Monday, December 17, 2012

Kekurangan G6PD (G6PD Deficiency)...Apakah Definisi dan Langkah Pengawasan Yang Perlu Diketahuil??

Baru-baru ini ada seorang sahabat yg memberitahu bahawa anaknya kekurangan G6PD jadi beliau bertanyakan saya sama ada boleh atau tidak beliau mengambil Alfalfa kerana beliau masih menyusukan anak beliau dan beliau ada terdengar yg Alfalfa tidak boleh diambil bagi seseorang yg kekurangan G6PD. Dalam hati saya mengucap panjang dan bersyukur kerana si ibu tersangat prihatin dan tahu apa yg boleh dan tidak boleh untuk anaknya. Nasib baik juga si ibu alert dengan keadaan ni dan memberitahu saya jika tidak dikhuatiri sesuatu yg buruk mungkin boleh terjadi. 


Jadi saya minta kepada semua sahabat lain, jika boleh sebelum mendapatkan sebarang produk Shaklee terutamanya suplemen daripada saya, mohon untuk maklumkan terlebih dahulu jika anda menghidapai sebarang penyakit yg sedang dipantau oleh pakar perubatan. Mohon juga untuk mendapat khidmat nasihat dari pakar perubatan anda sebelum mengambil sebarang suplemen atau produk kesihatan yg lain. Untuk makluman anda juga, produk Shaklee adalah suplemen yg insyaALLAH boleh membantu tetapi bukanlah ubatan yg boleh merawat atau mengdiagnosis sebarang penyakit.

Oklah berbalik pada topik kita hari ini. Saya nak berkongsi sedikit mengenai Masalah Kekurangan  enzim G6PD (G6PD Deficiency).

Apakah G6PD?

Apa yg dimaksudkan dengan kekurangan G6PD (G6PD Deficiency)?

G6PD (glucose-6-phosphate dehydrogenase) adalah suatu enzim keturunan dalam sel darah merah manusia. Enzim G6PD melindungi sel darah merah daripada dimusnahkan dengan lebih awal daripada hayat biasa. Kekurangan enzim ini boleh memusnahkan sel darah merah apabila terdedah kepada jangkitan, ubat-ubatan tertentu ataupun melalui makanan.

Masalah kekurangan G6PD bukanlah satu kecacatan atau penyakit. Ia adalah satu fenomena keturunan yang melibatkan kedua-dua jantina, lelaki dan perempuan, tetapi lebih sering dialami oleh bayi lelaki. Ia secara am, ditemui pada mereka yang mana ibu bapa mereka berasal dari daerah yang pernah sering mengalami Malaria.

Para ibu bapa tidak perlu risau jika anak anda mengalami kekurangan G6PD ini kerana pada dasarnya ia tidak berbahaya. Komplikasi hanya akan terjadi jika si anak terdedah kepada ubat-ubatan yang boleh menghasilkan proses homolisis di dalam darah. Dari segi yang lain, G6PD boleh menjadikan penghidap, lebih kuat melawan penyakit Malaria.


Pada kebiasaanya, sebaik sahaja bayi dilahirkan, darah tali pusat bayi akan dihantar untuk pemeriksaan enzim G6PD di makmal. Di antara ujian yg akan dibuat ialah dengan mengambil paras sebenar enzim G6PD bayi dari lahir. Sekiranya enzim G6PD kurang, sel darah merah senang pecah dengan lebih awal. Ini boleh menyebabkan bayi menghidap penyakit kuning (jaundis) dan pucat serta mungkin boleh memudaratkan bayi.

Disebabkan kekurangan G6PD ini biasanya adalah penyakit keturunan, dengan itu ia adalah sepanjang hayat. Bagi bayi yang didapati kekurangan enzim G6PD, bayi perlu diawasi dalam wad untuk lebih kurang seminggu supaya kejadian pucat dan kuning dapat dipantau dan dirawati. Selalunya, rawatan akan meliputi penggunaan alat cahaya fototerapi untuk kuning dan sekiranya bayi terlalu pucat, kemungkinan perlu untuk dimasukkan darah. Sedikit darah bayi perlu diambil mengikut kekerapan yang ditetapkan untuk pengawasan paras kuning atau pucatnya. Bayi kemudian akan dibenarkan pulang ke rumah setelah dipastikan tiada sebarang masalah yang lain.

Apakah Langkah-langkah pengawasan yang boleh anda lakukan sekiranya anda atau anak anda menghidapi masalah kekurangan enzim G6PD ini?

Sebagai ibu bapa kepada anak yg menghidapi masalah kekurangan enzim G6PD ini, anda haruslah peka dan sentiasa memantau setiap ubatan ataupun makanan yg anak anda ambil. Elakkan anak anda daripada mengambil sebarang ubatan atau makanan yg boleh menyebabkan kemusnahan sel darah merah dengan lebih awal.


Pastikan sebarang ubatan yg diambil haruslah mendapat kelulusan dan kebenaran dari pakar perubatan. Elakkan dari mengambil sebarang ubatan tanpa arahan doktor dan maklumkan kepada doktor mengenai keadaan anak yg kekurangan enzim G6PD setiap kali anak memerlukan ubatan. Elakkan dari mengambil atau memberikan anak sebarang jamu, ubatan tradisional atau ubat-ubat senseh. Dipercayai juga sebarang minyak sapu perut atau kepala boleh memudaratkan. Saya juga ada terbaca mengenai larangan menggunakan Vicks dari seorang pakar perubatan tapi tidak pasti sejauh mana kebenarannya. Apa pun tidak salah jika kita cuba elakkan. 
Kacang Parang Tidak Boleh Diambil Penghidap G6PD
Kacang Parang -- Antara makanan yg perlu dielakkan oleh penghidap masalah kekurangan G6PD
Dari segi makanan pula, seharusnya dielakkan daripada makanan-makanan seperti kacang parang, makanan yang mengandungi pewarna tiruan methylene dan toluidine blue, kacang soya atau produk soya, semua jenis kacang atau produk kacang dan makanan berperisa menthol. Sebaiknya juga dielakkan daripada mengambil alfalfa kerana alfalfa tinggi kandungan Vitamin K.

Berikut pula adalah ubat-ubatan serta antara makanan yang tidak boleh diambil atau perlu dielakkan oleh penghidap masalah kekurangan enzim G6PD:

Ubat untuk Merawat Malaria:
  • Choroquine
  • Hydroxycloroquine
  • Primarquine
  • Pamaquine
  • Quinine
  • Contoh Aspirin -- Antara ubatan yg perlu dielakkan
  • Mepacrine (Quinacrine)

Ubat Penahan Sakit
  • Acetylsalicylic Acid (Aspirin) 
  • Phenacetin (Acetophenetidin)
  • Aminopyrine (Amidopyrine)

Ubat Antibiotik
  • Chloramphenicol
  • Cotrimoxazole (Bactrim)
  • Furazolidine
  • Nalidixic Acid
  • Nitrofurantoin
  • Nitrofurazone
  • Para-Aminosalicy Acid
  • Ubat-ubatan berasaskan Sulfur dan sebagainya
  • Sulfapyridine
  • Sulfasalazine

Lain-Lain
  • Fava Bean (jenis kacang parang)
  • Naphtalene (Ubat Gegat)
  • Ubat tradisional
  • Parabenecid
  • Dimercaprol
  • Dapsone
  • Procainamide
  • Para-Aminobenzoic Acid
  • Silver Sulphadiazine Cream
  • Methylene Blue

Apakah pula tanda-tanda sekiranya termakan ubat atau makanan yang tidak sesuai??

Ibu bapa semua perlu alert ya dan segera bawa anak ke hospital sekiranya terdapat tanda-tanda berikut pada anak anda ya:
  • Anak kelihatan pucat akibat sel darah merah musnah dengan lebih cepat
  • Anak mungkin mendapat kuning (jaundis) dengan serta merta
  • Air kencing berdarah atau berwarna teh pekat
  • Letih / lesu dan tidak bermaya
  • Demam
Diharap sedikit sebanyak perkongsian hari ini dapat memberi panduan kepada anda semua ya. InsyaALLAH kekurangan enzim G6PD ini jika dikawal dan dipantau pemakanan serta ubatan yg diambil tidak akan mendatangkan apa2 kemudaratan atau masalah yg serius. Apa-apa pun sebelum pengambilan apa2 jenis produk mahupun ubat-ubatan dapatkanlah nasihat daripada pakar perubatan anda terlebih dahulu.


PERHATIAN:

Ibu yang menyusukan baby dengan kekurangan G6PD tidak boleh mengambil Alfalfa. Sebagai alternatif boleh mengambil ESP Ostematrix ATAU Eu Four Pack bagi tujuan membantu penyusuan.



18 comments:

  1. Salam. Dlm artikel kt atas ada dinyatakan mereka yg mengalami g6pd juga perlu elak mknan berasaskan soya. Jadi, cmne pula boleh ambil ESP utk penyusuan?ESP juga produk soya. Mekasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam dear Nur..

      Tidak semua dari baby atau mereka yg mengalami kekurangan g6pd alah pada kacang soya...ada yg boleh dan ada yg tidak boleh..jadi jika tidak ada masalah pada baby then boleh terus continue mengambil ESP

      ESP dihasilkan dari kacang soya non-GMO dan berkualiti tinggi serta penghasilannya adalah sangat dikawal ketat dari awal hingga akhir utk menjaga kualiti produk ini..

      Melalui pengalaman beberapa ibu yg anak mereka ada masalah kekurangan g6pd..kebanyakan dari mereka boleh mengambil ESP dan tiada masalah...tetapi bagaimanapun sgt digalakkan utk mendapatkan khidmat nasihat dari pakar perubatan terlebih daulu utk mengelakkan sebarang kejadian yg tidak diingini :-)

      Delete
  2. salam.. nak tanye kalau mengandung boleh tak amek esp+alfafa sebagai persediaan.. just risau je susu tanak keluar selepas bersalin. I am currently pregnant with 1st baby. Or shud i just wait and consume both after deliver my baby?

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam dear sis..

      Tahniah utk kehamilan sis yg pertama dan saya sgt happy sis sudah mula bersedia dari awal utk memastikan penyusuan baby dapat berjalan lancar nanti..

      Untuk makluman, sewaktu hamil dah boleh mula consume ESP bagi tujuan persediaan utk penyusuan nanti kerana ESP adalah serbuk protein yg dihasilkan dari soya non-GMO yg berkualiti tinggi. ESP juga dapat berikan tenaga sepanjang kehamilan dan juga di saat sebelum kelahiran..juga bonus utk kulit ibu dan baby yg cantik dan gebu..

      Tetapi sewaktu hamil adalah tidak digalakkan untuk anda mengambil alfalfa kerana ia adalah sejenis tumbuhan herba...boleh mula consume alfalfa lepas baby berusia 2 bulan nanti...

      Sewaktu hamil boleh consume, Vitalea, Bcomplex, SR Vita C, Ostematrix (Kalsium Magnesium) dan ESP. Juga Omega Guard (minyak ikan) apabila masuk trimester 2&3.

      Boleh call/whatsapp saya: 012-9702427 utk chit chat ya ;)

      Delete
  3. Assalamualaikum.nak tanya.kalau sy ambil lecithin boleh ke?sy masih berpantang dan bayi menghidap g6pd

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam dear eem,

      Untuk makluman sis, Lecithin Shaklee adalah berasaskan soya...ada sesetengah baby yg mengalami kekurangan G6PD yg mungkin alah pada soya tetapi kebanyakannya boleh tolerate soya..

      Jadi untuk permulaan cuba pantau keadaan baby..sekiranya baby ok, xde sebarang alahan bolehlah teruskan..dan pastikan minum cukup air ya setiap hari (3L)

      Untuk lebih kepastian mohon untuk rujuk dan dapatkan khidmat nasihat dari pakar perubatan..

      Selamat Berpantang ;-)

      Delete
  4. Anak saya pernah dikesan menghidap g6pd ketika dilahirkan.Alhamdulillah sembuh sepenuhnya selepas membuat rawatan di Pusat Rawatan Fitrah Healthcare Centre Gombak.Sekarang boleh makan apa sahaja termasuk yg tidak dibenarkn kpd pesakit ini.Sila hubungi Dr Wan 0196676236

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah...tQ for sharing info Dr Wan

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
    3. Alhamdulillah..ank sya pon ada g6pd..nnti boleh la sya bertanya lebih lanjut.tq Dr.Wan

      Delete
  5. Anak sy umur 12 tahun kekurangan g6pd. Bolehkah dia mengambil Bcomplex dan omega guard.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh berikan anak Encik Mealshakes dan Omega Guard...

      Delete
  6. Anak sa da g6pd ble kh sa ambil lecithin atau omega guard

    ReplyDelete
  7. anak2 g6pd ibu bapa perlu peka thadap pmkanan anak...krna mrka cnderung juga alahan truk pd kekacang lain juga.... jika btukar susu..atau stage susu..perhatikan prbhan mereka....jika ok...alhmdllah...jika mslah seeloknya tukar kpd yg lain....

    ReplyDelete
  8. salam..anak saya g6pd boleh tak pakai herbal blend shaklee sbb ada ruam pada bahagian punggung ?

    ReplyDelete
  9. salam..anak saya g6pd boleh tak pakai herbal blend shaklee sbb ada ruam pada bahagian punggung ?

    ReplyDelete
  10. salam..anak saya g6pd boleh tak pakai herbal blend shaklee sbb ada ruam pada bahagian punggung ?

    ReplyDelete
  11. Salam...baby Sy baru nk masuk 1bulan.susu badan saya tak pekat.boleh tak saya ambik alfalfa dan esp?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...