengambil 3L air setiap hari bukan air yang manis ya wahai sahabat semua tapi 3L air kosong. Tahukah anda, air yang manis boleh meningkatkan kepekatan darah serta menyebabkan kegemukan.

Kenapa kita perlu minum air kosong secukupnya? Supaya penyerapan vitamin oleh tubuh berlaku dengan lebih baik dan optimum. Barulah dapat rasa kesan dia...

Macam comel susah je nak minum 3L air sehari. [ Jangan susah hati..anda boleh ikut tips minum air secukupnya setiap hari DI SINI ya]


KEDUA -- Elakkan pengambilan vitamin terlalu banyak sekaligus pada satu masa

Apabila kita makan semua vitamin terlalu banyak sekaligus dalam satu-satu masa (lebih dari 5), ia boleh meningkatkan kepekatan darah kita pada masa-masa tertentu. Ramai yang ambil lewa dan ambil mudah perkara ini sebab nak senang. Dan ramai yang suka ambil terlalu banyak vitamin atau suplemen sebelum tidur sedangkan pada masa selepas itu kita akan kurang minum air. Maka cuba agih-agihkan pengambilan vitamin anda mengikut kesesuaian dan keperluan anda agar kepekatan darah tidak meningkat secara mendadak pada satu satu masa. Ini juga membantu agar buah pinggang tidak terlalu dibebani pada satu satu masa tertentu sahaja.


KETIGA -- Elakkan pengambilan vitamin bersama ubat atau sebarang jamu

Sekiranya anda dalam pemantauan doktor atas masalah kesihatan, elakkan mengambil ubat secara serentak dengan pengambilan vitamin kerana ini hanya akan menyebabkan darah bercelaru dan tidak dapat menyerap vitamin dengan baik. Cuba sediakan jadual, sekiranya selepas makan pagi anda mengambil ubat doktor maka anda boleh amalkan vitamin pada waktu tengahari atau malam. Namun sekiranya anda perlu makan ubat secara berturutan, pagi dan petang, maka amalkan vitamin selepas 1-2 jam selepas pengambilan ubat doktor. Begitu juga halnya dengan jamu. Jangan ambil sama waktu dengan vitamin tapi jarakkan dalam masa 1-2 jam.


KEEMPAT -- Kurangkan pengambilan kafein dalam diet harian

Haa pantang larang yang keempat ni juga antara yang paling banyak ditanya kepada saya sepanjang saya menjadi pengedar Shaklee. Ramai yang tak boleh tinggal air berkafein terutamanya Nescafe di waktu pagi (sebenarnya saya juga penggemar air berkafein suatu masa dulu tapi bila mengenangkan rugi je beli suplemen mahal2 tapi badan tak dapat serap jadi saya cuba kurangkan pengambilan kafein harian).

Kenapa tak boleh ambil kafein? Sebabnya, kafein boleh merosakkan vitamin yang sedia ada dalam badan? Maka pengambilan minum yang berkafien yang tinggi secara berterusan boleh membazirkan vitamin yang kita amalkan selama ini. Maka kita tidak akan mendapat kesan seperti yang diharapkan sama sekali disebabkan vitamin rosak disebabkan pengambilan kafien secara berterusan. Jadi tak ke rugi beli suplemen mahal-mahal tapi tak dapat kesan yang kita nak?


KELIMA -- Pastikan tahu apa yang boleh dan tidak boleh ketika mengambil Vitamin

  1. Multivitamin yang lengkap dengan zat besi tidak boleh diambil bersama air susu ==> kerana ia akan mengganggu penyerapan zat besi itu sendiri. 

  2. Vitamin E dan GLA Complex (terdapat Vitamin E di dalm GLA Complex) tidak boleh diambil bersama Alfalfa kerana Alfalfa boleh mengganggu penyerapan Vitamin E oleh tubuh badan manusia. 

  3. Vitamin E dan GLA Complex tidak boleh diambil pada hari yang sama kerana dikhuatiri badan terlebih keperluan Vitamin E harian disebabkan di dalam GLA Complex juga ada Vitamin E. Boleh selang seli hari pengambilan bagi kedua suplemen ini.

  4. Pesakit SLE/Lupus dan pesakit kekurangan G6PD TIDAK dibenarkan untuk mengambil Alfalfa.

  5. Pesakit Thalasemia Major TIDAK boleh mengambil Vitalea (kerana terdapat zat besi).

  6. Bagi ibu hamil, pastikan anda TIDAK mengambil ==> Vitamin E, Alfalfa, GLA Complex, Vivix, Cinch Shake, Carotomax, Lecithin, Herblax, Nutriferon (kecuali dengan saranan doktor). Ini adalah kerana, vitamin yang tinggi kadar antioksidan adalah tidak digalakkan sewaktu awal kehamilan kerana dikhuatiri boleh memberi risiko pada janin dan boleh menyebabkan keguguran. 

  7. Bagi ibu menyusu, pastikan anda TIDAK mengambil ==> Cinch Shake kerana kadar kalorinya yang rendah (boleh digantikan dengan ESP), Herblax, Vivix.

Ramai yang mula mengambil suplemen untuk membantu penyusuan (termasuklah saya) jadi berikut adalah sedikit TIPS PENGAMBILAN  SUPLEMEN UNTUK IBU MENYUSU:

Makanlah vitamin yang fokus untuk membantu ibu menjayakan penyusuan. Utamakan niat yang utama. Supaya tidak terlalu banyak vitamin yang anda amalkan dan dikhuatiri pengambilan air tidak sekata. Sekiranya anda membeli, maka dapatkan jadual makan yang betul dan pastikan anda tahu fungsi kebaikan vitamin yang anda beli!

Ambillah suplemen dengan ilmu. Jangan beli vitamin jika anda tidak tahu apa kebaikan vitamin yang anda amalkan. Pastikan anda dapat cara pengambilan suplemen yang betul daripada pengedar anda supaya anda mendapat kesan yang optimum. Hargailah setiap sen yang anda keluarkan untuk suplemen anda. Hidup Sihat dengan Shaklee :-)


##CREDIT ==> Anakuwiraku dan Celikvitamin

Jika anda ada sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee atau ingin membuat pesanan, jangan malu atau segan ya...hubungi saya melalui:

♥ Call/SMS/WhatsApp: 012-9702427
♥ Fanpage: https://www.facebook.com/MyLittleYaya
♥ IG: @ellina7984


DICLAIMER/PENAFIAN:

  • Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
  • Pembaca yg mengalami masalah kesihatan adalah digalakkan untuk mendapatkan nasihat daripada pakar yang berkaitan.
  • Sebelum menggunakan sesuatu produk makanan tambahan / ubatan tidak kira untuk sebarang tujuan, sila rujuk dahulu kepada pakar kesihatan atau pakar pemakanan anda. 

Tuesday, January 7, 2014

Tips-Tips Untuk Menjayakan Penyusuan Secara Eksklusif

Assalamualaikum..


Salam Tahun Baru 2014..Kejap je kan masa berlalu pejam celik pejam celik dah masuk tahun baru...bagaimana dengan azam tahun lepas? Berjaya ke dilaksanakan? Sebelum pasang azam baru pastikan azam kita yg sebelum2 ini tertunai dulu ya..jangan nanti terlalu banyak sangat berazam semua tak kemana..


Alhamdulillah azam saya untuk menyusukan si manja saya Alif Zakwan sepenuhnya sehingga dia mencapai umur 2 tahun telah pun tercapai dan terlaksana dengan jayanya (cewahh ayat huhuu). Si manja saya tu genap 2 tahun pada 1 November 2013 yang lepas. Memang tak dinafikan untuk pastikan penyusuan sepenuhnya dapat dilaksanakan sehingga si manja 2 tahun penuh dengan cabaran dan dugaan yang hanya Allah sahaja yang tahu dan saya rasa semua ibu yang menyusukan anak-anak sepenuhnya ada "story" mereka masing-masing. Walaupun saya suri rumah sepenuh masa (yang mana org selalu cakap alaa awak suri rumah..bolehla susukan anak sepenuhnya..senang jela) saya juga tak terkecuali ya daripada cabaran2 yang mendatang. Semua terletak pada nawaitu asal kita dan semestinya disusuli dengan usaha dan yang paling penting tawakal pada Allah SWT kerana semuanya atas izin yang Maha Esa...


Tips Menjayakan Penyusuan Secara Eksklusif
Terima Kasih Ibu susukan saya ;-)

Tak semestinya suri rumah dengan senangnya dapat susukan anak sepenuhnya dan tak semestinya wanita bekerjaya tak dapat nak susukan anak mereka. Saya banyak juga dengar yang ada ibu yang tak bekerja tetapi tak nak susukan anak2 mereka dengan alasan penat, letih, nak "pasang body" aduhhh bila dengarkan semua itu..terasa bagai disiat2 hati ini..kenapalah wahai ibu2...susu ibu kan hak anak-anak kita..


Jadi apa yang perlu kita lakukan untuk memastikan penyusuan susu ibu sepenuhnya dapat dilaksanankan sehingga anak2 kita berusia 2 tahun atau lebih. Berikut saya kongsikan beberapa TIPS yang saya sendiri amalkan..diharap dapat membantu ibu-ibu di luar sana khususnya bagi yang bakal atau yang baru bergelar ibu:

  1. Sebaik sahaja anda disahkan hamil, pasang niat dan azam untuk menyusukan anak anda sepenuhnya tidak kiralah sama ada anda suri rumah mahupun wanita bekerjaya. Tolak tepi segala perasaan seperti " Boleh ke aku susukan anak aku nanti" atau " Ada ke susu nanti". Setiap ibu pasti boleh susukan anak masing-masing..Ia adalah fitrah dan tanggungjawab ibu kepada anaknya.

  2. Sewaktu hamil lagi cuba buat research tentang penyusuan susu ibu secara eksklusif. Dapatkan seberapa banyak ilmu yang boleh. Zaman sekarang mudah..semua di hujung jari..klik sana klik sini semua ada di depan mata..sama ada kita nak atau tak nak je. Rajinkan membaca dan boleh sertai komuniti ibu-ibu untuk dapatkan pengalaman mereka menyusukan anak-anak mereka.

  3. Bengkel penyusuan adalah satu usaha yang saya kira sangat berbaloi utk anda dan suami anda sertai sewaktu anda hamil. Ajak suami untuk ke bengkel sama2 dan supaya suami kita juga dapat pendedahan mengenai penyusuan susu ibu ini. [Alhamdulillah saya bersyukur saya ajak suami saya ke bengkel penyusuan sewaktu saya hamil anak pertama dulu dan suami merupakan tulang belakang yang support saya sepenuhnya utk saya menyusukan anak-anak kami.]

  4. Sekiranya anda wanita yang bekerjaya, sediakan peralatan utk membantu anda menjayakan penyusuan secara eksklusif ini. Jangan sayang utk "invest" sedikit untuk beli pam yang baik kualitinya (sebab kita boleh pakai lama). [Saya sangat sayangkan Spectra 3 yang saya beli sebelum kelahiran anak sulung saya. Waktu tu saya masih bekerja dan alhamdulillah sehingga kini walaupun dah masuk 4 tahun masih elok untuk digunakan]. Sediakan juga peralatan lain seperti "cooler bag", plastik/botol utk simpan susu dan sebagainya. Pastikan juga anda dapatkan ilmu yang secukupnya utk handle susu ibu dengan betul (cara simpan/cara cairkan susu). Dan semua ilmu ini insyaALLAH anda boleh dapat dari bengkel penyusuan atau boleh gunakan khidmat pakcik google.

  5. Jaga pemakanan sewaktu hamil lagi. Pastikan anda mengambil zat dan nutrisi yang secukupnya. Protein dan Kalsium adalah antara nutrisi yang paling penting sebagai persediaan utk penghasilan susu ibu. [Anda boleh amalkan Set Kehamilan Shaklee dan ESP]

  6. Sebaik sahaja baby lahir, pastikan jam yang pertama anda terus susukan baby anda. Ingat ya jam pertama ini sangat penting utk terus memastikan anda berjaya teruskan ke peringkat seterusnya. Jangan beri baby anda susu formula sebaik sahaja baby lahir sebab ia boleh menyebabkan baby keliru dan boleh menganggu penyususan susu ibu. Berbincang cara baik dengan staf di hospital dan beritahu pendirian anda utk menyusukan baby di jam pertama kelahiran. Alhamdulillah semakin banyak hospital kini yang sangat menyokong penyusuan ibu. Dan jangan lupa, 3 hari pertama bukan susu tapi "cecair emas" atau pun kolostrum yang sangat2 berharga. Pada peringkat ini ramai ibu-ibu baru yang keliru kerana mereka ingatkan mereka tiada susu dan ikut kata-kata orang utk beri baby dengan susu formula. Jadi wahai ibu-ibu semua please be alert ya.

  7. Pastikan emosi anda sentiasa terkawal dan please JANGAN STRESS ya wahai ibu-ibu semua. Sebab ia adalah musuh utama kita. Bila kita stress, secara tak langsung susu akan mula menyusut. Nak tahu kenapa? boleh klik di entri ini untuk bacaan lanjut.

  8. Jaga pemakanan supaya apa yang kita makan tak beri kesan tak baik pada baby. Makan makanan berzat dan ambil suplemen utk pastikan badan kita sentiasa bertenaga dan supply susu sentiasa ada. [Boleh amalkan Set Penyusuan 3M dari Shaklee ==> Inilah set yang sangat2 membantu saya sendiri agar azam saya tercapai]

  9. Seperti yang saya kata tadi, sokongan suami sangat-sangat penting. Tak semestinya kita menyusu anak sepenuhnya suami  boleh lepas tangan macam tu je. Sama2 saling beri sokongan. Macam kalau malam kita bangun untuk susukan anak, encik suami boleh tolong tukarkan lampin baby. Encik suami juga boleh bantu isteri dengan kerja-kerja rumah contihnya cuci pinggan, cuci baju dan sebagainya. Ada masa Encik Suami belailah isteri anda, berikan urutan kerana secara tak langsung urutan ini juga dapat melancarkan lagi penghasilan susu.

  10. Akhir sekali berbalik pada nawaitu kita. Kenapa kita nak susukan anak-anak kita? Sebab trend kah? Sebab nak ikut orang ke? Yelah orang kat pejabat semua dok pam dan masing2 bangga dengan stok susu, takkan kita nak ketinggalan kan...Tolong ya wahai ibu-ibu semua..jangan sekali-kali ada pemikiran atau niat macam tu..Ikhlaslah hati..bersihkan hati..Susuilah anak-anak kita dengan nawaitu yang baik dan kerana ia adalah hak anak-anak. Bukan semata nak kejar glemer atau ikutan semata. Bagi yang mungkin ada masalah dalam penyusuan jangan sekali patah semangat atau putus asa. Ramai Pakar Laktasi yang bertauliah di luar sana. Ambil masa untuk berjumpa mereka. Dan andaikata memang ditakdirkan untuk tidak dapat teruskan penyusuan atas sebab-sebab seperti kesihatan atau sebagainya, janganlah pula anda bersedih atau frust. Semua adalah ketentuan dari Allah..kita harus redha..yang penting kita dah usaha..tapi kalau boleh datangkan mudarat janganlah diteruskan juga.

Itulah serba sedikit perkongsian saya, diharap dapat beri sedikit idea buat ibu-ibu semua. Sebenanrnya banyak lagi ilmu mengenai penyusuan ni..teruskan menggali ilmu ya. Saya sendiri sehingga kini tak puas untuk terus mencari ilmu mengenai penyusuan secara eksklusif ini.

Sebelum saya akhiri entri hari ini, ingin saya kongsikan ya bahawa Promo Buy 6 Free 1 Shaklee Bulan Januari 2014 ini ialah ==>> Alfalfa Complex (salah satu "milkbooster" yang sangat hebat)

Untuk sebarang pertanyaan lanjut jangan malu-malu utk hubungi saya melalui:


♥ Call/SMS/WhatsApp: 012-9702427
♥ Fanpage: https://www.facebook.com/MyLittleYaya
♥ IG: @ellina7984


Thursday, December 26, 2013

Kembali Berblogging....


Alhamdulillah syukur kepada Allah atas keizinan Allah utk saya kembali memenuhkan ruang Blog Kesayangan My Little Yaya ni yang dah beberapa bulan terbengkalai huhuuu...

My Little Yaya
Teruskan Support My Little Yaya

Kat kawasan baru saya ni takde Unifi huarghhh...hanya bergantung pada 3G Maxis yg kadang OK dan kadang KO...mmg dugaan..tapi alhamdulillah syukur kerana sahabat-sahabat MLY masih tetap beri sokongan di FB dan masih terus repeat order dari MLY. Biz masih seperti biasa ya..boleh hubungi saya melalu FB, Fanpage, Emel atau boleh terus call/whatsapp saya je (details nanti saya beri kat bawah). Cuma yg sedihnya tak dapat nak update blog kesayangan saya ni walaupun ramai yg bertanya kenapa sendu je huhu...Alhamdulillah harini dapat update blog setelah sekian lama blog ni bersawang.


Oklah hari ni entri pendek je ya..walaupun dalam kepala ni macam2 nak share dgn anda semua..almaklumlah dah lama tak sharing info2 yg best dgn anda semua...takpe slow n steady ya..one at a time..

Cuma nak maklumkan Promo Shaklee untuk bulan terakhir 2013 (huhh dah nak masuk 2014 kew?? cepat nyaaa masa berlalu) ni ialah Buy 6 Free 1 : Omega Guard (minyak ikan) ya...masih ada berbaki dalam 5 hari je lagi sebelum promo ni berakhir..jadi cepat2 borong ya sebelum terlambat...nak tau apa hebatnya minyak ikan tulen dari Shaklee ni? Anda boleh klik di SINI.


Untuk sebarang pertanyaan, pesanan utk produk Shaklee, atau saja2 nak chit chat anda bolehlah hubungi saya melalui:


♥ Call/SMS/WhatsApp: 012-9702427
♥ Fanpage: https://www.facebook.com/MyLittleYaya
♥ IG: @ellina7984


Setiap pembelian dari pihak MLY melayakkan anda untuk mendapat KONSULTASI PERCUMA dari pihak kami :) 

Friday, July 12, 2013

Risiko BERPUASA Di Kala HAMIL Dan Tips Berpuasa Sihat Untuk Ibu Hamil

Assalamualaikum dearest sahabat semua...

Alhamdulillah hari ini sudah masuk 3 Ramadhan 1434 bermakna sudah masuk hari ketiga umat Islam di seluruh dunia berpuasa..moga semuanya dipermudahkan Allah dan segala ibadat kita diterima...


Sedar tak sedar dah berbulan jugalah blog kesayangan saya ni tak berupdate...aduhai bukan bersawang lagi dah, macam2 ado dah ni heheee...sorry sesangat wahai sahabat-sahabat semua..terlalu banyak urusan yg perlu disettlekan..semua datang zasss pada waktu yg sama huhuhu..tapi macam mana pun saya tetap berbesar hati dan ingin mengucapkan jutaan TERIMA KASIH buat semua followers dan sahabat MLY yang tak putus-putus beri support pada saya...baik yang repeat order, yang baru nak mencuba produk Shaklee, yang hubungi saya untuk tips-tips penyusuan dan tak lupa juga pada biz partner MLY yang tersangat BEST untuk SALE yang kebaboom pada bulan-bulan sebelum ini (Siapa Biz Partner MLY? InsyaALLAH akan diperkenalkan secara eksklusif dalam entri yang akan datang...tuuungguuu) Tanpa anda semua...siapalah MLY..Terima kasih semua..sayang anda semua ketat-ketat (wah bahasa org skrgla katakan hehee) Keep On Supporting MLY :) 

Waduh dah terpanjang pulakla mukadimah untuk entri ni..al-maklumlah dah lama tak berentri...jadi tgh nak warm up balik hehe..dalam kepala ni dah ligat..macam-macam nak citer ni sampai tak tau nak start yg mana satu ni...tapi disebabkan tgh mood Ramadhan ni kan..jadi kita citer entri yang berkaitan dengan puasa la ya...ok tak?


Okeyzla...tadi dok berjalan-jalan kat Google ni terjumpalah satu entri yang saya rasa agak penting untuk saya kongsikan...jadi saya bawa entri RISIKO BERPUASA DI KALA HAMIL dari portal : Utusan dan BabyCenter ke blog saya yang tak seberapa ni untuk sesama kita kongsi info yang sangat penting ni ya...


Terdapat beberapa faktor membuatkan ibu hamil tidak perlu/boleh berpuasa (ibu hamil termasuk di dalam golongan yang diberi kelonggaran untuk tidak berpuasa dan boleh digantikan di waktu lain melalui qada' puasa ataupun fidyah atau pun kedua-duanya sekali...saya akan kongsikan entri berkaitan rukhsah puasa ini di entri yang lain..sebab itula ISLAM ini adalah agama yang indah dan tidak pernah membebankan umatnya) kerana boleh menyebabkan kehamilan berisiko.


Risiko hamil di kala hamil


Antara kehamilan yang berisiko tinggi ialah:

[✔] Ibu hamil yang mempunyai penyakit kronik seperti diabetes mellitus, hipertensi, penyakit buah pinggang dan anemia semasa mengandung. Sesetengah penyakit seperti diabetes mellitus memerlukan pesakit mengambil ubat pada waktunya.

[✔] Pesakit jantung

[✔] Tumbesaran bayi yang terencat 

[✔] Ibu hamil yang mengalami perdarahan semasa hamil

[✔] Ibu hamil yang berat badan tidak mencukupi atau tidak bertambah.

Ibu hamil yang kekurangan air di dalam badan juga (mengalami dehidrasi) digalakkan berbuka puasa segera kerana dikhuatiri boleh menjejaskan kandungan dan kesihatan ibu itu sendiri.

Ia boleh dilihat daripada air kencing ibu mengandung. Jika ia sikit dan pekat seperti warna teh o, ia menunjukkan badan kekurangan air yang diperlukan.

Paling penting bagi ibu hamil ialah mematuhi jumlah air yang diperlukan dalam sehari iaitu sekurang-kurangnya 1.5 hingga 2 liter.

Ini kerana air ketuban boleh berkurangan dan dikenali sebagai oligohidramnios.

Walaupun berpuasa, ada cara untuk melengkapkan lapan hingga 10 gelas air dalam sehari itu.Pastikan anda mengambil air yang diperlukan sepanjang waktu berbuka hinggalah sahur.

Antara cadangan pengambilan air yang boleh diikuti ialah:


Minum 3 gelas air ketika berbuka, 3 gelas sebelum tidur dan 3 gelas lagi termasuk air susu sewaktu sahur.


** Pengambilan Performance Drink - Orange Shaklee sangat membantu untuk mengekalkan hidrasi dalam badan dan memberi lebih tenaga terutama sewaktu berpuasa. Jemput klik DI SINI untuk info lanjut mengenai Performance Drink yang mendapat permintaan tinggi sewaktu Bulan Ramadhan ini.



Ibu-ibu hamil juga dinasihatkan untuk:
  • Kurangkan aktiviti yang memenatkan ketika berpuasa seperti beriadah dan membeli-belah serta rancang jadual kerja dengan baik.
  • Elakkan tempat yang panas supaya kurang mengalami dinyahhidratkan.
  • Elakkan berbuka dengan mengambil terlalu banyak juadah manis seperti kuih-muih. Makanan manis  tidak memberikan sumber tenaga dan nutrien yang mencukupi serta diperlukan.

Tips pemakanan sihat untuk ibu hamil di sewaktu berpuasa:
  • Makanan yang paling baik ketika berbuka puasa ialah makanan yang berprotein tinggi seperti ikan dan telur. (Sebab tu ESP Soy Protein Isolate Powder Shaklee sangatlah best dan menjadi rebutan ramai). Cuba kurangkan makanan manis sangat terutama ketika berbuka kerana ia akan menyebabkan paras gula naik dan kemudian turun mendadak lalu menyebabkan rasa pening.
  • Selain itu, karbohidrat kompleks seperti kurma dan bijirin amat bagus untuk sahur
  • Makanan terbaik sewaktu bersahur ialah makanan yang membekalkan tenaga seperti nasi dan roti
  • Makanan tambahan yang biasa diperlukan oleh ibu hamil perlu diamalkan dengan disiplin iaitu multivitamin (semestinya rangkaian suplemen dari Shaklee boleh membantu kehamilan anda...jemput klik DI SINI untuk keterangan lanjut) dan susu.

Ibu hamil perlu mematuhi jadual janji temu dengan doktor supaya dapat mengawasi keadaan ibu dan bayi dalam kandungan

Doktor juga akan memantau saiz kandungan selain kesihatan ibu hamil. Berat badan ibu mengandung hendaklah sentiasa menaik, jika ia tidak berubah dan menurun semasa puasa, ia bukan tanda yang baik.

Ada juga kajian menunjukkan risiko bersalin awal akibat tekanan ketika puasa yang menyebabkan hormon seseorang berubah.

Apakah tanda-tanda bahaya yang perlu Ibu Hamil ketahui?

Hubungi doktor anda jika:
  • Anda pening kepala, pengsan, lemah atau letih. Berehat selama setengah jam untuk kembali sihat dan jika tiada perubahan, hubungi doktor anda.
  • Anda loya atau mula muntah.
  • Terdapat perubahan ketara pada pergerakan bayi anda. Jika bayi anda tidak bergerak atau kurang menendang, amat penting untuk anda menghubungi doktor anda.
  • Anda berasa sangat dahaga atau air kencing anda berwarna gelap dan berbau kuat. Ini adalah tanda-tanda penyahhidratan.
  • Anda mengalami kesakitan seakan-akan sakin bersalin. Ini mungkin tanda kelahiran pramatang dan anda perlu hubungi doktor anda dengan segera.
  • Berat badan anda tidak bertambah atau berat badan anda berkurangan.
  • Anda sakit kepala atau mengalami kesakitan lain atau demam.


Harap sedikit sebanyak entri ini dapat memberi manfaat buat anda semua...sekiranya ada sebarang kemusykilan atau pertanyaan mengenai produk Shaklee anda bolehlah hubungi saya melalui:

♥ Call/SMS/WhatsApp: 012-9702427

Monday, April 15, 2013

"Triple Milkbooster" yang Hebat - ESP + Alfalfa + Ostematrix

Assalamualaikum...


Jika entri yang sebelum ini saya berkongsi berkenaan Set Penyusuan Minima ESP dan Alfalfa iaitu double deal milkbooster, harini saya nak up sikit kepada :


Triple Milkbooster

ESP + Alfalfa + Ostematrix


Triple Milkbooster - ESP + Alfalfa + Ostematrix


Haaa bila dah ada tambahan tu maknanya lebih berganda-ganda-gandala manfaat dia kan ;) Triple milkbooster - ESP + Alfalfa + Ostematrix ni antara yang combo item yang hot juga dan sentiasa menjadi pilihan ibu-ibu yang mungkin ada bajet lebih sikit. 


Kenapa agak-agaknya ketiga-tiga suplemen ini sering mendapat gelaran Milkbooster daripada ibu-ibu yang menyusu? 

Seperti yang kita tahu, penghasilan susu banyak bergantung kepada nutrisi dan zat penting dari tubuh badan kita dan antara 2 komponen penting dalam penghasilan susu ialah Protein dan Kalsium. Alfalfa merupakan "Raja Segala Tumbuhan" yang mengandungi protein, kalsium dan pelbagai lagi vitamin dan mineral penting yg sangat diperlukan oleh sistem badan kita. Berikut saya kongsikan antara menfaat serta keistimewaan ESP, Alfalfa dan juga Ostematrix untuk anda nilai sendiri betapa hebatnya ketiga-tiga suplemen ini dan saya percaya anda akan mendapat jawapan mengapa ketiga-tiga suplemen ini penting dalam membantu penghasilan susu ibu.


ESP Soy Protein Isolate Powder

ESP sebagai milkbooster


♥ ESP dari Shaklee ini merupakan satu-satunya produk di pasaran yang menjamin penyediaan 9 asid amino   penting yg tak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia. Diperkaya dgn 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral.

♥ Dihasilkan dari kacang soya yang paling berkualiti dan merupakan kacang soya "non-GMO". Oleh itu anda tidak perlu risau dengan pengambilan ESP kerana penggunaan kacang soya "non-GMO" tidak membawa mudarat.

♥ Indeks Glisemik (G.I) yg rendah menjadikan ia sesuai diambil oleh penghidap kencing manis.

♥ Ia rendah lemak dan tiada kolesterol.

♥ 90% Protein asli kerana telah diasingkan dari karbohidrat dan lemak dan ini secara tak langsung dapat mengelakkan kembung.

♥ Dihasilkan dalam suhu yg rendah dan dicuci dgn air, bukannya alkohol untuk mengekalkan proteinnya. Ini adalah dibawah Identify Preserved Program (IPP).


Untuk lebih perkongsian mengenai manfaat yang boleh anda perolehi dari ESP selain dari milkbooster anda bolehlah klik DI SINI.


Alfalfa Complex

Alfafa sebagai milkbooster


♥ Mendapat jolokan "Raja Segala Tumbuhan" kerana kaya dengan pelbagai nutrisi dan zat galian.

♥ Alfalfa kaya dengan protein, asid amino, klorofil, 15 zat galian, 10 vitamin, 8 enzim dan pengambilan 10 biji Alfalfa Complex menyamai nutrisi segelas susu. 

♥ Merupakan tumbuhan herbal yang bersifat Galactogogoues (diambil dari perkataan Greek yang bermaksud "bahan penggalak susu"). Disebabkan itulah alfalfa sangat terkenal di kalangan ibu-ibu menyusu pada masa kini.

♥ Alfalfa Shaklee diformulasi dari Alfalfa yang paling tinggi grednya iaitu Medicago Sativa yang ditanam secara organik dan pemprosesannya dikawal ketat dari proses penanamannya sehinggalah ke proses penghasilan tabletnya.

♥ Terlalu banyak manfaat yang boleh diperolehi daripada pengamalan Alfalfa selain daripada milkbooster, antaranya berfungsi untuk mencuci darah, hati dan usus daripada toksin-toksin serta kolesterol. Juga bertindak melawan alergi seperti resdung, ekzema dan lain-lain. Jemput ke klik DI SINI untuk lebih banyak perkongsian manfaat dan keistimewaan Alfalfa Complex formulasi eksklusif dari Shaklee.

Berikut saya kongsikan antara vitamin dan mineral penting yang terkandung dalam Alfalfa. Tidak dapat dinafikan lagi bahawa Alfalfa adalah Milkbooster semulajadi yang sangat hebat.


VITAMIN yang terkandung di dalam Alfalfa:

Vitamin A – untuk penglihatan. Membina ketahanan terhadap jangkitan, terutamanya dalam saluran pernafasan; menggalakkan pertumbuhan sel; menggalakkan kulit yang sihat dan adalah penting semasa kehamilan.

Vitamin B1 - membantu tumbesaran, memmbantu proses penghadaman terutamanya bagi karbohidrat.  Ia juga membantu meningkatkan kesihatan mental serta mengekalkan fungsi normal bagi sistem saraf,  otot dan jantung.

Vitamin B6 – membantu asimilasi makanan dan metabolisme protein dan lemak; menggalakkan kesihatan saraf dan kulit; membantu mengurangkan loya.

Vitamin C - membantu menurunkan paras kolesterol, meningkatkan sistem pertahanan badan, laksatif semulajadi, mengurangkan reaksi alahan serta membantu penyerapan mineral lain.

Vitamin D – mengawal penggunaan kalsium dan fosforus di dalam badan dan oleh itu diperlukan untuk pembentukan gigi dan tulang yang kuat dan sihat.

Vitamin E – melindungi sel-sel terhadap kerosakan daripada sinaran dan matahari dan pencemaran udara; kesihatan jantung, kardiovaskular dan kesihatan otot; memperbaiki fungsi imun; menguatkan otot di dalam badan; membantu membawa nutrien ke sel-sel dan membantu menguatkan dinding pembuluh darah; membantu fokus mata.

Vitamin U – menggalakkan kesihatan badan untuk membantu mengatasi ulser peptik.

Vitamin K – penting bagi pembekuan darah; penting dalam fungsi hati; menyumbang kepada kecergasan dan panjang umur.


MINERAL yang terkandung dalam Alfalfa:

Kalsium – membina dan mengekalkan tulang dan gigi; membantu darah membeku, membantu dalam kecergasan dan daya tahan; mengawal rentak jantung, melegakan saraf.

Zat Besi – diperlukan dalam pembinaan hemoglobin; membantu pengangkutan oksigen di dalam darah.

Kalium – perlu bagi saraf otot, tindakan jantung dan tindak balas enzim; juga untuk digests lemak.

Fosforus – diperlukan untuk tulang yang normal dan struktur gigi. Saling berkait dengan tindakan kalsium dan Vitamin D. Meningkatkan peranan tisu saraf.

Klorin (klorida) – elektrolit penting yang membersihkan dan menyucikan badan; mengawal metabolisme lemak, gula dan kanji.

Sodium – mengawal keseimbangan cecair di seluruh badan, meneutralkan asid, menghalang pembekuan darah, mengaktifkan limpa, usus dan fungsi perut.

Silikon Magnesium – membantu badan untuk menangani sembelit; ketahanan saraf; melindungi kulit dan badan, dan merangsang fungsi otak.

(Kredit: supermamashoppe)

PERHATIAN:

  1. Pesakit SLE tidak boleh mengambil Alfalfa
  2. Ibu yang menyusukan baby dengan kekurangan G6PD tidak boleh mengambil Alfalfa. Sebagai alternatif boleh mengambil ESP + Ostematrix ATAU Eu Four Pack bagi tujuan membantu penyusuan.

Ostematrix

Ostematrix sebagai milkbooster


Kalsium untuk 1 caplet OsteMatrix = 1 gelas susu berkalsium tinggi = 80 biji badam

♥ Kajian telah membuktikan bahawa penggunaan hanya dua caplet OsteMatrix meningkatkan statistik penting dalam tahap kalsium darah untuk 12 jam.

♥ Ostematrix juga dilengkapi dengan Magnesium, Vitamin D dan mineral penting lain yang perlu untuk meningkatkan lagi penyerapan Kalsium ke dalam sistem badan kita.

♥ Menguatkan tulang di mana menghalang osteoporosis, menguatkan kuku, gigi dan sistem saraf.

♥ Sangat sesuai untuk individu yang mengalami sakit-sakit kaki, sakit sendi, sakit lutut, kebas-kebas di tapak kaki dan rasa seperti ditusuk jarum serta rasa sejuk-sejuk badan dan sakit belakang.

♥ Mengimbangi tekanan darah sekaligus mengurangkan stress. Memelihara denyutan jantung, penenang saraf, membaiki jantung berdebar, depresi, pitam , sakit kepala dan membuatkan anda tidur lena sepanjang malam.

♥ Membantu dalam masalah sembelit dan PMS ketika datang bulan.

Banyak lagi manfaat daripada pengamalan Ostematrix setiap hari. Jemput Klik DI SINI untuk huraian yang lebih lanjut.

Hebat kan ketiga-tiga suplemen ini? Ok jom kita lihat testimonial daripada ibu yang sangat berpuas hati dengan mengamalkan Triple Milkbooster ini: 

TESTIMONIAL PERTAMA

Testimonial ESP + Alfalfa + Ostematrix


TESTIMONIAL KEDUA

Testimonial ESP, Alfalfa dan Ostematrix


Tapi sekiranya anda ada bajet yang lebih saya sangat sarankan anda mengambil Set penyusuan yang paling lengkap : Set Penyusuan 3M kerana ia cukup lengkap utk kesihatan anda, membantu penyusuan, kecantikan luar dan dalam serta juga boleh bantu dari segi pelangsigan jika diambil bersama Lecithin atau Omega Guard.

Ini adalah kerana tubuh badan kita memerlukan vitamin dan mineral yg cukup dan seimbang, bukan sekadar potein atau kalsium semata-mata. Tubuh badan kita masih memerlukan Zat Besi, Asid Folik, B Complex, Vitamin E, Vitamin C dan pelbagai lagi mineral penting untuk memastikan sistem badan dpt berfungsi dengan baik dan mereka saling berkait rapat antara satu sama lain. Oleh itu, sekiranya anda tidak mengambil diet harian yang seimbang dan lengkap dgn nutrisi serta zat yg diperlukan setiap hari, mulala tubuh akan merasa lesu, sistem penghadaman dan pencernaan mungkin terganggu, kulit kelihatan kusam, berjeragat dan berjerawat, mudah sakit dan macam-macam lagi kesannya. Oleh itu pengambilan suplemen yang lengkap dapat membantu menampung mana-mana zat atau nutrisi yang kurang dan ianya sangat penting ya lebih-lebih lagi jika anda sedang hamil atau menyusukan anak anda.

Pilihan sentiasa terletak di tangan anda...buatlah pilihan yang bijak demi kesejahteraan anda dan keluarga tersayang. Keliru nak memilih produk atau set yang mana? Jangan risau, anda hanya perlu hubungi saya dan saya akan bantu anda membuat pilihan yang tepat berdasarkan keperluan dan bajet anda ya..

Anda boleh hubungi saya melalui:

♥ Call/SMS/WhatsApp: 012-9702427





Setiap pembelian dari pihak MLY melayakkan anda untuk mendapat KONSULTASI PERCUMA dari pihak kami :) 




DISCLAIMER/PENAFIAN

Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Segala testimonial yg dikongsikan adalah kenyataan secara peribadi dan tidak pernah dinilai oleh pihak Food and Drugs Administration (FDA). 



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...